Assalamualaikum. Hi.
sume list ni aku amik pun dari blog2 orang. hasil baca sana sini dan buat perkiraan sendiri. aku pun hasilkan list sendiri. baby baru 6 bulan tapi aku dah start buat list. dah siap dengan beli barang sikit2 pun. kalau tengok kebanyakkan orang cakap tunggu dah 7 bulan baru beli. tapi aku eksaited plus nak elakkan kelam kabut macam ribut nanti. maklum. aku ni clumsy.
untuk baju newborn aku tak beli banyak. aku lebihkan beli size beso sikit sebab mindset terus pikir baby cepat beso. ni aku bajet untuk 3 bulan terawal je. pastu nanti bila dah abes pantang. baru shopping barang dan baju baby lagi. gituuu.
okay ni list yang aku buat lepas tumis bawang dan tambah sikit perencah.
SEBELUM BERSALIN
PAKAIAN
1. Newborn - baju lengan pendek, seluar pendek, seluar panjang, baju lengan panjang, romper sehelai dua. yang ni aku bajet dalam 6 pasang baju je.
then, beli la yang size 3, 6, 9 bulan punye. depends pada kelebaran baju tu sebab ade yang 6 bulan tapi size macam 3 bulan. ni anggaran je jangan beli banyak sangat. bajet untuk 3/4 bulan dulu. nanti abes pantang. baru start beli lagi sikit2.beli awal pun sebab sume ni nak kene basuh dulu.
1. Baju siang - lengan pendek, seluar pendek. baju lubang2, singlet. yang ni aku lebihkan baju lengan pendek.
2. Baju malam - lengan panjang dgn seluar panjang.
3. Romper dan sleepsuit/jumpsuit
4. Baby tight/ Legging - kena ade untuk pakai dengan romper
5. Mittens & Booties - beli lebih sikit takpe sebab baby awal2 memang kene pakai ni banyak.
6. Stokin - yang ni bile baby dah tak payah pakai mittens lagi. so, die pakai stokin je. beli extra tapi cari size beso sikit dari booties.
7. Topi - tak payah bebanyak sebab ni untuk awal2 je cover kepala baby mase lepas lahir
8. Sapu tangan - beli 100% cotton. Tollyjoy kain die best.
9. Barut - aku beli kain siap je pastu anto tempah jahit. harga dapat lagi murah dari beli siap punye. buat banyak sikit sebab penting untuk baby.
10. Bedung - beli kain 1 meter (40"x40") anto jahit tepi je. jimat banyak dapat dari beli yang siap. beli kain cotton flannel sebab lembut dan sejuk. nanti bole jadi selimut jugak
DIAPERING
1. Napkin - beli 1 pack dulu. ade gunanya ni.
2. Diapers - beli yang murah dulu untuk newborn sebab baby banyak membuang kan. aku beli jenama Hey Baby dulu. atau Mamy Poko pun murah jugak.
3. Wet tissue - beli khas untuk newborn jenama Pigeon 2 pack dulu. nanti mase pantang baru beli lagi kalau tak cukup.
4. Changing mat - bole guna mase nak salin lampin baby atau mase nak pakaikan baju lepas mandi. elak tilam kotor kalau die ter'cret' mase sesi penukaran tu.
5. Bakul baju kotor - beli sebab taknak campur baju kita dengan baju baby
6. Spray - beli jugak in case ade gunanya nanti
7. Nappy liner - beli 1 paket kecik sebab kalau baby pakai lampin. bole cover dengan ni.
MANDIAN
1. Toiletries set - beli satu set pun senang. yang kecik punye. tapi aku dah beli jenama Pureen Head to Toe yang beso terus.
2. Tuala mandi - beli sehelai sebab ade lagi tuala extra tak pakai. bole je pakai tuala dewasa punye tapi biar yang lembut la.
3. Besen mandi
BABY CARE & GROOMING
1. Bedak bayi - aku beli jenama Pureen yang 2 botol beso free botol kecik tu sebab aku pun pakai bedak tepung tu. jimat. anak dan ummi bole pakai.
2. Losyen
3. Baby oil
4. Putik kapas - beli dua jenis. satu yang khas untuk newborn. jenis kecik je. satu lagi yang biase punye.
5. Pengetip kuku + gunting kecil - yang khas untuk baby punye.
6. Cotton ball
7. Minyak telon - untuk sapu kat perut baby lepas mandi
8. Bakul khas - untuk letak barang2 kecik ni supaya tak bersepah
NURSERING
1. Set tilam
2. Kelambu
3. Selimut - aku guna kain yang buat bedung tu je.
FEEDING
1. Botol susu - beli size S dulu. saje buat standby. aku beli jenama Pigeon sebab ade orang cakap bagus jugak selain Tomme Tippe dan Avent.
