♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Tuesday, February 17, 2015

Pengalaman minum glukosa

Assalamualaikum. Hi.

kebanyakkan ibu menngandung nak mengelak sangat untuk minum glukosa atau air gula kan. termasuklah aku. tiap mase potpet dengan suami cakap  

"jangan lah kene minum air gula. erkkkk. saya taknak. tak rela"

tup2 check up 15weeks. berat naik mendadak. pastu HB turun banyak. terus misi(nurse) cakap.  

"oh. kene minum glukosa ni dik. berat naik banyak. datang jumaat ni ye"

dan aku sengih panda. cisss. kua dari bilik check up terus inform suami. dan die gelak. ok tak kelako. pastu call ibu cakap mende yang sama. dan same reaksinye. kene gelak.

hari jumaat pagi tu aku datang la klinik tapi sensorang. mase tu ramai la jugak ibu mengandung. sampai > bagi buku > tunggu > nama kene panggil > amek darah > minum glukosa > tunggu lagi > amek darah > balik.

nak minum glukosa ni kene puasa 8 jam paling tak pun. aku start kul 10 malam tak makan minum pape. pastu esok paginye sampai klinik terus kene minum air glukosa dengan perut kosong tanpa seteguk air dan segumpal nasi lemak. dan kau rase?? sungguh. kalau jenis perut tak kuat. memang akan muntah balik. sebab air gula ni pekat sepekat pekatnya.

memula tu nurse akan amek darah dulu baru die bagi air tu pulak. mase tegukkan pertama. aku terus tutup mulut. siyes nak muntah. pastu gigih jugak abiskan secawan air gula tu. dah abis tunjuk kat nurse then cuci cawan. kene tunggu lagi 2 jam sebelum amek darah lagi sekali.

15 minit pertama aku dah rase bibir pucat sejuk. memang nak muntah. tapi tahan jugak. dah la masih kene pose lagi. nak tunggu sejam 45 minit tu sangat mencemaskan. tapi berjaya. lepas amek darah kali kedua tu. terus aku blah cari makanan. teguk air masak bebanyak. urghhhhhh. 12jam menahan lapo.

tujuan glokusa ni nak tengok kite ni para ibu mengandung ade diabetis atau kencing manis ke tak. mungkin family background takde. tapi kite tetiba ada. jadi jaga permakanan kite. nasib baik result aku pun cantik tiptop. alhamdulillah. meh bersama amalkan permakanan sihat ibu2 mengandung. hehe.

bace kat sini. buat tambah ilmu. SirapLimau .

notakakiku: mase taip ni pun boleh lagi terasa kepekatan glukosa tu. sungguh nak muntah.

Monday, February 9, 2015

Mall untuk baby

Assalamualaikum. Hi.

aku dah start persediaan awal beli barang baby. nanti bulan 4 dah kene gst. sume barang even yang mampu beli pun jadi tak berapa nak mampu sebab kene 6% gst tu. so, aku dengan suami decide nak pi Manjaku Baby Mall kat melaka ni. rasenye warga melaka sume tau tempat ni. dari tepi jalan dah boleh nampak kebesaran mall ni.

kalau yang bukan dari melaka. korang waze jela name tempat ni. landmark dekat dengan jusco dan tesco bandaraya melaka. tempat ni jadi pilihan lepas aku buat survey perbandingan harga jenama yang sama di banyak tempat berbeza termasuk dengan faktor sale. hehe.

sebelum pegi. malam tu dah siap senarai barang nak beli. pakej dengan estimate harga sekali. suami yang suruh. pastu total kan sendiri. mane barang bole KIV beli lepas bersalin. kite KIV. jangan membazir. suami kata lagi. dan banyak rupenye yang dalam senarai tu aku KIV sebab tengok pada keperluan.

mase sampai ni dah teruja abes. wallaaaa. gumbiranya dalam hati. sengih merenyih. suami kat sebelah jeling sambil berkata

"dah kenape gemok?". +___+

tempat ni 2 tingkat. kat bawah ni banyak barang keperluan baby macam baju, botol susu, pampers, susu dan lain2. minta maaf sangat sebab tak sempat amek sume gambo dalam ni. maklum la mase tengah shopping pilih2 barang dengan mata dah rambang giler. henpon takleh pegang. yang bole pegang buku kecik senarai tu dan pensil je.

