aku start sibuk cari andaman, katering, buat kad kahwin, beli goodies, dan segala bagai yang lain mase 4 bulan sebelum majlis. sebabnya aku tak tahu nak start dari mana. okay. yang ni aku summary secara kasar je persiapan kahwin.
kursus kahwin
step pertama korang kene pi kursus kahwin untuk dapatkan sijil. yang ni kitorang dah selesai awal. okay yang ni setel.
borang permohonan kahwin
untuk daftar perkahwinan, korang kene isi borang permohonan kahwin. amik borang dekat pejabat agama. kalau pasangan ko asal negeri lain dan ko nak nikah dekat negeri ko (bagi perempuan). kene tunggu pasangan ko setelkan borang die dulu baru boleh proceed borang ko dan hantar dekat pejabat agama negeri ko. untungnya orang johor. tak payah susah pi amik borang dekat pejabat agama. korang daftar je dekat eNCR ni. pastu call pihak sane mintak sahkan. then isi dan print borang dari uma je. siap isi. anto pi pejabat agama tu. pastikan borang korang lengkap dengan apa yang diminta. baru pi hantar. test HIV jangan lupe buat dekat klinik kesihatan berdekatan. kejap je buatnya. time tu jugak dapat result.
kad jemputan
ini pun penting. buat 3 bulan awal lagi bagus kalau korang dah ade tarikh kawen. sebab nanti nak tunggu kad siap. pastu nak edar lagi. amik masa tu.
baju nikah
okay yang ni untuk sape yang nak nikah pakai baju dibuat khas. tempah kat tailor awal kalau ada design berkenan. awal 4 bulan sebelum majlis pun takpe. sebab baju korang tu nak buat kene beratur tunggu turn jugak. tapi kalau nak beli siap. beli jela bebila masa pun. make sure badan maintain bila baju nikah dah ada. takut size lari. kalau tak. pakai jela baju dari andaman.
andaman
yang ni elakkan buat last minute sebab selalunya mesti akan ade pertindihan tarikh tu. lagi2 kalau majlis ko time cuti sekolah or cuti am. jadi, survey memane andaman awal2. ada je berkenan. terus call buat appointment dan discuss. kalau okay. proceed jela. kalau tak. bole pegi andaman lain. itu perlunya buat survey. korang boleh list andaman mana yang berkenan.
hantaran
yang ni baik start awal sikit. beli memane barang keperluan dulu. kalau ada sale. ko sambar je pegi beli. sebab bagi aku. beli sikit2 ni tak terasa sangat duet abes dari beli selepuk (banyak terus). mase ni ko beli barang die. die beli barang ko. pastu pegi sesama. takdela nanti tetibe tak berkenan itu ini pulak kan. tapi tu kalau korang dekat. senang jumpa. kalau jauh. korang ikut instinct la kan. tak kan la die tak nak guna barang yang ko dah beli kan. hantaran makanan/manisan sume beli mase 2 hari sebelum majlis pun okay.
barang gubahan
untuk korang yang nak gubah sendiri barang hantaran tu. korang boleh beli segala barang gubahan tu bebila masa korang nak dan gubah. tapi kalau nak hantar kat orang untuk buat. baik hantar awal. seelok2nya sebulan sebelum majlis lah kan.
goodies
yang ni korang mesti kreatif kan. macam2 nak bagi kat orang. tapi tak payah membazir ye sampai beli pasu hiasan kecik2 tu. beli jela makanan / jajan. sebab lagi jimat. yang ni beli awal pun takpe sebab nanti korang nak packing lagi kan. amik masa.
catering / masak sendiri
kalau amik catering. sila cari awal, discuss menu, dan booking! sebab takut diorang pun ada jobs lain jugak. lagi awal lagi bagus kalau majlis ko time cuti2 sekolah / am. paling tak 3 or 4 bulan awal. tapi jangan lupa keep remind orang catering ni. takut diorang ni pelupa jugak. yang masak sendiri ni senang. sehari or 2 hari sebelum majlis tu beli la bahan mentah sume. pastu panggil orang kampung sedara mara ajak main masak2.
khemah
selalunya kalau tempah catering. siap dengan khemah. tapi kalau diorang tak provide. korang kene tempah sama awal dengan korang tempah catering tu.
fotographer
pengantin mane taknak majlis die ade gambo kawen cantik2 siap dengan outing bagai kan. jadi, survey fotographer awal2 jugak sebab jadual kerja diorang pun sentiasa penuh. kalau tempat ko tu jauh dengan tempat tinggal fotographer tu. ko siap sediakan la hotel ke homestay ke untuk diorang bermalam sebab diorang mesti kene datang awal. jangan kemut (kedekut) sangat.
others
- homestay untuk keluarga mertua. in case korang kawen orang luar negeri kan.
- bunga pahar + bunga manggar
- lain2 barang ikut kreativiti korang lah.
untuk mudahkan bakal pengantin. aku bagi checklist ni siap dengan kunci kira2 lagi.
No comments:
Post a Comment