♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Friday, May 12, 2017

Sofia Amani dah wean off

Assalamualaikum. Hi.

lame tak bersiaran. kalini nak cerita tentang mudahnya kak sofia wean off. alhamdulillah. tak perlu struggle lelame sebab takut ummi bertukar jadi makhluk hijau sado. kak sofia dah nak dua tahun. jadi aku kene wean off die sebab die dah beso. lagipun gigi die tajam. haha.

aku start awal sehari bagi die susu formula dalam botol. beria ni sebab dah beli botol baru. memula tu die macam excited. bile dah sedut botol die mengamuk. tak suke sangat-sangat. tantrum habis. menangis sambil cakap "ummi nak susu" "ummi taknak" bile aku bagi susu dalam botol. tapi hati ni kental. muke watdek je tengok die nangis. rase macam comelnye nangis camtu. hahahaha.

comel kan? hahaha. ni aku selfie kan die. on camera depan pastu sua kat die. galak berlakon nangis.

lepas beberapa klik gambo. die bole senyum sekejap. haha. tak tahan la tu tengok muke sendiri depan camera. kekekeke.

lepastu sambung berlakon nangis. hahaha. ingat ummi die nak layan. ummi watdek(read buat tak tahu) je. hahaha

mase ni die dah merayu nak susu. kesian jugak sebab die lapo susu dan mengantuk tapi macam biase watdek. dalam watdek aku tu pun. aku pujuk bebaik cakap "kak sofia dah beso. big girl. minum susu dalam botol comel cantik. nanti ummi peluk cium". die berhenti nangis kejap. kejap sangat. 2 saat je pastu sambung meraung. huhu.

last-last die dah penat nangis die ajak masuk bilik. baring atas katil cakap "ummi, gatal". so, aku garu la badan belakang die sampai die tertido dengan air mata masih berlinangan kat mata. kesian kan. nak buat macam mane. aku kene ajar die awal-awal supaya die tak kekok nanti.

bile die bangun tido. die mintak balik nak susu siap nak selak baju. tapi aku tak bagi. so aku gunekan pendekatan asam jawa. hahahahaha. start dari penggunaan itu. die tak nak lagi susu direct dari aku sebab takut. ade jugak mintak lepas-lepas dari tu. tapi aku cakap "sakit". die faham. very good girl kan. hehe.

malam tu gembira sikit minum susu dalam botol sebab ade makcik pakcik die teman. ade geng seronok la die. tapi mase ni breast aku memang dah bengkak susu. sakit oii. bile tido malam tu aku sua jugak susu badan sebab nak susutkan bengkak. bagi time die mamai kul 2, 3 pagi terjaga tu. hehe.

mase ni aku gune segala jenis sample susu yang aku request. elok je die terime semua jenis susu cuma yang ade honey die tak berapa gemar. tapi kak sofia masih tak reti minum susu dalam botol. die minum sekali sedut, kemam, telan. memang lame jugak tempoh menyusu die ni. 3 jam pun tak habis susunya. daaaan. sekali tu je die ngamuk. lepastu die dah okay sangat. ummi lega.

peace pesen bebudak baru nak up. kahkahkah. rasenye sume budak sebaya kak sofia. peace memang camtu. omeyyyy angaaaat.

dah dua tahun anak dara tarakucaca aku ni. bersungguh ummi kak sofia beli crown relap relip tu. biasela. dalam banyak hal. ummi memang over dulu sebelum anak. haha.

birthday present dari ayah kak sofia. biasela. darah akaun mengalir dalam badan. hahahaha. die yang request nak mainan ni. layankan je.

si kesayangan. kadang boleh jadi si penaik darah. haha. tapi sayang sangat-sangat. 

sampai harini kak sofia dah boleh accept untuk minum susu dalam botol. dalam sehari ade la 3 kali die minum. selebihnya die pulun makan je. sebab dah tak menyusu badan. selera makan die lain macam. berselera sangat. alhamdulillah. tapi nak tidokan die memang bercinta giler la sebab die bukan jenis minum susu dan tertido. die minum die sambung main. tapi bile die dah cakap "gatal". maknanya nak tido. kene garu mana tempat yang die kata gatal tu. tapak kaki ke, celah lengan ke, punggung ke, perut ke. garu je sampai die tido.

sekian saje cerita ringkas dari aku. hahahaha. kbai.

notakakiku: semoga semua ibu di luar sana yang akan wean off anak dipermudahkan. jangan mara anak. kene set mind kite dulu siap-siap sebelum nak start supaya kite bersedia. tapi jangan give up. pujuk bebaik sebab budak ni bile kite cakap bebaik die lembut hati. good luck uolllls.