2. Berus pembersih botol
3. Sabun khas pencuci botol - sebab sabun pencuci biase tak sesuai untuk basuh botol baby.
4. Termos - beli la beso satu. kecik satu untuk travel.
5. Nursing pad - beli la dua jenis yang washable dengan disposable. tapi beli kuantiti sikit dulu. lepas bersalin baru beli banyak kalau betul perlu.
6. Nursing bra
OTHERS
1. Penyangkut baju berklip - untuk mittens, booties & stokin
2. Penyangkut kecil - yang bentuk payung tu untuk sidai napkin, baju atau seluar
3. Hanger - beli sikit je
4. Almari baby - untuk simpan baju dan barang baby
5. Stroller
6. Baby carrier
7. Car seat
8. Bag baby - lepas bersalin kot baru beli.
SELEPAS BERSALIN
PAKAIAN
1. Stokin kaki
2. Baju jalan
3. Romper + tight
DIAPERING
1. Diapers - beli size beso pulak sebab dah beli yang newborn punye.
2. Wet tissue
3. Detergant khas pencuci baju - tengok keperluan jugak nanti. perlu ke tak. so, KIV.
NURSERING
1. Baby cot - tengok keperluan jugak
FEEDING
1. Botol susu - nak beli Tomme Tippe pulak sebab botolnye seksi. haha. tapi tengok keperluan juga camne nanti.
2. Breast pump - kalau perlu
3. Ice pack - kalau perlu
KEPERLUAN DI HOSPITAL - yang ni standby awal masuk dalam beg.
UMMI
1. Kad rawatan bulanan
2. Pakain di hospital - lengan panjang dan berbutang. mudah nak breastfeed nanti.
3. Nursing bra
4. Nursing pad
5. Maternity panty
6. Maternity pad - bawak yang paket kecik je dulu
7. Baju sejuk
8. Stokin - 2 helai cukup
9. Kain batik - 2 helai cukup
10. Set mandi - sabun, ubat gigi, berus gigi, pencuci muka
11. Tuala mandi
12. Sikat + bedak - bawak yang kecik je
13. Tudung - bawak yang sarung punye je
14. Pakaian pulang
15. Getah rambut
16. Beg plastik baju kotor
17. Minyak angin
18. Keperluan makan - termos, cawan
19. Disposable panties - 1 pack khas maternity
BABY
1. Diapers - bajet la dalam 6 - 10 keping
2. Tuala (receiving towel) - bole pakai bedung punye
3. Tuala mandi
4. Wet tissue
5. Tisu biasa
6. Baju baby - 2 helai cukup
7. Selimut / Bedung
8. Mittens & Booties
9. Toiletries set- yang kecik punye. standby je.
KEPERLUAN BERPANTANG
1. Tungku
2. Baju sejuk - guna yang dah ade je. suami punye pun bole bedal pinjam jugak.
3. Kain batik
4. Stokin tebal
5. Nursing bra
6. Nursing pad
7. Maternity pad - beli size kecik satu. beso satu. tak cukup kang beli lagi.
8. Tuala mandi
9. Bengkung - ini penting!
10. Pilis & Param
11. Tukang urut
jadi, mane yang boleh jimat. jimatkan macam pinjam barang sedara mara akak abang yang dah ade anak. pastu beli dalam kuantiti sikit dulu sebab selalunya orang akan bagi hadiah yang lebih kurang macam kita beli. jangan beli sekaligus sebab nanti macam terasa sangat duit keluar sekaligus. sekarang ni musim gst dah nak start. beli la ikut ala kadar. compare harga sana sini dulu.
*tapi kadang2 aku pun rambang mata TERbeli itu ini pastu dengo la suami berleter potpetpotpet. haha.
notakakiku : bile barang dan baju baby dah banyak. terus tak sabar nak tunggu baby kua. moga dipermudahkan. amin.
