DAY 1: 1 JANUARI 2017
tahun ni sambut new year dekat tempat tinggi sejuk. aku gerak dari melaka awal pagi sebab nak sampai sana terus check in. ade la berhenti rehat bagi anak makan kejap dekat rnr seremban. jadi entry ni banyak gambo dan banyak bebel.
awal pagi dah kene gerak. muke boleh senyum lagi.
ade orang pesan jangan ikut tapah. ikut simpang pulai sebab jalan tapah kecil. jangan tanya kecil macam mane. tapi bagus juga bile ikut simpang pulai sebab aku lalu banyak tempat menarik sebelum sampai hotel. jadi dah aim mane tempat nak pegi. memang banyak mendaki juga la jalannya sampai aku rase mabuk berpusing-pusing..
sampai pun hotel. dekat sini terlalu banyak sangat hotel. dari yang bombastik hingga yang bajet asal boleh. jadi takde masalah kalau nak check in. hotel PARKLAND ni dekat brinchang. kawasan brinchang ni meriah sebab banyak bangunan kedai dan hotel. lepastu memang ngam dekat dengan pasar malam brinchang yang famous amos tu. tapi malangnya hanya dibuka hujung minggu. mase kitorang datang ni hari ahad. malam tu ade je jualan tapi tak meriah pun. hujung minggu depa maybe jumaat sabtu je kot.
depan hotel ni ngam ade medan selera. senang nak pegi makan. paling ngam bile dapat makan masakan panas mase sesejuk ni.
bagus juga budak reception salah bagi bilik. dapat extra bed. kalau nak harapkan katil queen tu je satu. memang bergaduh tido berebut selimut. dah la kak sofia tido menggasak.
peace gaya kak sofia.
malam pula keluar nak pegi PASAR MALAM BRINCHANG yang famous amos tu tapi malangnya tak banyak pun gerai yang bukak. tak dapat rase nasi lemak strawberry. dari hotel memang jalan kaki je nak sampai pasar malam tu. eksen jalan taknak pegang kak sofia ni. pastu melayang jalan sebab kene mendaki.
dah la malam ni sejuk angin tiup kuat. topi kak sofia yang pakai tadi tali pulak dah putus. die tarik. jadi dah aim nak beli topi die dulu bile sampai pasar.
tadaaa. jumpa ini yang paling kiut. terus beli. nasib baik kak sofia ok je pakai tak meradang macam selalu sebab die bukan jenis suke ade mende kat kepala ni
harness penting bile pegi tempat crowded dan sempit. takut die menyelit di sebalik orang kita tak nampak. dah la kak sofia ni pesen the flash. desuuup laju.
balik pasar singgah PASARAYA JIMAT beli roti konon untuk bekpes esok. dekat sangat dengan hotel aku. harga barang boleh la standard giant yang acah-acah harga paling rendah tu.
bilik ni ade tingkap memanjang macam ni. buat aku gayat bile tengok tapi kak sofia paling suke sebab die boleh join tengok view
DAY 2: 2 JANUARI 2017
awal pagi cameron dah hujan lebat. risau juga tak boleh keluar. sebab harini dah plan nak pegi banyak tempat. kalau hujan susah juga la sebab bawak kak sofia. kalau berdua laki bini. redah je. hujan pun hujan la. boleh drama hindustan dekat cameron.
nasib baik kul 8 lebih hujan dah reda sikit kat brinchang. walaupun renyai. kitorang keluar jugak. redah mane yang boleh. tapi bila sampai PASAR PAGI KEA FARM ni. renyai manja macam salji je. hehe. sejuk jangan cakap la pepagi camni kat cameron kalau lepas hujan. kitorang sampai sini kul 9.30 pagi. tak banyak kedai bukak lagi. saje nak survey dulu dan aim ape nak beli esok sebelum balik.
nak sampai sini tanpa jammed. kene keluar seawal mungkin. kalau gerak dah pukul 10 lebih ke 11 pagi ke. memang ko akan tempuh jammed yang panjang dan lama. serius ko akan stress.
pokok bunga, kaktus memang melambak kat sini. aku tak beli sebab tak reti jaga. lagipun aku tak minat mende camni.
pepagi dah makan aiskrim strawberi ni. nyaman tekak makan aiskrim time cuaca sejuk-sejuk ni. rasenya macam air strawberi milkshake dibekukan. sebatang RM5
kat sini otak kene kuat untuk ingat. pastikan tak makan semut sebelum pi sini. sebab setiap kedai harga lelain. pastu kadang beza sikit je. kadang tu nampak murah tapi takde kualiti langsung. jadi kene hebat ingat kedai dan harga. memang kejap jalan ulang alik je kejenya. hahaha.
