♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Friday, November 11, 2016

Terima Kasih Sayang

Assalamualaikum. Hi.

terima kasih sayang ummi.

terima kasih sebab bagi ummi peluang jadi ummi yang ohsem. haha. mencabar jugak jaga anak kecil ni. baru tahu ni bile kite ade anak dan jaga sepenuh masa. haishhh kenape dulu nakal sangat bile jadi anak. huhuhu.

dengan kehadiran kak sofia ni aku rase hidup aku totally berubah. ingatkan kalau kawin je berubah. ade anak lagi berubah dari berdiri guna kaki. sekarang berdiri kena guna kaki tangan. haha.

1st time buka mata.

terima kasih kak sofia sebab ajar ummi bersabar dengan kerenah yang tak terjangkau kepala otak. semakin banyak akal. semakin cerdik.

terima kasih sebab bagi ummi geng berborak bergurau senda. paling best mangsa buli. hihi. alaa buli sweet2 anak beranak je. haha

seronok buli anak sendiri ni. haha. sampai sekarang masih seronok.

ini makcik kina buli dengan kelulusan dari ummi. hehe

terima kasih sebab jadi partner ummi teman nak pegi shopping, release tension, makan cendol dan mane saje ummi pergi. kalau keluar sorang tanpa kak sofia. mesti hati sayu tetibe. huhu.

peneman setia ummi. mane ade ummi pasti ade sofia.

dulu pegi memane duduk dalam car seat mesti akan tertido. sekarang nak pakai seat belt orang dewasa lepastu asyik on off econ dan tukar channel radio.

terima kasih sebab buat ummi ketagih bau mulut kak sofia sampai sekarang. eh? haha. dah beso setahun dua lagi ummi dah taknak bau. pengsan 6 jam nanti.

terima kasih sebab bagi ummi peluang kurus luar biasa. hahahahaha.

terima kasih sebab selalu bagi ummi senyuman bangun pagi paling ohsem.

menggigil jantung, buah pinggang bile tengok senyuman ni.

terima kasih sebab jadi kawan gaduh ummi. kite gaduh manja je ye. jangan gaduh bebetul. ummi tak kuad. *kesat hingus*

1st time merajuk dengan ummi. die sendiri letak bantal keliling die pastu taknak pandang langsung bile kite panggil.

terima kasih sebab buat ummi sentiasa on call malam. haha. 

terima kasih sebab bagi ummi peluang belajar banyak perkara tentang anak. ni pun rase tak cukup lagi ni.

terima kasih sebab jadikan ummi doktor terjunan gaung. hehe

terima kasih sebab jadikan ummi super protective untuk melindungi sofia. tapi esok beso kalau nakal. ummi rotan je.

zaman botak. paling aku suke.

mase montok ni paling best sangat gomol. die punye feel tu lain maciam sikit

tido ganas. pastu senyum dalam tido. pastu sampai sekarang masih mengigau bercakap dalam tido. terkejut ummi dengan ayah.

budak kecil mane je tak hantu air. pantang nampak air bertakung camni. menggelupur.

basikal hadiah hari jadi. baru sehari dua beli die dah bagi hadiah balik kat ummi. jatuh dari basikal sampai seketul telur muncul dekat dahi mulus tu.

raya tahun ni dah dapat kaki. lasak berlari sane sini. ummi is tabah.

1st birthday celebration. pakai cheongsam gigi rabbit dua batang.

suke main air. suke juga main tanah.

kak sofia paling suke dengan makcik kuya die. kalau dah jumpe. berkepit je.

jadi partner ummi sampai bebile. jadi kakak yang ohsem untuk semua adik2mu. pape roger ummi okay. dah beso dengo cakap ummi ayah. kalau tak! ummi cium lelaju.

terima kasih sebab buat ummi sentiasa berfikir lebih matang. hahaha. matang sangat bunyi. purlisss.

notakakiku: kbai. anak aku dah membeso. sobsob

Tuesday, November 1, 2016

Pergi zoo dengan bebudak

Assalamualaikum. Hi.