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts
Wednesday, March 11, 2015
Monday, February 9, 2015
Orang perempuan memang degil
Assalamualaikum. Hi.
terbaca satu artikel pendek dalam fb tentang orang perempuan. memang lumrah orang keliling pandang perempuan ni kaum yang lemah. mane tak nye. sikit nak nanges. sikit nak emosi. sikit nak majuk. tapi dalam lemah tu. Allah anugerahkan satu kekuatan yang takkan ade pada kaum lelaki.
aku share artikel tu yang aku copy and paste dari fb. credit empunya karya.
aku bertuah sebab dikurniakan suami yang sangat ringan tulang dan memahami. pulak sekarang aku tengah mengandung. lagi banyak kerenah. walaupun usia perkahwinan belum sampai setahun. tapi aku cukup bersyukur. bayangkan. aku ni kalau tahap tak rajin. suke mintak tolong suami. kadang tu. tekan suis kipas depan mata pn. "abang, tolong on kipas. terima kasih. lebiumiu." dasar kan. "lebih la gemok ni" ni jela suami aku selalu balas sambil tangan tekan suis. haha.
jadi. aku taknak serik untuk terus melahirkan zuriat kami. aku kan superwomen. tang mana. biarlah rahsia. jangan risau. mengandung is fun. semua kaum perempuan kena rase pengalaman ni.
notakakiku: teringin nak babymoon. haha. ok tak lawak.
terbaca satu artikel pendek dalam fb tentang orang perempuan. memang lumrah orang keliling pandang perempuan ni kaum yang lemah. mane tak nye. sikit nak nanges. sikit nak emosi. sikit nak majuk. tapi dalam lemah tu. Allah anugerahkan satu kekuatan yang takkan ade pada kaum lelaki.
aku share artikel tu yang aku copy and paste dari fb. credit empunya karya.
Org perempuan memang degilOrg perempuan tak reti serik
Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandungOrg perempuan tak reti serik
Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandungOrg perempuan tak reti serik
Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandungOrg perempuan tak reti serik
Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandungOrg perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandungOrg perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandungOrg perempuan tak reti serik
Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandungOrg perempuan tak reti serik
Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yg menyusu, masih lagi nak mengandungTapi itu lah org perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati org perempuan, maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramai lah isteri nusyuz kepada suami.To all beautiful woman out there, you are mentally strong, even stronger than men. Chin up, smile and live your life to the fullest. Never give up. When you ever feeling down and so tired of life, just remember that Allah is there and He will never forget.Kepada para suami yg budiman, kalau sekali sekala isteri tersayang anda menyakitkan hati, maafkan lah dia, sebab org perempuan memang 'degil'. Hehehe.From a mother to the mothers
'Ukasyah. Day 1.
jadi. aku taknak serik untuk terus melahirkan zuriat kami. aku kan superwomen. tang mana. biarlah rahsia. jangan risau. mengandung is fun. semua kaum perempuan kena rase pengalaman ni.
notakakiku: teringin nak babymoon. haha. ok tak lawak.
Tuesday, January 27, 2015
Majlis Kahwin Aku Part 2
ini sambungan dari entry sebelum. entry kali ni tak banyak gambo.
majlis bertandang belah laki kat melaka dibuat 14 Jun 2014. selang seminggu je sebab aku malas nak gap lelame since johor melaka takde jauh mana kan. untuk tema kat majlis bertandang ni. aku prefer songket. memang dah lame minat giloss. tapi apakan daya. butik kitorang tu takde songket yang berkenan di hati. kalau ade pun. kaler baju laki dengan perempuan agak lari sikit. so, untuk kesekian kalinya. pilih tema biru je tanpa songket. cukup la suami aku punye tanjak dengan samping songket. *pandang lantai*
pengantin berarak start kul 2.30 petang. jadi kul 11 pagi aku dah start mekap. paling best. mekap ni aku kene baring. ye. baring yang tido tu. pastu aku memang layan tido la gamaknya. haha. yang ni muke suami isteri siap mekap. mekap majlis bertandang nampak lagi ringan compare dengan majlis sanding aku aritu. ok. untuk pengetahuan. aku tak berkenan suami aku pakai rantai tu. tapi mak andam dah beria nak pakaikan. aku pasrah sebab taknak kacau mood aku. senyum dalam pasrah gituu.
dalam mase menunggu family aku berkumpul untuk berarak. 3 orang sahabat ni datang jumpe aku kat butik. sebab diorang pun takleh lame kan. terima kasih korang.