"henpon tu letak la dalam beg."

pastu terus la pegi kat barang yang ade dalam list. lepas dah amik. masuk dalam troli. suami akan jadi alarm seperti

"tick! jangan lupe"
"takde dalam senarai. jalan."
"kain die elok ke?",

dan banyak lagi. sebab aku rambang mata. takleh tahan tengok pegang sane sini.

ni slot feeding. memang banyak sangat jenama yang famos amos ade kat sini macam nuk, pigeon, autumz, avent, tomme tipple. pandai2 la ko wahai ibu2 kawal diri. mohon bimbingan para ayah2 ye supaya mengawal isteri.

banyak jenama kat sini. kire macam pengumpulan jenama dalam satu tempat la. ade anakku, pigeon, fiffy, pureen, disney, tollyjoy dan banyak lagi. tak mampu nak ingat. pastu sume jenis barang ade. jangan risau. cume ko kene pandai pusing sane sini patah balik pegi depan belakang la. haha.

pampers pun banyak dan aku rase worth it la beli kat sini. ade drypers, petpet, mamypoko dan sebagainya.

abes trip kat bawah. moh naik atas pulak. ni slot beeding. sume bantal, tilam, comforter baby ade kat sini. rambang mata jiwa dan raga. sume pun menarik. kat atas takde mende nak beli pun. saje jalan cuci mata dulu.

stroller memang banyak sangat sampai ko lalu row ni. ade yang berkenan. lalu sebelah pulak. eh berkenan lagi. pastu sebelah sane. berkenan lagi. pastu ko nanges dalam hati sebab kenapa mata rambang sangat. stroller dengan walker memang banyak sangat. jangan risau.

ade slot buku, mainan, baby cot. memang luas kalau ko nak buat lawatan sambil membelek itu ini.

ini je gambo yang sempat aku amek sebab mase shopping aritu. takde mase pegang henpon. ni pun datang kali kedua untuk tengok tilam tapi dapat amek sikit je gambo memandangkan mase ni aku tak sihat. sakit pale kronik menyerang. pastu aku ajak suami balik. tak larat dah.

aku sarankan bakal ibu dan juga ibu datang la sini buat survey2 barang. mane la tau terbeli. mungkin dengan tak sengajanya. hehe.  tak rugi datang weyh. korang yang nak bagi hadiah untuk sesapa yang ade anak kicik tu pun bole singgah sini. duduk la bape lame pun dalam ni. takde sape mara. tapi time dorang nak tutup kedai. korang boleh blah la.

aku masuk sini kul 3 petang. kua kul 5.30 petang. tu pun masih berat hati nak kua. haha. tapi sume barang masih dalam bajet yang dah diestimate malam tu. hehe. sume dah tick.

notakakiku: baru baik demam. baby dah aktif gerak balik. kalau tak. sikit2 je gerak. rindu kene siku kene tendang.

Orang perempuan memang degil

Assalamualaikum. Hi.

terbaca satu artikel pendek dalam fb tentang orang perempuan. memang lumrah orang keliling pandang perempuan ni kaum yang lemah. mane tak nye. sikit nak nanges. sikit nak emosi. sikit nak majuk. tapi dalam lemah tu. Allah anugerahkan satu kekuatan yang takkan ade pada kaum lelaki.

aku share artikel tu yang aku copy and paste dari fb. credit empunya karya.
Org perempuan memang degil
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yg menyusu, masih lagi nak mengandung
Tapi itu lah org perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati org perempuan, maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramai lah isteri nusyuz kepada suami.
To all beautiful woman out there, you are mentally strong, even stronger than men. Chin up, smile and live your life to the fullest. Never give up. When you ever feeling down and so tired of life, just remember that Allah is there and He will never forget.
Kepada para suami yg budiman, kalau sekali sekala isteri tersayang anda menyakitkan hati, maafkan lah dia, sebab org perempuan memang 'degil'. Hehehe.
From a mother to the mothers 
'Ukasyah. Day 1.
aku bertuah sebab dikurniakan suami yang sangat ringan tulang dan memahami. pulak sekarang aku tengah mengandung. lagi banyak kerenah. walaupun usia perkahwinan belum sampai setahun. tapi aku cukup bersyukur. bayangkan. aku ni kalau tahap tak rajin. suke mintak tolong suami. kadang tu. tekan suis kipas depan mata pn. "abang, tolong on kipas. terima kasih. lebiumiu." dasar kan. "lebih la gemok ni" ni jela suami aku selalu balas sambil tangan tekan suis. haha. 

jadi. aku taknak serik untuk terus melahirkan zuriat kami. aku kan superwomen. tang mana. biarlah rahsia. jangan risau. mengandung is fun. semua kaum perempuan kena rase pengalaman ni.

notakakiku: teringin nak babymoon. haha. ok tak lawak.

Friday, February 6, 2015

Eh Say Tata to Trimester Kedua

Assalamualaikum. Hi.

sekarang baby dah beso. kadang2 bole rase baby banyak gerak macam bersilat sebab tetibe rase geli kat perut macam kene jentik versi lembut dalam perut ni. pastu aku banyak sembang dengan baby. duk main usap2 perut. orang kata bagus kite buat camni sebab satu komunikasi dengan baby. ayah die pun aku pakse sembang dengan baby. ok tak. tak. aku ajak die sembang sekali. baru sweet. kahkah.

keadaan badan 
mase memula masuk je minggu trimester kedua, badan masih lagi malu2 nak berubah. ade je morning sickness sume tu lagi. cuma kali ni kurang nak dibandingkan awal trimester dulu.

sleepy
mase ni jugak badan aku cepat sangat letih. siang mesti nak kene ade nap kejap sebabnya malam aku tido tak lena.

