memula aku ingat ni nama hotel. tapi sebenarnya ni restoran cina muslim dekat taman 1 lagenda, melaka. kalau orang melaka mesti tau. kedai ni area taman depan Aeon bandaraya tu. baru bape bulan bukak ni. aku pun baru 1st time tau wujudnya kedai ni.
ahaa. meh aku review sikit. ceeeeh. poyo kan. *sigh*.ok, aku dengan budak bilik atas pegi makan2 kat sini sempena one of our membe nak further study kat oversea. so, ni kira macam farewell jugak lah kan. tempat ni pun die yang suggest.
kitorang sampai situ dalam kul 5 lebih. sebab amik time dinner. oh ye. restaurant ni bukak 2 sesi. untuk lunch (11am-3.30pm) dan dinner (5.30pm-11pm). eh aku tak ingat sangat waktu malam. tapi dalam anggaran camtu la.
restaurant ni amik 2 blog bangunan terus. so beso jugak la. ade 2 section la kiranya. satu part tu untuk bajet orang yang sikit. yang tempat kitorang ni. untuk bajet orang yang ramai macam kitorang ni. tapi sume pesen bulat jadi letak makanan atas bulatan kaca dan pusing2 untuk amek lauk kang.
oleh sebab kitorang ramai. so, amik dua meja dan gabungkan. yang muslim jangan risau. tempat ni ade surau kat tingkat atas. cume sebab baru lagi kan. suraunye agak open la. campur laki pompuan. kalau selesa bole je nak solat. takde masalah. kalau tak. pegi cross depan sana. p surau kat aeon tu.
sumorang. tak cukup satu. sebab amikkan gambo. abaikan kenapa ade satu laki je. haha.
orang dirai tu si amoi yang renyih bahagia sangat berbaju kuning tu. haha. puan RAFIDAH ISMAIL.
eh kejap. nah aku tunjuk menu dulu. tapi aku tak sempat nak amik sume gambo menu. tebal sangat buku menu tu.
ade variety of noodles, nasi goreng, ayam, tofu & egg. bole pilih goreng2 ke. lauk dan nasi putih ke. macam pesen kedai melayu jugak la kan.
ade style ala carte punye. chinese appetizer macam shark fin soup, dimsum. pelbagai jenis ikan masak pelbagai. haha. shrimp jugak. shrimp ni aku bajet macam udang kecik2 tu lah.
sayur pun banyak jugak pilihan sebenarnya. kecur air liur baca menu time ni. oh ade udang lazat enak yummy. pilihan air pun banyak. oh ye. menu kat sini ade size: small, medium, large. so, harga berbeza ikut size tu.
juices dan soft drink yang banyak pilihan.
chinese tea pun ade
ok nah bagi tengok menu2 kitorang. time kasih kak jai dan kak ina dan sekutu mereka yang tolong order sume menu ni. sedap dan bombastik pilihan korang. yummmmeh.
Stir-Fried Chicken with Dry Chili (Kung Pao) (L) - RM12
Teppanyaki Tofu (Sizzling) (L) - RM12
White Rice (big bowl) - RM9
ade membe aku cakap. nasi putih je. tak payah amik gambo. tak kira. nak amik jugak. haha. kan masuk dalam menu jugak ni. oh nasi ni. kalau satu bowl - RM1.20
Broccoli with Shitake Mushroom (S) - RM12
Butter Shrimp (S) - RM18
Fish Fillet Sweet Sour (S) - RM10
Tofu Chicken Sambal (L) - RM12
Stir-Fried Squid with Salted Egg (S) - RM18
*gambo shaking sebab dah lapo. menggigil tengok makanan. haha
Stir-Fried Beef with Black Pepper Sauce (S) - RM16
ade 8 lauk dan satu mangkuk nasi. dinner mewah dan indah. kalau korang jenis tak boleh makan kering. order la sup ye. sebab sume lauk kitorang ni tak berkuah sangat. sebab sumorang dah lapo. jadi tak banyak komen pun makan. tetibe je dah abes.
pinggan aku. puas hati. sume lauk aku try.
muke lapo khusyuk bahagia bile dapat cedok lauk. lauk sampai takdela lame. cepat jugak. jadi puas hati la takat ni.
sekelip mata sume abes. oh sume menu tadi kitorang order untuk 2 meja. kalau 1 je mau berebut kang.
pastu ade kek jugak. ni kak ina buat. bukan jual kat restaurant tu. kek carrot.
orang yang dirai. saya bagi akak enteprem lebih sikit untuk entry ni.
gaya potong kek. aku bagi ko enteprem mira. tak kose aku nak crop. hehe.
total sume termasuk minuman. kitorang minum air lain2. taknak sesame sebab boleh main rase2 air orang lain. haha.
bergambo kenangan sebelum balik uma memasing. wane waninye korang. bahagia sangat.
ucapan untuk kak fida: nanti saya bagi kad ye. haha. taknak post dalam ni.
notakakiku: plan next week jangan lupe ye kak. haha.
No comments:
Post a Comment