♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Sunday, August 23, 2015

Throwback Preconvo

Assalamualaikum. Hi.

aku tak tau camne bole terlepas pandang nak buat entry pasal pre convo ni. pastu tadi bukak folder gambo pre convo. then saje tengok post dalam blog. pastu terpikir apesal macam takde pun entry pasal pre convo. tetibe je dah hari konvo.

jadi, nak buat satu lah. rase macam perlu buat tapi terlepas pandang.

pre convo ni aku buat dengan osmate aku mase belajo kat UTeM ni. 2 taun duduk serumah. memacam ragam boleh tengok.

pagi jumaat tu kitorang dah siap sedia pakai cun melecun. bukan sebab ade rehearsal untuk konvo. tapi sebab nak amik gambo pre convo. ni gambo dalam dewan mase tengok rehearsal. nasib baik kejap. abis rehearsal kitorang bergegas pi lokasi pertama photoshoot. gituuuw.

muke bersiap sedia
pre convo ni pun kitorang buat sehari sebelum konvo. yela baru dapat kumpul reramai balik lepas final exam. pastu baru dapat amik jubah lengkap sume.

antara shoot wajib kalau buat pre convo. baling topi kotak. 

ade topi 'makan' tuan. haha. biase budak nakal je kene cenggitu.

abis kat luar. kite masuk dalam. lokasi ialah tempat pelajar menimba ilmu. haha. hint: banyak buku. kakaka.

akan kelihatan gambo tak formal lagi banyak dari formal. saje malas bagi gambo formal. tak meriah rasenye. beberapa ketul manusia duduk serumah dengan pelbagai pe'el.

tadi tangga bawah. kite upgrade sikit. tangga tengah. begitulah perjalan student ni. bermula dari bawah. ek eh ek ah. ni bagi formal la. yang tak formal. aneh sangat. haha.

haaa. dapat dah jawapan tadi kan. aksi selit antara rak buku. mase ni ade je student tengah study. ko rase bile dah kepochi reramai gini. bole ke suasana senyap?? bising sampai sendiri rase. "weyh, ade orang tengah study la"

bile puteri kesidang sume pun belajar. waaaah. terharu nye tengok semangat korang macam ni. baguss. semua pun muke rajin. kecuali tudung kuning. ape sengih2 usha sini?
alooooo rajinnye yang kat depan tu. bagus satu buku kongsi sampai 9 orang. dahtu sape je yang kene bace? takpe. yang lain tukang senyum je. 

yang ni gadis2 gojes. haha.

yang ni gadis2 sememeh. haha

bile ade kat library. kite kene bermain dengan buku. baru nampak ilmiah. haha. 

oh sebenarnye time ni dah hujan lebat kat luar. risau jugak kitorang sebab nak outdoor pulak pasni. nasib baik mase tu orang baru nak sembahyang jumaat. dan sebab potografer kitorang pun lelaki maka kitorang pun rushing2 posing.

nana. tasha. fiza. fini. eqa. atul. dila. piza. rina.

melihat masa depan melalui skrin petak. 

jom masuk utem! eh. haha. 

usaha kan tangga kejayaan. banyak usaha kitorang nak sampai atas tu. dah. jangan malas belajo.

ini gambo kegemaran aku. dah siap print sekeping simpan dalam frame tauk kat uma.

kitorang dah selesai. seronok beno muke memasing.

ok baling lagi topi depan canselori. yeaaaay. tamat degree.

sekarang bebudak ni sume dah ramai yang kawen. dah ade anak lagi. perangai pun macam tu lagi. jangan cepat matang weyh. haha.

notakakiku: kalau buat reunion ni mau meriah. mesti banyak topik mak2. haha.

Friday, August 21, 2015

Bengkung ketika pantang

Assalamualaikum. Hi.

ni nak cerita sikit pasal bengkung aku pakai mase dalam pantang 44 hari tu. aku beli 2 jenis bengkung. satu tradisional satu lagi moden punye. saje mengada kan.

aku beli yang ni untuk pesen tradisional. leesa formula. lepas survey itu ini. aku pun decided nak pakai yang ini. tu pun last minute decision.

gambar sumber google

gambo ni menipu. mane bole pakai gitu. mase pantang bawah tu kene grip. ketat abis. tu jalan pun macam "bile aku nak sampai ni". memang slow jalan sebab ikatan bawah ketat. niatnya yang jenis ni aku nak pakai mase siang dalam pantang. sebab kene pakai param ke pilis ek yang sapu kat badan tu? ahh. lupe la. tapi antara salah satu la. bile dah sapu tu. badan akan rase rimas sebab fungsinya nak bagi badan ko panas berpeluh. jadi bagi cepat la perpeluhan berlaku. abis lencun aku setiap hari. kesian diri sendiri. 

aku recommend jugak la bengkung ni sebab kite bole pakai sendiri tanpa bantuan orang lain walaupun tali sebelah je. masuk je zig zag pastu ko tarik sikit2. tapi kekurangannya adalah tak sesuai dengan aku sebab terlalu panjang dan beso. aku dah grip sampai abis bahagian atas tinggal nak pintal ikat je. masih ade ruang longgar. jadi tak selesa. tapi bawah dengan perut memang grip. but aku recommend untuk korang pakai. kain pun selesa je takde la keras panas sangat pakai. 

ni pulak aku beli yang moden punye. Vasia. minta maaf la. yang ni aku kurang recommend la untuk pakai. dari sudut pengalaman aku pakai. tak selesa sebab gatal bile berpeluh. nak kene beli lain since pakai ni tak selesa. yang ni aku niat nak pakai waktu malam. kadang pakai siang jugak mase basuh bengkung leesa tu.

ok itu je nak review pasal bengkung aku mase berpantang aritu. mase pantang tu bukan takat bengkung je. kene rajin makan jamu jugak. tapi aku jenis ngelat. makan skip2 jamu. haha. tak suke la mende pahit payau lalu tekak. brain freeze. huhu.

notakakiku: rindu makanan dalam pantang. siakap stim ibu. omnomnomnom.