aku dengan pengapit yang juga bakal isteri orang. hehe. ni mase sebelum berarak. susah jugak nak berarak ni ye. kene jalan slow giler. aku ni jalan slow sangat macam tak jiwa lah. tapi mase ni berarak agak lewat sebab nak kumpul family aku. yela diorang datang hari yang sama kan. jadi kene consider la kalau lewat sikit sebab sume dari tempat berbeza.
macam biasa jugak. kat majlis bertandang pun takde aksi renjis merenjis. jadi duduk bersanding. salam muah ciked terus pi meja makan. ok yang ni scene baling duit syiling dengan gegula. suami isteri blur masa memula sebab tak tahu menahu pun ade scene ni. tetibe biras aku hulur bakul cinonet tu. abaikan kegembiraan keterujaan melampau suami aku tu. bukan dapat pun gegula tu bang oiii. hover ko jemah.
baju perempuan semua disponsor ibu. haha. ibu paling eksaited sebab dari majlis adik laki aku lagi die dah beli baju sedondon kaler dan corak. cume pesen baju bebas la kat kitorang nak design cane.
majlis bertandang belah laki kat melaka dibuat 14 Jun 2014. selang seminggu je sebab aku malas nak gap lelame since johor melaka takde jauh mana kan. untuk tema kat majlis bertandang ni. aku prefer songket. memang dah lame minat giloss. tapi apakan daya. butik kitorang tu takde songket yang berkenan di hati. kalau ade pun. kaler baju laki dengan perempuan agak lari sikit. so, untuk kesekian kalinya. pilih tema biru je tanpa songket. cukup la suami aku punye tanjak dengan samping songket. *pandang lantai*
dalam mase menunggu family aku berkumpul untuk berarak. 3 orang sahabat ni datang jumpe aku kat butik. sebab diorang pun takleh lame kan. terima kasih korang.
aku dengan pengapit yang juga bakal isteri orang. hehe. ni mase sebelum berarak. susah jugak nak berarak ni ye. kene jalan slow giler. aku ni jalan slow sangat macam tak jiwa lah. tapi mase ni berarak agak lewat sebab nak kumpul family aku. yela diorang datang hari yang sama kan. jadi kene consider la kalau lewat sikit sebab sume dari tempat berbeza.
abes membaling tadi. kita makan pulak. menu semua atas meja makan beradab ni. biras aku yang masak. koktail sedap. haha. rase nak tambah tapi kene mara pengantin takleh makan banyak. terima kasih pada dua insan yang aku kenal mase aku praktikal dulu ni sebab sudi datang. dedua pun masih kiut kecik cinonet.
ibu paling rendah. haha. ok. tak kelako. dua insan yang paling paling paling paling paling banyak bertungkus lumus untuk majlis aku. terima kasih.
keluarga belah ayah yang datang dari pelbagai tempat. gituuu. haha.
mak ayah mertua.
sedara mara keluarga belah laki.
yang ni sebenarnya bukan semuanya kawan aku. ni kawan kepada kawan aku sorang tu. tapi die bawak geng datang. banyak kali tanye bole bawak geng ke tak. haha. aku takde hal la. tetamu kan rezeki. pastu ni tangkap gambo macam kenal lame. padahal kenal bape saat je. haha. terima kasih datang korang.
antara opismate aku yang datang. terima kasih. muah cikedd.
ini paling best. kawan sama belajar dulu. ade datang dari jauh. terima kasih sangat. terharu. *kesat hingus*
budak opismate suami aku.
din ladiessss. except adam. haha. tapi ni kurang sorang. kuyam hilang mane tah.
aku share dua ketul gambo hasil kene buli dengan fotographer. ciss korang ciss.
pose wajib semua pengantin rasenye. haha. kebanyakkan gambo pengantin mesti ade pose gini.
ok abes scene buli dalam uma. kita sambung sesi outing pulak. kali ni tambah lagi satu pembuli. ciss korang ciss. tapi mase nak pi outing tu pengantin drive sendiri je pun.
petang tu jugak flight terus pi sahara. haha.
mase ni sesat. sume gunung. tak ingat jet peribadi parking mane tadi. haha.
tinjau kawasan jap. mase ni aku dah mule penat. sengih pun malas sebenarnya sebab aku lapa lapa lapa lapa dan ngantok. pastu kene mendaki sane sini. ciss korang ciss.
all of me love all of you.
behind the scene. pembuli tegar. haha. tapi hasil kerja tip top. ok dimaafkan. ciss korang ciss.
oleh sebab outing petang tu lambat. so, agak lewat jugak kitorang abes photo shoot. ni pun tak abes lagi buli. naseb baek hari dah mula gelap. kalau tak. lame lagi aku rase bertapa kat sahara tu. ciss korang ciss.
