Assalamualaikum. Hi.
sekarang baby dah beso. kadang2 bole rase baby banyak gerak macam bersilat sebab tetibe rase geli kat perut macam kene jentik versi lembut dalam perut ni. pastu aku banyak sembang dengan baby. duk main usap2 perut. orang kata bagus kite buat camni sebab satu komunikasi dengan baby. ayah die pun aku pakse sembang dengan baby. ok tak. tak. aku ajak die sembang sekali. baru sweet. kahkah.
keadaan badan
mase memula masuk je minggu trimester kedua, badan masih lagi malu2 nak berubah. ade je morning sickness sume tu lagi. cuma kali ni kurang nak dibandingkan awal trimester dulu.
sleepy
mase ni jugak badan aku cepat sangat letih. siang mesti nak kene ade nap kejap sebabnya malam aku tido tak lena.
selera makan
selera makan aku tak pernah 'mati'. sentiasa je nak makan. sebab tu la berat aku senang naik. biasenya malam aku jarang makan dan minum susu kambing je sebelum tido. esok subuh perut berlagu. lapaaaar. haha.
bentuk badan
tak payah merungut banyak. bentuk badan memang akan berubah since baby bump dah macam bumper. jelas kelihatan kalau aku pakai tshirt. laki aku bahagia la nak perli aku. tapi heran pulak aku. lepas bersalin kang. aku slim la balik. tapi aku rase aku seksi bile mengandung dengan perut camni. boleh camtu? pedulik. aku yang rase. haha.
kaki jalan
dulu mase awal trimester, aku cakap aku malas kan nak jalan. tapi sekarang ni aku suke pulak nak berjalan. hujung minggu kadang aku suke ajak laki aku jalan kat mall walaupun takde mende nak beli sangat. buat syarat nak jalan je. jalan dalam uma dah bosan. sebab nanti ternampak tilam. pastu tertido. cisss.
elergik
takde elergik teruk mase memula dulu. banyak mende takleh bau. sekarang elergik memandu. ade ke elergik tu? ke pemalas nak drive ni. dasar. haha. tapi! elergik paling takleh buang. bau rokok.
mengidam
dalam trimester kedua ni kalau kite teringin nak makan itu ini masih dianggap mengidam lagi ke? sebab aku selalu teringin nak makan macam2 yang masih tak pelik. cuma kadang2 tak kene mase bila mintak dekat suami. bagi aku selagi tak abes 9 bulan. selagi tu nak makan ape. dianggap mengidam. tak kira!
yogurt
ye! aku suke makan yogurt sekarang ni. cume tak kerap. dalam seminggu sekali. ke tak bagus? tapi sedap. kalau tak dapat. macam aku pulak yang menjejeh/meleleh air liur. hahaha. kalau boleh nak minum hari2 la. sedap. hehe.
sengal urat
selalu jugak kene sengal2 urat ni. biase akan serang betis, pinggang, dan tulang belakang. pernah dengo simpul biawak kan? mende tu selalu serang aku waktu pagi nak bangun tido. derita sungguh.
mood
sekarang ni mood cepat swings tak pasal. kejap ok kejap berangin. kadang kalau orang salah cakap or salah buat sesuatu kat aku. sentap. rase nak nanges. pastu ade mase manje sangat ade mase kaso bebeno. selalu pe'el aneh camni tempiasnya suami aku la. die yang paling selalu dengan aku. nasib baik die jenis watlek watpis. kadang je die sentap jugak. haha. ok ilebiu bebeh.
kulit
sekarang kulit jadi kering. kering. kering. bibir aku jangan kata la. tu yang kene rajin minum air masak sampai jadi feveret terus. pastu tumit kaki pun same makin merekah. jadi kene rajin tenyeh losyen pulak. tapi kulit muke masih lagi berminyak masak. haha. kulit muke sihat setakat ni cume whitehead melambak pulok. yeaaaay.
penghadaman
masalah membuang. haha. sume ibu mengandung akan alami situasi ni bile perut dah makin membesar. sebabnya baby dah makan banyak ruang. jadi usus kite dah jadi sempit sikit. harap tak kene sembelit la. risau jugak ni.
gelombang
ye. gelombang pada perut bila anak aku bergerak. cisss. perasaan kene jentik2 manja dari dalam perut tu. indah sangat. jadi aku sangat suke bile die bergerak.
masuk 21 weeks. pi check up lagi sekali lepas kes minum glukos tu. nasib baik glukos okay. pengalaman glukos? nanti aku summary sikit la kalau rajin.
then kene check up 23 weeks pulak. tapi masih tak bole buat scan sebab doktor buat appointment scan bile baby dah 26 weeks.
pastu mase balik kluang aritu. suami suruh buat scan sebab die nak sangat tau jantina. aku pun nak tau jugak tapi bajet watlek watpis. hehe. mase ni doktor dah cakap gender ape. tapi nak tunggu next check up. scan lagi sekali baru bole kompemkan.
check up 27weeks pun tak dapat jumpe doktor sebab doktor takde. sedih tak dapat scan. tapi kene suntikan kancing gigi. kebas lengan kiri ni. dan sekarang dah start buat kiraan pergerakan baby pulak.
others
1. bile kandungan makin beso ni. aku makin gemar minum air masak/mineral. air manis ke ais ke bole je tapi aku kurangkan. tapi aku tak minum air berkarbonat lagi sejak mula tau pregnant. pernah minum seteguk dengan pengawasan suami sebab dah macam teringin sangat.
2. penat nak duduk lelama. penat. penat yang sampai duduk gaya camne pun. penat. tu kejap baring. kejap duduk.
3. aku tak gemar sangat dengan asam ke jeruk ke ape ke. sebab selalunya time camni. ramai ibu mengandung suke makanan ni.
ok tu je kot untuk kali ni.
notakakiku: dah start beli barang itu ini. persediaan paling awal sangat. haha. bio awal jangan kelam kabut nanti.
No comments:
Post a Comment