♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Monday, February 9, 2015

Orang perempuan memang degil

Assalamualaikum. Hi.

terbaca satu artikel pendek dalam fb tentang orang perempuan. memang lumrah orang keliling pandang perempuan ni kaum yang lemah. mane tak nye. sikit nak nanges. sikit nak emosi. sikit nak majuk. tapi dalam lemah tu. Allah anugerahkan satu kekuatan yang takkan ade pada kaum lelaki.

aku share artikel tu yang aku copy and paste dari fb. credit empunya karya.
Org perempuan memang degil
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yg menyusu, masih lagi nak mengandung
Tapi itu lah org perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati org perempuan, maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramai lah isteri nusyuz kepada suami.
To all beautiful woman out there, you are mentally strong, even stronger than men. Chin up, smile and live your life to the fullest. Never give up. When you ever feeling down and so tired of life, just remember that Allah is there and He will never forget.
Kepada para suami yg budiman, kalau sekali sekala isteri tersayang anda menyakitkan hati, maafkan lah dia, sebab org perempuan memang 'degil'. Hehehe.
From a mother to the mothers 
'Ukasyah. Day 1.
aku bertuah sebab dikurniakan suami yang sangat ringan tulang dan memahami. pulak sekarang aku tengah mengandung. lagi banyak kerenah. walaupun usia perkahwinan belum sampai setahun. tapi aku cukup bersyukur. bayangkan. aku ni kalau tahap tak rajin. suke mintak tolong suami. kadang tu. tekan suis kipas depan mata pn. "abang, tolong on kipas. terima kasih. lebiumiu." dasar kan. "lebih la gemok ni" ni jela suami aku selalu balas sambil tangan tekan suis. haha. 

jadi. aku taknak serik untuk terus melahirkan zuriat kami. aku kan superwomen. tang mana. biarlah rahsia. jangan risau. mengandung is fun. semua kaum perempuan kena rase pengalaman ni.

notakakiku: teringin nak babymoon. haha. ok tak lawak.

No comments:

Post a Comment