♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Tuesday, November 1, 2016

Pergi zoo dengan bebudak

Assalamualaikum. Hi.

ni cerita basi dah lame. hehe. pergi zoo ni plan tetibe je. pagi tu dak rina a.k.a nenek saya tetibe call tanye free tak sebab die nak bawak anak-anak die pergi zoo melaka. since aku macam. em okay je. boleh bawak kak sofia tengok haiwan juga kan. lagipun weekdays tak ramai orang macam okay la kot.

jadi pagi tu terus siap pergi sarapan baru gerak pegi zoo. kak sofia macam biase. muke mencuka. 

okay dah masuk. mase beli tiket tu kene like page zoo melaka. nanti dapat 50% off. terus desuup like dekat kaunter tu jugak. mase ni kak sofia dah gelabah nak berjalan.

dapat tengok bird ni kemain suke la die. mulut potpetpotpet. nak bagi pegang risau pulak. tengok dari jauh je. kemain gembira.

kak sofia setakat ni tak takut haiwan. semua die terjah. kucing pernah cakar die. die lempar kucing tu kat lantai pulak. brutal sangat ni.

bersungguh aku letak die dekat situ lepastu lari nak amik gambo. boleh die pandang tempat lain pulak. bukan sekali. banyak kali. berpeluh aku. huhu

paksa anak tengok kamera. susah betul nak tarik perhatian die bergambo. die gelabah nak pegi sane sini.

lepastu jalan lagi. jumpe rabbit. yang ni kak sofia suke sebab dekat area umah die ni ade rabbit yang selalu berkeliaran walaupun bertuan. lepastu bersepah dekat kawasan rumput. macam dalam cerita teletubbies. sape tak tengok teletubbies rugi. pergi google.

mulut die dah bising jumpe rabbit ni. bit bit bit die sebut.

lepastu jumpe la pelbagai jenis haiwan. memang bagi je die lepas berjalan dalam kawasan zoo ni. tapi bile nak bergambo kene dukung. haiwan besar camni die macam tak berminat sangat. tengok -- wow -- blah. HAHA.

yang over kan ummi die je. penat sengih sebab nak ajak die sengih jugak. mencuka jela. mane tak mencuka. ganggu waktu tido die. haha.

nasib kitorang baik bile ade jugak harimau tak tido. selalunya kalau datang mesti tengah tido. jangan pelik. harimau dalam zoo malaysia biasenye on diet. tu slim je tu. tapi mase ni singa tido terbongkang weh. lawak.

baru perasan zoo ni luas sangat. letih weh jalan. baju aku basah lencun oi. menyesal pun ade sebab ikut jalan jauh. rase macam nak bergilir dengan abang aqil naik stroller tu. huhu

the kids. ade mase behave. ade mase buat konsert solo jap. diorang penat kan pegi tempat camni. nasib baik kak sofia masih behave elok je. merayau berjalan taknak kene dukung. berlagak.

setelah hampir 2 jam berjalan. jumpe jugak pintu keluar. rase dah bahagia sangat. separuh jalan tu dah malas amik gambo sebab penat. dengan berjalan. kejo anak. pujuk anak. haru biru tapi kelako. 

sebelum keluar tu amik la gambo kenang-kenangan kak sofia dengan burung.

oh sebelum keluar tu rehat dekat sini dulu. ade banyak mainan. kak sofia masih bertenaga nak mengembara. sekali jumpe kembo die nak balik sekolah. terus kak sofia baik hati hantarkan naik bas sekola. kikikiki. mende ni asal tak gerak die okay. kalau gerak die tak suke. jimat duit aku.

dah 2 jam dalam zoo, bile keluar mestila lapo. terus pegi makan kfc. nak bagi kak sofia duduk diam dan diri sendiri makan dengan tenang adalah dengan membiarkan die makan sendiri macam ni. bersepah giler. budak kan. jangan kecam.

rambut die pun lapo. takpe. share mashed potato tu dengan rambut ye sayang.

dah selesai makan. terus berpisah balik umah. sampai uma bagi susu. dengan aku sekali tido. penat sangat. memang mencabar kalau pergi tempat camni tanpa suami. kalau ade suami boleh mintak tolong handle budak. tapi ianya sangat seronok. 

Notakakiku: babai

No comments:

Post a Comment