Monday, January 30, 2017

New Year di Cameron Highland

Assalamualaikum. Hi.

DAY 1: 1 JANUARI 2017

tahun ni sambut new year dekat tempat tinggi sejuk. aku gerak dari melaka awal pagi sebab nak sampai sana terus check in. ade la berhenti rehat bagi anak makan kejap dekat rnr seremban. jadi entry ni banyak gambo dan banyak bebel.

 awal pagi dah kene gerak. muke boleh senyum lagi.

ade orang pesan jangan ikut tapah. ikut simpang pulai sebab jalan tapah kecil. jangan tanya kecil macam mane. tapi bagus juga bile ikut simpang pulai sebab aku lalu banyak tempat menarik sebelum sampai hotel. jadi dah aim mane tempat nak pegi. memang banyak mendaki juga la jalannya sampai aku rase mabuk berpusing-pusing..

sampai pun hotel. dekat sini terlalu banyak sangat hotel. dari yang bombastik hingga yang bajet asal boleh. jadi takde masalah kalau nak check in. hotel PARKLAND ni dekat brinchang. kawasan brinchang ni meriah sebab banyak bangunan kedai dan hotel. lepastu memang ngam dekat dengan pasar malam brinchang yang famous amos tu. tapi malangnya hanya dibuka hujung minggu. mase kitorang datang ni hari ahad. malam tu ade je jualan tapi tak meriah pun. hujung minggu depa maybe jumaat sabtu je kot.

depan hotel ni ngam ade medan selera. senang nak pegi makan. paling ngam bile dapat makan masakan panas mase sesejuk ni.

bagus juga budak reception salah bagi bilik. dapat extra bed. kalau nak harapkan katil queen tu je satu. memang bergaduh tido berebut selimut. dah la kak sofia tido menggasak.

peace gaya kak sofia.

malam pula keluar nak pegi PASAR MALAM BRINCHANG yang famous amos tu tapi malangnya tak banyak pun gerai yang bukak. tak dapat rase nasi lemak strawberry. dari hotel memang jalan kaki je nak sampai pasar malam tu. eksen jalan taknak pegang kak sofia ni. pastu melayang jalan sebab kene mendaki. 

dah la malam ni sejuk angin tiup kuat. topi kak sofia yang pakai tadi tali pulak dah putus. die tarik. jadi dah aim nak beli topi die dulu bile sampai pasar.

tadaaa. jumpa ini yang paling kiut. terus beli. nasib baik kak sofia ok je pakai tak meradang macam selalu sebab die bukan jenis suke ade mende kat kepala ni

harness penting bile pegi tempat crowded dan sempit. takut die menyelit di sebalik orang kita tak nampak. dah la kak sofia ni pesen the flash. desuuup laju.

balik pasar singgah PASARAYA JIMAT beli roti konon untuk bekpes esok. dekat sangat dengan hotel aku. harga barang boleh la standard giant yang acah-acah harga paling rendah tu.

bilik ni ade tingkap memanjang macam ni. buat aku gayat bile tengok tapi kak sofia paling suke sebab die boleh join tengok view

Thursday, January 5, 2017

Raya 2016

Assalamualaikum. Hi.

okay basi pun basi la cerita raya ni. pedulik. aku nak tulis jugak.

tahun ni tahun semua adik beradik balik umah family. #teamrayajohor. hehe. jadi sehari sebelum raya aku balik kluang terus. seronok sebab tahun ni meriah ramai ahli keluarga dalam family. pagi raya tu yang tak pergi sembahyang raya duduk umah bersiap ape yang patut sementara tunggu yang pergi sembahyang raya balik. aku paling penting makan dulu sebelum bersiap. kang kreuk kreuk perut oii.

tahun ni tema family warna coklat. aku sampai ade anak pun masih suke ikut tema family. kamera ni. peloles muke aku. ishhh

sementara tunggu ayah setup kamera untuk amik gambo family. kite selfie reramai.

yang ni niece aku. puteri nur adriana. aku panggil dian. tapi nenek die yang ni panggil die dedet. apekobondola nenek oii.

kakak sofia dengan adik dian.

family #teamrayajohor. 

yang ni team bujang belum kawin. hehe. mase yang bongsu kawin mesti aku mesti dah tua kedut2. haha. sedih.

ini abang aku. anak sulung. family baru die. anak die si dian tu je. yang dua lagi tu dapat segera. hehe. tapi tetap family kami. isteri die muda banyak dengan aku. awkward nak panggil kakak. haha. jadi panggil name je. sori fida.

yang ni anak kedua. aku la tu. hahaha. family kecik aku. tahun depan aku nak besarkan lagi. muehehehe. mase ni kakak sofia moody sebab kene paksa bergambo. ko tengok. pegang tasbih tu.

ini adik aku. anak ketiga. yang pertama kawin. langkah bendul. nasib baik laki. kalau perempuan. aku mintak banglo fully furnished satu. satu jeeee. mehehehe. anak dah dua. dulu kurus. sekarang serupa beruang. si bella tu pun serupa teddy bear.

selesai gambo family. mase untuk bermaaf-maafan sambil kutip duit raya. berderet oiii beratur. adik beradik tambah dengan anak buah lagi. tuan haji dengan puan hajjah kemain sengih nak hulur duit. ewaaah

kaki bodek nombor satu memang tugas die jaga tuan haji dengan harapan dapat lah extra duit raya. kuikuikui

dah sudah sesi bagi duit raya. terus bergerak balik kampung belah ayah. dekat kampung tengah je pun. area kluang jugak. kahkah. dekat sangat. sampai sane. terus kene bersalam dengan nenek atuk dan semua makcik pakcik. dapat duit raya baru pergi dapur. makan. haiiih. makan. kegemaran aku sekarang ni. asal sebut makan. aku on. segar mata. berbunga hati. mihmihmih.

yang ni keluarga belah ayah. dari atuk nenek makcik pakcik sepupu dan anak sepupu. ramai weh. tak cukup skrin kamera. nak amik gambo formal bukan senang sebab anak kecil sume taknak duduk diam. huhu.

tak faham kenape pegang sampin suami aku camtu. HAHAHA.

lepas dah selesai dengan keluarga belah ayah tu. terus kami sekeluarga balik kampung jauh sikit. kat batu pahat. kampung belah ibu pulak. sampai kampung. lapar. terus ngap kuih raya dulu sebab ade tetamu tengah makan kat dapur. tetamu balik. desuuuup pergi dapur. makan laksa raya. nak merasa sikit. yumyum.

ini design baju raya kakak sofia. aku beli kain pastu hantar dekat kakak ipar adik aku. die tolong jahit dengan baju2 raya aku jugaaaaa. hehe. kain terbelah depan tu. senang die nak lari nanti. haha.

dekat kampung kali ni aku dengan sepupu aku dua orang sewa homestay sebab umah nenek tak muat. penuh sesak weh. lagi pula kami ade anak susu badan. payah nak jaga aurat gituuu. lepastu nak tidurnya lagi. kalau bujang dulu bole la nak tidur sepah dekat mane sudut uma nenek. dah kawin dah ade anak. ubah angin la kan. kesian laki kami kang tak selesa. tapi lupe amik gambo homestay. huhu.

ni raya kedua dekat umah tokman. umah wajib pegi tiap tahun. tahun ni uma ni macam penuh sangat sebab macam. emmm. ramainye. huhu. 

raya kedua biasanya memang rutin pergi beraya umah atok sepupu semua dengan family. tapi kali ni kene desup desup jugak sebab ramai anak kecil. pastu depa mula la buat konsert metallica bile dah penat. 

ini port mak bapak je. anak-anak muda port tadi. mesti depan tv. every year camni.

kakak sofia memang gitu jela muke die. protes kene dukung nak bergambo.

raya kedua kami tema merah membara semangat waja. ramai tegur kain kakak sofia seksi sebab terbelah camtu. ini memudahkan die untuk desuppp lari. mase ni die baru dapat kaki. memang seronok berjalan. sebab tu aku buat kain camtu. 

rumah ketiga dan terakhir sebab anak kecil masing-masing dah buat konsert. mengaum je.

anak sepupu aku. dua pupu kakak sofia. si mata cantik arya insyirah. dah taknak pakai baju time ni. die yang start konsert solo dulu. hehe.

