♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Thursday, January 5, 2017

Pengalaman anak ditahan wad

Assalamualaikum. Hi.

baru je baik dari chicken pox. kene tahan wad pulak sebab food poison. pasrah.

15 Oktober haritu aku pergi pwtc sebab ibu aku konvo. nanti aku update kendian. cerita sensasi kene la update. kenang-kenangan untuk ibu. hehe. okay ceritanya kene food poison ni lepas balik melaka. sampai melaka dalam kul 8 lebih kot. malam. semua family singgah melaka dulu nak makan malam sebelum depa balik kluang. dekat kedai makan adik aku 2 orang dah mabuk. muntah2 dekat kedai makan. aku pun mase tu dah start mual. makanan aku pun tak boleh habis.

lepastu tetiba kakak sofia pulak muntah. abis tudung baju aku kene. nasib baik dah memang nak balik umah time tu. jadi terus kami sume berpisah salam muah muah aku terus balik. sampai umah kakak sofia makin kerap muntah. teruk jugak. aku mase ni dah tertonggeng2 tahan mual. lepas suami mandikan anak. aku pulak mandi. mase mandi aku paksa muntah sebab stress bile mual. banyak jugak muntah. tapi air je.

then, suami aku mandi. mase ni aku dengan kakak sofia dah lembik dah. kakak sofia pulak bile muntah macam tak jadi. muntah tapi keluar lendir sikit je. tak keluar habis. jadi macam senak la perut die. last2 suami suruh pegi check kat hospital. mase on the way pergi hospital, aku muntah teruk kat tepi jalan. keluar semua nasi aku makan kat kedai. kosong perut. terus suami desuuup bawak kete pegi hospital. tetibe dah sampai. eh. kakak sofia memang tak berhenti muntah tak jadi tu. keluar pun sikit je. kesian.

sampai hospital terus pergi kecemasan daftar. ramai jugak orang waktu malam camtu. kene pulak time tu doktor tinggal 2 orang. menangis jugak tunggu. last2 nama kene penggil pukul 1 pagi. haruuuuu. nasib baik sekaligus check anak beranak 1 bilik. senang aku nak explain kat doktor anak aku camne sakitnye. mase ni kakak sofia dah lembik sangat. kesian weh.

doktor bagi cadangan untuk tahan kakak sofia dekat wad masuk air sebab aku tak yakin die boleh makan solid food next day. dah la air banyak takde dalam badan die. so, aku pun on je suruh die masuk wad biar at least ade orang tolong pantau.

makanya. masuk la wad pukul 2 lebih. kira pukul 3 pagi jugak la hari ahad tu (16 Oktober). mase ni kakak sofia lembik sangat. nak pegi cucuk jarum kat tangan pun tido. memang mengantok weh. aku pun stress tak dapat tido. dah la aku pun food poison jugak. huhu.

apesal katil kecik?? camne aku nak join tido? 

jadi suami pun amikkan 'katil' untuk aku malam tu. dapat la tido lena sikit dari tido dekat kerusi plastik tu. huhu.

lepas check in, aku suruh la suami balik amik barang keperluan semua. mase die balik. aku pulun tido. haha. mengantok. entah pukul berapa die datang balik hantar barang. kesian jugak pagi buta ulang alik umah hospital. pengorbanan kan. gituuuuu. lebiyu suami. 

next day tanye ibu adik2 aku yang lain okay tak. rupenye sape yang makan same tempat tu sume kene food poison. LOL. terus semua kene pegi hospital. haha. siap ibu cerita masing2 lumba buang air besar. nasib baik toilet kat uma tu banyak. kalau tak masuk hutan la creeet. HAHAHA. bile tengahari suami datang melawat, die pun kene jugak. padan muke semua. HAHAHA. 

sepanjang dekat hospital. akan ade doktor yang sentiasa keluar masuk. doktor pelatih mungkin. akan tanya soalan yang sama walaupun doktor lain. aku tak kisah. name pun pantau kan. lagipun itu tugas diorang. nanti nak kene explain kat sv diorang pulak. eh sv ke? alaaa tak tau la ape name doktor yang dengar explanation diorang tu. 

nurse pun keluar masuk check suhu, tekanan darah kakak sofia. memula die ok je kene check. lepas satu peristiwa ni. die terus tak suke bile nurse ke doktor ke pegang2 die.

ceritanya. ade sorang doktor pelatih ni nak bersihkan darah dalam tube ni. kan dah pekat sangat tu. jadi kene clean kan. doktor tu dibantu sorang nurse. mase bukak kain dengan sticker tu kakak sofia baik diam je sampaikan nurse dengan doktor pun cakap "baiknya die. diam je." tapi tetibe antara depa tersalah pegang jadi terus bleeding darah keluar kat tangan. kira macam jarum tergerak sikit. ah cerita pun aku ngilu! dahla aku tak suke jarum2 ni. start situ die dah nangis. sakit oiii. aku tau la sebab malam tu pun aku kene cucuk jarum camni untuk masuk ubat. nasib baik tak kene tahan wad. dah la aku ni penakut. mase doktor dengan nurse tu buat keje, aku duk jauh je perati sambil gosok2 tangan. ngilu. seram. haha. kakak sofia dah nangis teruk sampai meleleh hingus sambil tangan sebelah hala dekat aku suruh amik die. habis je nurse tampal sticker dan balut dengan kain tangan die. terus aku peluk die sambil tiup2 tangan ni. kesian weh. sejak dari kejadian ni la die memang taknak doktor atau nurse pegang die. trauma la katakan. hehe. tapi bile babai doktor ke nurse ke takde hal. HAHA.

katil kakak sofia takde langsir. ade dekat dobi tengah basuh. jadi kene pakai langsir bergerak ni untuk tutup separuh katil sebab nak breastfeed die. payah jugak nak kene lipat bukak lipat bukak. huhu.

ni gambar petang lepas last die muntah2. please abaikan muke tudung herot tak dapat mandi tu. yang ni kakak sofia dah ceria sikit. muntah pun tak teruk. tu ajak selfie tu. hehe.

bile die dah lasak mase ni. aku kene sentiasa alert je sebab asyik la tersangkut terbelit dekat salur air tu. stress aku sebab aku takut tercabut je jarum yang dekat tangan tu. ngilu oiiii cerita pasal jarum.

ni sebelum ayah die datang melawat petang. ceria kemain.

petang tu lewat jugak ayah die datang melawat. kakak sofia pun dah penat time tu sebab die dah berjaga lama. jadi memang die nak tido. ade jugak kawan aku datang melawat siap bawak hadiah gitar untuk kakak sofia buat konsert malam tu. haha. tapi takdenye. lepas maghrib diorang balik, die menyusu terus lelap. mase sumorang nak balik tu siap la cakap babai. menangis kemain. sebut je perkataan babai. menangis. kesian. huhu. 

alhamdulillah. malam tu jugak nurse dah cabut air kat tangan tu. jadi senang sikit die nak bergerak. kalau tak asyik tersangkut je kat wayar air tu. pukul 10 malam bole pulak die bangun. tapi kul 11 dah tido balik lepas menyusu. dengan aku sekali terjoin tido atas katil tu. sweet kan kongsi katil sempit tu. hahaha.

hari isnin die bangun dah ceria lain macam. siap bertegur sapa jiran sebelah. kemain mesra. hehe. dah berselera makan. ini mase breakfast makan mihun. aku suap taknak. nak makan sendiri. baiklah nak. asalkan makan.

dalam pukul 9 ke 10 pagi camtu doktor buat rondaan tengok mane budak yang boleh discharge. yeaaay! kakak sofia is one of them. doktor dah amik semua file atas meja kakak sofia. jadi maknanya boleh balik. tengahari tu aku terus mandikan die lepas die poo poo dan kakak sofia boleh discharge lepas ayah die buat payment dan amik ubat. seronok kemain die. semua die salam. babai orang kemain lagi. hahaha. nurse pegang nak cabut jarum, muke relaks je. orang nak balik umah la katakan. 

terima kasih pada semua doktor, nurse di hospital besar melaka yang setia menjalankan tugas. sentiasa senyum walaupun penat. kene ulang alik 2 kali selang 15 minit tuko cadar kakak sofia muntah. terima kasih hantar makanan sesedap. terima kasih la untuk segalanya. cepat kami sihat dan dapat balik umah dengan cepat. minta maaf andai ade tercerewet. tapi rasenye takde. hahaha.

sakit badan tak hilang lagi. bengkak urat tangan kene cucuk tak hilang lagi. yang ni cuai sendiri. depa suruh tekan kapas lepas cabut jarum. aku lepaskan sebab mengantuk malas tekan. terus bleeding. bengkak. sampai sekarang sakit. huhu. 

Notakakiku: jangan la tanye kenape anak aku kerap sakit. lain budak lain antibodi. doakan yang baik2 je. aku suke air milo hospital weh. tak tahu kenapa. HAHA. ok babai.

No comments:

Post a Comment