sebelah kea garden replika ni ade 5d art.
obsesi kak sofia pada air. bile bergambo dengan air je die boleh senyum gembira macam ni.
lepas aim nak beli apa dekat pasar pagi tu. kitorang bergerak ke destinasi seterusnya pulak. mase baru je gerak tetibe nampak ade polis trafik tengah print saman parking. kereta atas semua banyak dah kene. rupanya memang tak boleh parking tepi jalan tu. kene park dekat tempat tanah tu. dah la lecak. kete kecik memang payah la nak park. kalau bawak 4wheel memang no problemo. sebenarnya parking tepi ini lah punca jammed panjang dan lama tu.
tempat pertama jumpa adalah BUTTERFLY GARDEN betul-betul bersebelahan dengan hotel nova. sebelah butterfly garden ni ade BUTTERFLY FARM. aku masuk butterfly garden.
bayaran untuk dewasa RM7 dan kanak-kanak RM4 (3 hingga 12 tahun). dekat butterfly garden ni ada haiwan dan tumbuhan. jadi boleh tengok dedua.
memang bersepah rerama bertebangan dekat sini. kak sofia relaks je tak takut. aku yang macam geli meremang bulu roma tengok rerama terbang dekat-dekat. dah la beso.
obsesi pada air. berhenti kejap tengok. lain tak amik pedulik. air paling seronok nak tengok.
masuk dalam lagi. jumpe membe kak sofia. haha. ebit ebit kalau jumpe.
kemestian untuk bergambar dekat tempat macam ni. hehehe
tak ramai orang jadi tak payah pakai harness. kak sofia bebas berjalan. die paling suke bebas camni.
little pocoyo
kaktus gemuk-gemuk
jumpe geng haiwan kak sofia lagi. chicken dan duck. siap ajak duck bersembang. ayam dan itik dalam satu reban. macam pepatah bagai ayam dengan itik. haaaa ni lah realitinya.
tempat ni luas. seronok jalan bila tak ramai orang. kalau ramai aku tak tahu keadaan macam mana.
jumpe kala jengking depan mata untuk pertama kali. meremang bulu tengkuk. dah la banyak bersepah dalam ni. kebanyakkan tempat macam ni mesti ade duit syiling. kepercayaan sesetengah agama bila baling duit syiling dalam tempat macam ni. dalam air kolam pun banyak.
habis pergi butterfly garden tu. teruskan perjalanan turun lagi. jumpe kedai tepi-tepi ni. aim nak beli patung sebenarnya. jadi tak sengaja beli 2 jenis patung. satu untuk anak. satu untuk diri sendiri. tempat ni bersebelahan dengan CAMERON TRINGKAP BEE FARM.
selesai beli singgah kejap dekat bee farm tu tengok pelbagai jenis lebah. dari yang kecil hingga yang besar. menyeramkan. dasar penakut. hahaha. lepastu terus gerak naik pulak nak balik sebab dah tengahari. nak lunch dan tidokan kak sofia kejap. bagi die rehat cas bateri.
tapi sebelum sampai brinchang. singgah kejap dekat MOSSY FOREST ni. satu lorong dengan jalan nak ke boh sungei palas tapi tak sampai puncak pun. separuh jalan je sebab dah masuk jalan nak ke mossy forest ni sangat sempit. susah kalau selisih. bersagat jugak skirting kete suami aku. mase ni hujan tapi nak keluar kete jugak untuk bergambo.
seronok weh kat atas ni. dah la sejuk. kalau kat puncak lagi sejuk agaknye. nak naik sini bagus guna jeep kecik tu. semua lopak ko boleh langgar.
lorong memang sempit dekat sini. tapi ade je kete bawak desup naik. risau aku kalau bertembung.
lepas mendaki separuh jalan ke mossy forest tu, terus balik hotel. niat nak tidokan anak. tapi die duk melinjan bergembira pulak. suami aku yang terbongkang berdengkur. mase dekat hotel ni hujan lebat. memang syiook la tido. petang sikit lepas makan dan solat. aku paksa suami bersiap nak pegi BIG RED STRAWBERRY pulak.
tempat ni dekat je dengan hotel aku sebab dekat brinchang jugak. cume pintu masuknya tersembunyi. dari tepi jalan tak jumpe. jadi landmark paling mudah masuk dekat lorong hotel STAR REGENCY. mase sampai. ngam hujan terus lebat. oleh sebab pertama kali pergi jadi jakun tak tahu big red strawberry ni selepas CACTUS VALLEY. bile masuk jumpe cactus valley dulu pastu terus je kebelakang baru jumpe big red strawbery pulak.
