♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Friday, January 9, 2015

29 Perkara yang hanya wanita mengandung alamai dan fahami

Assalamualaikum. Hi.

1. Mengalami perasaan terkejut dan gembira dalam mase yang sama.

2. Loya/Morning Sickness yang teruk. Sepanjang hari pada awal kehamilan.

3. Perut semakin membesar. Kebanyakkan baju dan seluar dah tak muat.

4. Kadang2 ade kesan ruam lampin walaupun anda tak pakai lampin.

5. Masalah keputihan.


6. Terasa macam Kim Kardashian sebab susu badan sedang dihasilkan.

7. Kejang yang sering melanda keseluruhan kaki anda.

8. Belajar untuk berjalan terkedek-kedek macam penguin.

9. Rase kagum melampau-lampau kerana ade kebolehan untuk membesarkan seorang manusia di dalam perut.

10. Sanggup menghadapi kesakitan paling seram dalam hidup anda. SOON.

11. Rase panas sentiasa sedangkan orang keliling dah membeku kesejukan.

12. Merasai pengalaman perlu ke tandas setiap beberapa minit. Di waktu malam. Setiap hari.

13. Merasa sensitif dan mudah nangis. Pelayan salah ambil order pun kadang2 rase nak nangis.

14. Terasa nak bagi penumbuk sedas tepat kat hidung pada orang yang komen tentang betapa besarnya anda kini.

15. Mula sibuk mengatur keperluan diri, anak. SEMUA.

16. Pertama kali merasa sesuatu kehidupan sedang bergerak di dalam perut. WOW.

17. Kesukaran untuk trim dan juga mengetip kuku kaki bile perut dah menghalang pandangan anda. 

18. Anda mula memahami perasaan dugong. Haha.

19. Memahami kepentingan fiber dalam pemakanan.

20. Terasa senak bile baby dalam perut sedang buat terjunan dan mendarat tepat pada pundi kencing anda.

21. Mule buat rangka gambarajah kedudukan bilik air setiap mall yang mudah diakses oleh anda.

22. Merasa la camne kene tumbuk dan dibelasah dari dalam perut.

23. Mule teruja tak masal bile kene cirit-birit sebab rase baby akan keluar tak lama lagi.

24. Terkucil kecik tiap kali batuk atau bersin kuat. Atau secara tiba-tiba tak kene mase.

25. Tengok iklan cadbury pun boleh tetibe nanges. Eh?

26. Sering berimaginasi yang bukan-bukan. 

27. Nak tido kat tempat yang paling empuk, selesa dan dipenuhi bantal untuk menyokong setiap penjuru badan.

28. Boleh jadi nyanyuk tetiba. Kenapa perlu letak pinggan kotor dalam almari dan mayonis dalam tempat sabun? Contoh lain. Nak makan roti tapi termakan nasi. Sigh

29. Mule timbul rase kasih sayang cinta rindu pada seseorang yang belum pernah anda jumpe lagi.


notakakiku: ok ini versi translate dari sumber HealthLine

2 comments: