Assalamualaikum. Hi.
sekarang ni ramai kengkawan aku yang dah nak kawin. yang dah bersedia menamatkan zaman bujang trangtangtang. tapi dalam gembira untuk ke dunia baru tu. diorang juga perlu fikir tentang bajet untuk majlis yang akan berlangsung tu. jadi, aku terpanggil untuk kongsi sikit tips kalau nak jimat untuk majlis tu nanti. cewaaaah
1. tetamu
tentukan jumlah tetamu dulu. sebab selalunya ia akan merangkumi rakan taulan pihak kita, ibu dan ayah. jadi jumlah akan berganda dari yang sepatutnya. penentuan ni penting supaya senang nanti untuk buat anggaran makanan, cenderamata, kad kawin, dan banyak lagi. buat lebih awal supaya mudah takde nama yang akan tertinggal.
2. gotong royong vs catering
sekarang kebanyakan pasangan yang kahwin akan buat majlis dekat dewan. jadi mereka akan gunakan katering la sebab lagi mudah. tuan rumah tak payah bertungkus lumus mengemas nanti. yang buat di rumah pun tak kurang juga. lebih mudah menggunakan katering sebab mudah bagi tuan rumah tidak perlu banyak mengemas selepas majlis. tapi kebanyakan di kampung-kampung. tradisi gotong-royong masih diamalkan. kalau lihat pada perbelanjaan. tradisi ini lagi jimat kerana korang hanya perlu mengeluarkan wang untuk membeli bahan basah. tukang masak dan kendarat sume orang kampung boleh tolong. tapi penat rewang tu memang luar biasa lah.
3. musim
oleh sebab sekarang memang tengah musim kawin macam cendawan tumbuh lepas hujan. gituuu. jadi kebanyakan pasangan akan pilih musim cuti sekolah untuk majlis. sebabnya mase ni la ramai sedara mara bercuti dan boleh hadir. tapi elakkan membeli barang ketika musim cuti sekolah ini. kerana harga akan secara tetiba naik dari harga asal. beli lah barang lebih awal untuk jimat atau mase musim jualan murah.
4. bunga gubahan
kebiasaanya setiap pasangan inginkan majlis mereka meriah dan eksklusif. jadi, mereka suke menggunakan bunga segar untuk gubahan pada pelamin dan hantaran. tak salah untuk gunakan bunga segar tapi penggunaannya tidak lama. bunga segar akan layu dan akan dibuang. dah la beli mahal. jadi, gunakan bunga tiruan je untuk pelamin dan gubahan hantaran. ia jauh lebih murah dan boleh diguna berulang kali. mane tau bole jadi hiasan di rumah baru korang kan.
5. promosi
mase promosi ni lah kite rebut peluang untuk buat tempahan fotografi, kad, katering dan andaman. selalunya kita akan dapat diskaun yang hebat. tapi make sure nak buat tempahan tu tarikh kawin korang dah tetap.
6. baju
biasanya pengantin akan memilih untuk memakai baju sendiri mase majlis akad nikah. tapi untuk bersanding atau outing. elakkan menggunakan baju yang ditempah atau beli sendiri. yela selalunya baju sanding dan outing ni kite nak grand2 kan tapi pakai kejap je. dah la kene bayar harga tempahan baju yang mahal. tak berbaloi. lain la kalau korang ni tukang jahit. beli kain, jahit sendiri ikut citarasa nak tauk labuci celah mana, cutting camne. jadi, guna je baju yang ada di butik andaman anda tu. dah siap dengan pakej.
7. hantaran
elak berbalas hantaran dalam kuantiti yang banyak. cukup la sekadar 5 berbalas 7 je. tu pun dah boleh masuk kategori pening pale nak isi ape dalam dulang. belum lagi dengo cerita yang berbalas 21. *sigh*. selalunya dalam dulang hantaran ni barang yang kita dan pasangan akan gunakan. tak payah membazir beli yang mahal2 dan banyak. bukan semua kita akan guna macam kek, sirih junjung, coklat. barang2 tu pun beli la mase tengah jualan murah baru rase berbaloi. beli awal secara sikit2. tak terasa sangat duit keluar berbanding beli sekaligus.