sayur gemuk-gemuk sego-sego macam permainan. geram rase nak tenyeh.
tengok salad lagi la geram. aummm
budak tak penat-penat mendaki
dekat big red ni ade cafe. boleh la ko lepak makan minum. semua based on strawberry. jadi aku singgah la minum petang. ihikss
ni memang part kak sofia je makan. dedua sos die cicah. bile kene sos cili. meraung la pedah pedah. hahaha
sedap waffer ni. lembut weh. ade aiskrim lagi sedap.
strawberry sundae. suami aku punya
strawberry milkshake aku punya tapi kene bedal juga dengan kak sofia. sedap weh strawberry milkshake ni
welfie. gune tangan sendiri je sebab takde monopod. hehe
tengok je strawberry gegemuk ni. nak petik tak kose sebab nanti sibuk kejo anak je.
luas tempat ni. boleh jugak beli sayur on the spot petik dari sini. ko pilih nak yang mane. nanti pekerja sini tolong petikkan.
habis hari kedua di sini. malam tak keluar sebab letih. tapi keluar makan depan hotel je.
kemain muncung kak sofia tu bergambo. ingat model lipstik ke haaaaa??
DAY 3: 3 JANUARI 2017
bangun awal pagi dan check out kul 9 pagi. singgah sini sebab nak amik gambo je. tempat ni belum bukak lagi time ni.
dan terus ke pasar pagi kea farm untuk beli ape yang dah di aim semalam.
shopping dan pegang wallet suami. baru seronok. kakakaka
penat sampai tertido.
terus gerak nak balik tapi singgah kejap sebab nak amik gambo.
bear kecik aku sibuk makan jagung. kat sini jagung sedap weh. manis.
makan jagung banyak. poopoo pun kuar jagung. hahahaha
ok memang dah aim sebelum balik singgah sini dulu sebab satu jalan. BOH TEA CENTRE SUNGEI PALAS.
parking kat bawah. mendaki naik atas. memula boleh lagi bagi kak sofia mendaki
lepastu suami kene dukung sampai atas. mengah jugak bile dah jejak atas. hahaha
kemain kaki kak sofia ikut ummi.
makan dulu. dimana ada makanan. di situ ada tangan gebu. die dah tunjuk nak ape. pertama kali makan scone yang ramai sangat suka makan. kira famous jugak la. tapi tak masuk tekak aku. tak reti makan la. sedap lagi hotdog pedas tu. tapi minum teh panas dekat tempat sejuk memang terbaik.
ini makanan yang die tunjuk. 'tet'(kek) katanya.
tengok karpet. hehe. cantik weh. dengan sejuknya lagi.
bawak budak aktif macam kak sofia ni kita kene ikut aktif. die seboleh-bolehnya nak panjat sampai atas. tak dibagi die tantrum. ku relakan jua.
kak sofia kene paksa bergambar
nak balik boleh pulak kak sofia jumpe haiwan paling die suke. kalau tengah makan, nampak kucing. memang die akan bagi makanan die kat kucing. die tak makan takpe. yang penting kucing dapat makan.
kemain gembira eye to eye talk.
nak turun memang kene dukung je. kalau biar die jalan. bertahun jugak nak sampai bawah. hahahaha
on the way turun. singgah sini amik gambo.
banyaknyeeee karpet
singgah sini pula lepas pergi boh tea tadi. memula taknak masuk tapi tetibe nak masuk pula. saje nak tengok ape ade dalam CAMERON LAVENDER ni. tiket masuk dewasa RM8 dan kanak-kanak RM5.
banyak sangat bunga lavender. wangi pulak tu. seronok tengok view warna-warni camni
pertama kali makan aiskrim lavendar ni. suami kata macam telan sabun tapi die juga makan paling banyak. hahaha. RM6. nak rase punya pasal. beli 1 jela.
jumpe kawan ummi ke kak sofia? hahaha
dekat atas cameron lavendar ni ade banyak tempat bergambo macam ni. cantik. tak ramai orang seronok la nak bergambo. kalau cuti sekola. mungkin kene amik nombor. haha
my sweet little beautiful angel
C.I.N.T.A.
last stop dekat bharat tea ni pulak. mase sampai ni teringin juga nak naik atas tapi hujan pulak. susah nak mendaki dengan bawak kak sofia ni. jadi bertabahlah dengan hanya minum secawan teh panas.
sekian jela cerita holiday kami anak beranak. penat tapi seronok. terima kasih suami sebab bawa anak isteri berjalan. moga Allah murahkan lagi rezeki suami.
notakakiku: penat basuh baju oiiii.
No comments:
Post a Comment