pengantin merajuk. balik dulu. haha. okay untuk yang tak tahu. gunung sahara ni kat pantai klebang je pun. dulu tak femes sangat. tapi sekarang dah makin femes sebab dah ade jalan tar nak mai sini tapi half way jela. kakaka.
pembuli jeling nak dengki lettew. dua orang fotographer sepanjang majlis bertandang kat melaka. lagi sorang tu pembuli tambahan mase outing je. die pemalu. takde gambo. *nangis tengok dinding*
barang hantaran. 7 balas 9.
dalam banyak2 hadiah yang aku dapat. hadiah ni paling rare paling aku emmm. ok terima kasih jela pada pemberi. hehe.
abes majlis semua. malam tu jugak flight honeymoon. hehe.
notakakiku: sekian saja cerita tentang majlis kahwin aku. cerita simple je. okbai.
Wednesday, December 3, 2014
Majlis Kahwin Aku Part 1
Assalamualaikum
sebulan aku tak update cerita dalam blog ni walaupun otak ligat ade je ayat yang aku karang. pastu lupe! kali ni entry aku cerita simple je pasal majlis kawen aku ni. aku nikah 7 June 2014 dan sanding tarikh yang sama. nikah pukul 9 pagi pastu petang kul 2.30 sanding.
then dalam pukul 9 pagi tu pengantin laki start sampai uma aku. awal kan. mase ni aku jengah dari atas je. ehem. dalam hati cakap. manusia baju putih segak bersamping tu ke bakal jadi suami aku arini. haha. geli kan. pastu tok kadi datang bilik aku amik sign dan tanya persetujuan aku. betul ke ayah aku yang akan akad nanti.
oleh sebab tak jumpe kasut idaman khas untuk majlis. aku decided untuk guna kasut hantaran sebagai kasut khas ketika majlis.
sebulan aku tak update cerita dalam blog ni walaupun otak ligat ade je ayat yang aku karang. pastu lupe! kali ni entry aku cerita simple je pasal majlis kawen aku ni. aku nikah 7 June 2014 dan sanding tarikh yang sama. nikah pukul 9 pagi pastu petang kul 2.30 sanding.
malam sebelum nikah tu ada khatam quran. muka nampak relax tapi aku neves giler. adik aku pun join jugak khatam tu. pastu malam tu aku tido agak lambat la. sibuk nak setting guest booth punye kemah dengan ibu dan adik laki aku. bertungkus lumus kitorang. subuh bangun terus terasa perut penuh rerama. gementarnya tak boleh nak cakap sampai sarapan mehun pagi tu pun tak terasa mase telan. hover kau!
muke dah siap mekap tapi masih cover neves.
terima kasih kat makcik ni. sebab die datang la aku kurang neves. die bising giler potpetpotpet dalam bilik. haha.
ok. baju tu design sendiri. kawan sekolah aku yang jahit. tudung tu sponsor by kazen aku. dan veil tu handmade jugak dari arissahouse. thank you semua.
then dalam pukul 9 pagi tu pengantin laki start sampai uma aku. awal kan. mase ni aku jengah dari atas je. ehem. dalam hati cakap. manusia baju putih segak bersamping tu ke bakal jadi suami aku arini. haha. geli kan. pastu tok kadi datang bilik aku amik sign dan tanya persetujuan aku. betul ke ayah aku yang akan akad nanti.
hahaha. neves ke bang?
nasib baik dedua cakap lancar time ni. penat aku suruh ibu pujuk ayah untuk akadkan aku. mende lawak dalam gambo ni bile aku perati abang dengan adik aku ngendap kat tepi tangga tu. haha.
alhamdulillah. terima kasih ayah. terima kasih ibu.
alhamdulillah sah jadi suami isteri. 2 minggu sebelum majlis tu. aku deal taknak jumpe langsung die. saje nak kumpul rindu. sebelum tu kerap jumpe sebab banyak sangat perkara nak setel. yela. banyak buat last minute. pastu mase majlis. aku jadi malu giler bile nampak suami aku ni. haha.
'meh kekanda tujukan lagu untuk adinda. dengar. jangan tidur.'
ok memaen ye.