8. akad nikah dan sanding
kedua2 majlis dilangsungkan pada hari yang sama. pagi akad nikah. pukul 2 nanti bersanding. jimat untuk jamuan tetamu. tapi kalau korang nak buat dalam dua majlis berbeza. boleh. cume hadkan jemputan masa majlis akad tu. cukup la sedara mara dan rakan rapat je. selebihnya undanglah mase persandingan nanti.
9. kad undangan
sekarang ni banyak design kad yang cantik2 dan kreatif. tapi pilihlah kad yang tidak sarat dan mahal. sebab selalunya kad2 kawin ni tetamu tak simpan. mereka akan buang lepas abes majlis. tujuan kad pun cuma sebagai tanda undangan selain tertera tarikh dan lokasi majlis. jadi, untuk lebih jimat. buat satu kad yang boleh masuk dua nama. lagi mudah. tetamu boleh pilih untuk hadir di majlis mana dan jimat tak payah cetak dua kad yang berbeza. lagipun, zaman teknologi ni ramai yang jemput melalui laman sosial, sms, whatsapp, atau email.
10. kugiran
mase majlis nanti kalau takde kugiran atau kumpulan muzik mesti rase sunyi sikit majlis tanpa lagu. dah jadi kebiasaan dalam semua majlis kawin akan ada kugiran. kalau nak jimat, tak payah jemput kugiran besar2an. gunakan set karoke di rumah je. tapi kalau takde. gunakan speaker sendiri, laptop sendiri dan microphone sendiri jadi kugiran. pasang cd atau lagu kegemaran. suruh la sedara mara handle kugiran homemade tu. at least takde masalah dalam pemilihan lagu kegemaran untuk dipasang nanti.
11. akaun simpanan
biasanya bakal pengantin tak perasan kaedah ni. buka akaun simpanan khas untuk majlis sahaja. segala jenis perbelanjaan ada dalam akaun tu. jadi, korang tak pening kepala dan terlebih belanja untuk majlis nanti. kalau taknak bukak akaun pun. asingkan dalam tabung khas duit untuk majlis. ni membantu korang supaya tak menggunakan duit simpanan sendiri.
12. senarai kira-kira
yang ni penting jugak supaya korang boleh senaraikan barang yang akan dibeli. dari sekecil2 dan seremeh2 barang sampai barang yang penting. boleh letak bajet untuk honeymoon sekali. ini penting supaya korang nampak berapa perbelanjaan dan duit yang dikeluarkan. jangan lupe tulis setiap kali tu. lagipun ia mudah untuk korang lihat senarai yang sudah dilakukan dengan yang belum. checklist ni aku ade bagi kat sini. nanti download la.
13. kreatif
kepakaran orang kreatif ni sangat berguna. korang boleh gune sedara mara atau kenalan yang kreatif untuk bantu buat gubahan. lagi kreatif kalau korang gubah sendiri. jimat banyak dapat. biasenya kalau gubah sendiri. lagi puas hati kan.
14. survey
biasanya perempuan lagi expert bab survey2 ni. jadi, rajin2 kan diri survey dengan kenalan mane pakej yang menawarkan harga lebih murah dan berbaloi perkhidmatannya. nanti boleh la buat perbandingan. kadang2 bayar mahal tapi perkhidmatan mengecewakan. so, choose wisely.
15. honeymoon
nak lebih jimat untuk pakej honeymoon. rajin2 la join contest. haha. mane tau setiap pos sembilan posen yang korang hantar akan dapat pakej honeymoon berjuta ringgit di sebuah kepulauan. tapi kalau kaedah lain. menabung bersama. dan rajin2 tengok setiap promosi yang sedang dilakukan di tempat pilihan korang tu. tak payah pegi tempat jauh dan mahal2 sebab tujuan utama honeymoon ni korang nak lebih mengenali antara satu sama lain. nak relax lepas penat menjadi pengantin.
notakakiku: semua gambo ihsan google. terima kasih. selamat menempuh alam berumahtangga kepada semua bakal pengantin.
