Assalamualaikum. Hi.
kebanyakkan ibu menngandung nak mengelak sangat untuk minum glukosa atau air gula kan. termasuklah aku. tiap mase potpet dengan suami cakap
"jangan lah kene minum air gula. erkkkk. saya taknak. tak rela"
tup2 check up 15weeks. berat naik mendadak. pastu HB turun banyak. terus misi(nurse) cakap.
"oh. kene minum glukosa ni dik. berat naik banyak. datang jumaat ni ye"
dan aku sengih panda. cisss. kua dari bilik check up terus inform suami. dan die gelak. ok tak kelako. pastu call ibu cakap mende yang sama. dan same reaksinye. kene gelak.
hari jumaat pagi tu aku datang la klinik tapi sensorang. mase tu ramai la jugak ibu mengandung. sampai > bagi buku > tunggu > nama kene panggil > amek darah > minum glukosa > tunggu lagi > amek darah > balik.
nak minum glukosa ni kene puasa 8 jam paling tak pun. aku start kul 10 malam tak makan minum pape. pastu esok paginye sampai klinik terus kene minum air glukosa dengan perut kosong tanpa seteguk air dan segumpal nasi lemak. dan kau rase?? sungguh. kalau jenis perut tak kuat. memang akan muntah balik. sebab air gula ni pekat sepekat pekatnya.
memula tu nurse akan amek darah dulu baru die bagi air tu pulak. mase tegukkan pertama. aku terus tutup mulut. siyes nak muntah. pastu gigih jugak abiskan secawan air gula tu. dah abis tunjuk kat nurse then cuci cawan. kene tunggu lagi 2 jam sebelum amek darah lagi sekali.
15 minit pertama aku dah rase bibir pucat sejuk. memang nak muntah. tapi tahan jugak. dah la masih kene pose lagi. nak tunggu sejam 45 minit tu sangat mencemaskan. tapi berjaya. lepas amek darah kali kedua tu. terus aku blah cari makanan. teguk air masak bebanyak. urghhhhhh. 12jam menahan lapo.
tujuan glokusa ni nak tengok kite ni para ibu mengandung ade diabetis atau kencing manis ke tak. mungkin family background takde. tapi kite tetiba ada. jadi jaga permakanan kite. nasib baik result aku pun cantik tiptop. alhamdulillah. meh bersama amalkan permakanan sihat ibu2 mengandung. hehe.
bace kat sini. buat tambah ilmu. SirapLimau .
notakakiku: mase taip ni pun boleh lagi terasa kepekatan glukosa tu. sungguh nak muntah.
No comments:
Post a Comment