'tok. betul ke lirik ni?'
mase bace penyerahan tanggungjawab ni. ibu nangis. aku pun ikut nangis. dah la aku kememeh takleh tengok orang nangis. ade satu gambo tu ayah nak pujuk ibu jangan nangis tapi die gelakkan ibu. haha. tapi gambo tu tak jumpe pulak. ishh.
sarung cincin tu sarung jugak. kamera kena pandang ye. suami aku perati je tu. haha.
penyerahan mas kahwin.
sesi bergambar selepas majlis akad selesai. bulu mata tu berat. betul berat. huhu
ini atas permintaan kawan baik aku suruh selfie guna gopro.
seterusnya sesi tangkap gambo dengan keluarga. sedara mara. dan kenalan. terima kasih datang.
ibu dengan ayah aku.
mak ayah mertua aku.
antara rombongan keluarga pihak lelaki.
pakcik dan makcik aku. ini keluarga belah ayah.
antara sedara mara belah ayah yang datang dari jauh. terengganu. konvoi. meriah. terima kasih datang dari jauh.
kawan aku same belajar kat utem.
sepupu sama gonjeng. dari kecik sampai beso. same je gonjengnya. cuma sekarang reti cover itu ini. sekarang sume dah cantik. haha.
sebahagian ahli keluarga aku belah ibu.
selesai bergambo dan makan. pengantin laki balik homestay untuk bersiap majlis sanding petang pulak.
mase ni aku sedikit kecewa sebab baju ni agak beso. last minute diorang tak amek ukuran badan aku yang baru. so, baju agak menggelembung sane sini.
sementara tunggu pengantin laki sampai. kasi can la kat pengantin perempuan buat sesi photo shoot kat beranda uma. baju macam lolipop sangat. haha.
ha! pengantin laki sampai. pengantin laki sampai. yeaaay! haha. hover.
meh la kite turun standby nak duduk kat pelamin.
sesape yang kawen dengan gadis johor. kene standby duet tol ye. kat tempat lain aku tak pasti ada tak sistem macam ni. jadi, sediakan duet lebih sikit. sebab bukan sekali je tol nye. yang ni tol kat luar. tol pertama.
tol kat dalam pulak. tadi dah setel kat luar kan. tengok muke gembira macam nak dapat duet raya. kalau tol ni panggil je bebudak. diorang suke kalau dapat duet. lagi ramai ko panggil lagi meriah sebenarnya. panggil je anak tetamu pun. bukan pengantin laki kenal. haha.
masuk uma jumpe tol kedua pulak. ini adik aku ajo suruh tadah 2 tangan. nanti dapat 2 sampul. haha.
kene tol ketiga pulak. yang ni tua bangka mengada. haha. tapi sebenarnya best taw.
tol terakhir adalah tol mak andam pulak. baru la pengantin merasa sanding sesama.
ha! baru dapat bersanding lepas hadap 4 tol. aku takde buat renjis2 sume tu. jadi bersanding. sengih. dan terus ke sesi bergambo. pastu baru pi makan.
ayah tunjuk langit. ibu? haha. comel lettew.
keluarga aku belah ayah.
antara kenalan yang datang. terima kasih korang.
kawan belajar satu utem.
pengapit sama comel. terima kasih bertungkus lumus cari baju last minute.
family dah beso. ade 2 menantu. sorang cucu. ni ade cucu lagi sorang coming soon. hihi.
sebenarnye nak suruh fokus baju gelembung aku tu. nampak tak? huhu. pasangan tu bole abaikan jap. haha.
ade sesi penyerahan hadiah time ni. haha. ok suwet sangat bagi gambo feveret aku siap frame gini.
housemate dan roomate rumah saujanamatakumemandang. hehe. mase ni tinggal 2 orang je bujang. coming soon. yang pink tu bakal jadi isteri orang. kf! lekas pinang fynn ni. hehe.
outing kat landasan ketapi je. haha.
sesi outing petang tu agak lewat sikit. jadi, keadaan kene cepat itu ini. haha. jalan pun kene cepat. ciss. dah la kasut bertumit tinggi. gituuuu. pastu hujan lebat pulak petang tu. nasib baik sempat abeskan photo shoot.
guest booth untuk tetamu. hasil ilham sendiri. jadi bahan semua DIY semata. terima kasih ibu dan ajim sebab tolong bertukang malam tu untuk pasang ni.
notakakiku : jadi majlis aritu berjalan lancar. alhamdulillah. segala kurang dan tak terlayan sesape tu sepanjang majlis kat kluang. aku dan keluarga minta maaf. terima kasih sudi datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)