selera makan
selera makan aku tak pernah 'mati'. sentiasa je nak makan. sebab tu la berat aku senang naik. biasenya malam aku jarang makan dan minum susu kambing je sebelum tido. esok subuh perut berlagu. lapaaaar. haha.

bentuk badan
tak payah merungut banyak. bentuk badan memang akan berubah since baby bump dah macam bumper. jelas kelihatan kalau aku pakai tshirt. laki aku bahagia la nak perli aku. tapi heran pulak aku. lepas bersalin kang. aku slim la balik. tapi aku rase aku seksi bile mengandung dengan perut camni. boleh camtu? pedulik. aku yang rase. haha.

kaki jalan
dulu mase awal trimester, aku cakap aku malas kan nak jalan. tapi sekarang ni aku suke pulak nak berjalan. hujung minggu kadang aku suke ajak laki aku jalan kat mall walaupun takde mende nak beli sangat. buat syarat nak jalan je. jalan dalam uma dah bosan. sebab nanti ternampak tilam. pastu tertido. cisss.

elergik
takde elergik teruk mase memula dulu. banyak mende takleh bau. sekarang elergik memandu. ade ke elergik tu? ke pemalas nak drive ni. dasar. haha. tapi! elergik paling takleh buang. bau rokok.

mengidam
dalam trimester kedua ni kalau kite teringin nak makan itu ini masih dianggap mengidam lagi ke? sebab aku selalu teringin nak makan macam2 yang masih tak pelik. cuma kadang2 tak kene mase bila mintak dekat suami. bagi aku selagi tak abes 9 bulan. selagi tu nak makan ape. dianggap mengidam. tak kira!

yogurt
ye! aku suke makan yogurt sekarang ni. cume tak kerap. dalam seminggu sekali. ke tak bagus? tapi sedap. kalau tak dapat. macam aku pulak yang menjejeh/meleleh air liur. hahaha. kalau boleh nak minum hari2 la. sedap. hehe.

sengal urat
selalu jugak kene sengal2 urat ni. biase akan serang betis, pinggang, dan tulang belakang. pernah dengo simpul biawak kan? mende tu selalu serang aku waktu pagi nak bangun tido. derita sungguh.

mood
sekarang ni mood cepat swings tak pasal. kejap ok kejap berangin. kadang kalau orang salah cakap or salah buat sesuatu kat aku. sentap. rase nak nanges. pastu ade mase manje sangat ade mase kaso bebeno. selalu pe'el aneh camni tempiasnya suami aku la. die yang paling selalu dengan aku. nasib baik die jenis watlek watpis. kadang je die sentap jugak. haha. ok ilebiu bebeh.

kulit
sekarang kulit jadi kering. kering. kering. bibir aku jangan kata la. tu yang kene rajin minum air masak sampai jadi feveret terus. pastu tumit kaki pun same makin merekah. jadi kene rajin tenyeh losyen pulak. tapi kulit muke masih lagi berminyak masak. haha. kulit muke sihat setakat ni cume whitehead melambak pulok. yeaaaay.

penghadaman
masalah membuang. haha. sume ibu mengandung akan alami situasi ni bile perut dah makin membesar. sebabnya baby dah makan banyak ruang. jadi usus kite dah jadi sempit sikit. harap tak kene sembelit la. risau jugak ni.

gelombang
ye. gelombang pada perut bila anak aku bergerak. cisss. perasaan kene jentik2 manja dari dalam perut tu. indah sangat. jadi aku sangat suke bile die bergerak.

masuk 21 weeks. pi check up lagi sekali lepas kes minum glukos tu. nasib baik glukos okay. pengalaman glukos? nanti aku summary sikit la kalau rajin.

then kene check up 23 weeks pulak. tapi masih tak bole buat scan sebab doktor buat appointment scan bile baby dah 26 weeks. 

pastu mase balik kluang aritu. suami suruh buat scan sebab die nak sangat tau jantina. aku pun nak tau jugak tapi bajet watlek watpis. hehe. mase ni doktor dah cakap gender ape. tapi nak tunggu next check up. scan lagi sekali baru bole kompemkan.

check up 27weeks pun tak dapat jumpe doktor sebab doktor takde. sedih tak dapat scan. tapi kene suntikan kancing gigi. kebas lengan kiri ni. dan sekarang dah start buat kiraan pergerakan baby pulak.

others
1. bile kandungan makin beso ni. aku makin gemar minum air masak/mineral. air manis ke ais ke bole je tapi aku kurangkan. tapi aku tak minum air berkarbonat lagi sejak mula tau pregnant. pernah minum seteguk dengan pengawasan suami sebab dah macam teringin sangat.
2. penat nak duduk lelama. penat.  penat yang sampai duduk gaya camne pun. penat. tu kejap baring. kejap duduk.
3. aku tak gemar sangat dengan asam ke jeruk ke ape ke. sebab selalunya time camni. ramai ibu mengandung suke makanan ni.

ok tu je kot untuk kali ni. 

notakakiku: dah start beli barang itu ini. persediaan paling awal sangat. haha. bio awal jangan kelam kabut nanti.