selesai umah ketiga. semua balik umah nenek terus. beraya umah jiran-jiran pulak. mase beraya uma jiran aku tak join sebab penat. anak aku pun dah tak kuasa. die nak start ngempeng.

malam tu kitorang semua balik umah memasing. emm. sunyi dah umah nenek bile dua family serentak balik. 

so, the next day tu which is raya ketiga tak beraya mane pun sebab ade orang datang beraya. semua orang pun bosan termasuk aku. makanya petang tu aku ajak la adik-adik aku pergi bergembira gune duit raya diorang. hehe. akhirnya tersampai di sini. 

aku paksa semua sekali main termasuk anak aku. ok tak. anak aku tak main. die baru bangun tido.

hebat jugak si mamat ni main. dah la halus bola beso semua. paling ringan bola 8. tapi hebat weh. banyak kali spare. malu aku maluuuuuu. HAHAHA. top 3 ni. adik aku yang gedabak gedebab pompuan 2 orang tu pun kalah. malu oiiiii

the perempuans.

sebelum ni kan pernah viral pasal budak perempuan 16 tahun cantik giler dengan mekap, shawl terbelit, baju diva kan. tu adik aku 16 tahun yang pakai tudung hitam herot tu. bertapa die setia dengan tudung hitam herot die tu. takde shawl, mekap, baju diva. takde. selain tudung tu, cardigan kelabu dan sweater adalah kegemaran die. takde yang itu. taknak keluar umah. haha. die akan acah-acah cun bile hari penting macam pergi beraya ke. baru pakai tudung bawal cantik. tu pun sebab kene paksa. haha. sori nani. muahciked.

dah penat main. mestila nak makan pulak kan. makan kat subway. beli everyday value. masing-masing gune duit sendiri. sebabnya sebelum keluar aku dah bagi sorang rm20 dari duit raya diorang. jadi bile nak beli pape diorang akan bajet sendiri. kalau tak cukup boleh loan dengan aku tapi kene bayo balik tanpa riba'. dijamin halal. hehe

malam tu aku dah gerak balik melaka. 

raya keempat. beraya umah membe suami. kakak sofia moody sebab tak cukup tido.

cendawan toncet

raya kelima. pergi beraya umah ex housemate mase belajar dulu. dedua tepi tu la orangnya. dan dedua mak buyung. sorang anak sulung. sorang nak masuk anak kedua. terima kasih cik dila masak mi kari sedap. sampai comot tudung terpercik kuah mase makan. sedap sangat. tu tak sengaja gelojoh. HAHA.

kebetulan si kecil semua boria pakai baju sedondon kuning. 

raya keenam. pergi uma 'mak saya' pulak kat muar. memula plan ramai. last minute aku satu family je pergi. yang lain last minute cancel sebab masalah peribadi. jadi, aku dapat makan portion diorang. mehmehmeh. dah la mak masak soto sedap. bertambah aku makan. sedap sangat sampai hampir bersila duduk atas kerusi. hehe. terima kasih mak. jangan tanye kenape aku panggil die mak. haippp.

lepas pergi uma mak saya. pergi uma budak kenit perut beso ni. HAHAHA. mase ni baby belum keluar lagi. elok duduk dalam perut. sekarang baby dah gemok gedebab. atul ni masak tomyam dengan buat air koktail. bertambah aku minum koktail oiii. hehe. sedap. semua makanan aku rase sedap sekarang. sedap. sedap.

umah dak rina ex housemate sorang lagi tu pun pegi jugak tapi tak sempat amik gambo. sibuk makan bertambah. kene pulak berkejaran dengan anak. tak sempat nak amik gambar. sosad. huhu.

tak ingat raya keberapa ni. pergi open house umah ex classmate mase sekolah menengah dulu. duduk satu melaka tapi memang amat jarang jumpe. businesswoman ni. sibuk kehulu kehilir. hehe. sesape nak buat kad kawin bole la berurusan dengan die. aku dulu buat kad kawin pun dengan die. sape peminat mary kay pun bole berurusan dengan die jugak. tiptop service. jangan risau. contact fb puan saleha ni okay.

okay sampai sini je cerita raya aku. macam dah lame sangat. banyak mende aku lupe. maklum la sejak kebelakangan ni kerap sangat sifat pelupa aku ni menyerang. huhu.

Notakakiku: babai