Kami kawen simple je sebab mata i nampak honeymoon je...haha
ReplyDeleteWaaaah honeymoon mane tu. Mesti jauh tu yg menabung tu. Hehe
DeleteWaaaah honeymoon mane tu. Mesti jauh tu yg menabung tu. Hehe
DeleteKami kawen simple je sebab mata i nampak honeymoon je...haha
ReplyDeletetips yg sgt berguna....maseh sis...
ReplyDeletekami banyak DIY untuk kawen kalau nak lagi meriah tapi bajet takde..hehehe
ReplyDeleteSalam..Tumpang Iklan Ye..
ReplyDeletePAKEJ EKONOMI
1000PAX - RM 9.90
MENU UTAMA
Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
Daging Dendeng ASC
Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
Sambal Sotong Kering
Dalca Sayur
Acar Buah
Buah Oren Sunkist
Air Kordial Oren Sunquick
Air Minuman
TIT BITS CORNER - 200pax
Air Teh Tarik
Cendol (Siap Bancuh)
Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
Kuih Manis / Kuih Pedas
HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
Siakap Sweet Sour
Ayam Golek Madu
Butter Prawn
Puding Karamel
Buah-Buahan
Jus Buah
Air Minuman
PELENGKAP MAJLIS
Peralatan Golden Bell
2 Set VIP Dome
12 Orang Pramusaji
1 Orang Ketua Pramusaji
KEK PENGANTIN
Kek Fondant / Fresh Cream - 2 Tingkat
Meja Kek Beserta Dekorasi
BBQ CORNER (PERCUMA)
1 Ekor Kambing Panggang Beserta Kondiment
Stall & Buffet Berasingan
Peralatan Dan Kelengkapan Hidangan
Ayu
017-975 1039 (Call/Sms)
017-925 7897 (Whatsapp)
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSalam Ramadhan..
Maaf menganggu..
D'INAH CATERING..
Sekiranya pihak Tuan Sri,Puan Sri/Datuk/Dato/Datin/YB/Tuan/Puan/Encik/Cik berminat untuk sebutharga katering,sila hubungi kami di talian 012-2949044 atau email dinahcatering@yahoo.com
Pelbagai pakej menarik kami tawarkan bagi majlis seperti:-
-PERKAHWINAN/PERTUNANGAN
(Ada diskaun diberikan sepanjang ramadhan untuk,semua pakej)
-
AQIQAH
-
RAMADHAN
-
HARI RAYA AIDILFITRI/
AIDILADHA
-
DOA SELAMAT
-
KORPORAT
-
PERKEMAHAN/KURSUS
-
BUNGKUS
Serta lain-lain..
Lokasi utama
=Bukit Beruntung,Rawang,Selangor
☺Terima Kasih
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSalam Ramadhan..
Maaf menganggu..
D'INAH CATERING..
Sekiranya pihak Tuan Sri,Puan Sri/Datuk/Dato/Datin/YB/Tuan/Puan/Encik/Cik berminat untuk sebutharga katering,sila hubungi kami di talian 012-2949044 atau email dinahcatering@yahoo.com
Pelbagai pakej menarik kami tawarkan bagi majlis seperti:-
-PERKAHWINAN/PERTUNANGAN
(Ada diskaun diberikan sepanjang ramadhan untuk,semua pakej)
-
AQIQAH
-
RAMADHAN
-
HARI RAYA AIDILFITRI/
AIDILADHA
-
DOA SELAMAT
-
KORPORAT
-
PERKEMAHAN/KURSUS
-
BUNGKUS
Serta lain-lain..
Lokasi utama
=Bukit Beruntung,Rawang,Selangor
☺Terima Kasih