ni cerita basi dah lame. hehe. pergi zoo ni plan tetibe je. pagi tu dak rina a.k.a nenek saya tetibe call tanye free tak sebab die nak bawak anak-anak die pergi zoo melaka. since aku macam. em okay je. boleh bawak kak sofia tengok haiwan juga kan. lagipun weekdays tak ramai orang macam okay la kot.

jadi pagi tu terus siap pergi sarapan baru gerak pegi zoo. kak sofia macam biase. muke mencuka. 

okay dah masuk. mase beli tiket tu kene like page zoo melaka. nanti dapat 50% off. terus desuup like dekat kaunter tu jugak. mase ni kak sofia dah gelabah nak berjalan.

dapat tengok bird ni kemain suke la die. mulut potpetpotpet. nak bagi pegang risau pulak. tengok dari jauh je. kemain gembira.

kak sofia setakat ni tak takut haiwan. semua die terjah. kucing pernah cakar die. die lempar kucing tu kat lantai pulak. brutal sangat ni.

bersungguh aku letak die dekat situ lepastu lari nak amik gambo. boleh die pandang tempat lain pulak. bukan sekali. banyak kali. berpeluh aku. huhu

paksa anak tengok kamera. susah betul nak tarik perhatian die bergambo. die gelabah nak pegi sane sini.

lepastu jalan lagi. jumpe rabbit. yang ni kak sofia suke sebab dekat area umah die ni ade rabbit yang selalu berkeliaran walaupun bertuan. lepastu bersepah dekat kawasan rumput. macam dalam cerita teletubbies. sape tak tengok teletubbies rugi. pergi google.

mulut die dah bising jumpe rabbit ni. bit bit bit die sebut.

lepastu jumpe la pelbagai jenis haiwan. memang bagi je die lepas berjalan dalam kawasan zoo ni. tapi bile nak bergambo kene dukung. haiwan besar camni die macam tak berminat sangat. tengok -- wow -- blah. HAHA.

yang over kan ummi die je. penat sengih sebab nak ajak die sengih jugak. mencuka jela. mane tak mencuka. ganggu waktu tido die. haha.

nasib kitorang baik bile ade jugak harimau tak tido. selalunya kalau datang mesti tengah tido. jangan pelik. harimau dalam zoo malaysia biasenye on diet. tu slim je tu. tapi mase ni singa tido terbongkang weh. lawak.

baru perasan zoo ni luas sangat. letih weh jalan. baju aku basah lencun oi. menyesal pun ade sebab ikut jalan jauh. rase macam nak bergilir dengan abang aqil naik stroller tu. huhu

the kids. ade mase behave. ade mase buat konsert solo jap. diorang penat kan pegi tempat camni. nasib baik kak sofia masih behave elok je. merayau berjalan taknak kene dukung. berlagak.

setelah hampir 2 jam berjalan. jumpe jugak pintu keluar. rase dah bahagia sangat. separuh jalan tu dah malas amik gambo sebab penat. dengan berjalan. kejo anak. pujuk anak. haru biru tapi kelako. 

sebelum keluar tu amik la gambo kenang-kenangan kak sofia dengan burung.

oh sebelum keluar tu rehat dekat sini dulu. ade banyak mainan. kak sofia masih bertenaga nak mengembara. sekali jumpe kembo die nak balik sekolah. terus kak sofia baik hati hantarkan naik bas sekola. kikikiki. mende ni asal tak gerak die okay. kalau gerak die tak suke. jimat duit aku.

dah 2 jam dalam zoo, bile keluar mestila lapo. terus pegi makan kfc. nak bagi kak sofia duduk diam dan diri sendiri makan dengan tenang adalah dengan membiarkan die makan sendiri macam ni. bersepah giler. budak kan. jangan kecam.

rambut die pun lapo. takpe. share mashed potato tu dengan rambut ye sayang.

dah selesai makan. terus berpisah balik umah. sampai uma bagi susu. dengan aku sekali tido. penat sangat. memang mencabar kalau pergi tempat camni tanpa suami. kalau ade suami boleh mintak tolong handle budak. tapi ianya sangat seronok. 

Notakakiku: babai