♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Thursday, April 23, 2015

Scan terakhir

Assalamualaikum. Hi.

check up 38 weeks doktor ade tanye.

"ade scan kat mane2 ke before this?"
"this is ur first baby kan? pelik la u tak excited sangat. takde pun buat scan 4d ke semua kan."

bukan tak excited. cume kengkangan mase. takkan nak pegi scan sensorang. mesti nak bawak suami kan. tapi suami aku ni selalu die akan bizi. jadi terpaksa la tunda dan tunda dan tunda. tapi bile dah dapat masa sesuai. dah expired date pulak untuk scan 4d. mase tu baby dah 33weeks kalau tak silap la. banyak klinik taknak amik sebab dah beso sangat. waktu yang sesuai bile baby 27weeks-30weeks.


jadi aku pasrah. sebab diorang cakap kalau scan belum tentu nampak. lagi aku pasrah. aku malas nak argue banyak. pastu terus menerus takde wat scan pun nak check baby. kesian baby kan. tapi i know baby aktif sangat.

dan akhirnya 38weeks aku nak sangat pegi scan. aku gune kuasa veto paksa suami ikut pegi. sebab die asyik cakap "nanti abang pikir camne". selalu ayat gitu die akan berada pada situasi bizi. jadi nak taknak kene nak jugak. aku tanye pendapat tapi aku yang buat keputusan. haha

terus aku bersemangat call klinik yang berdekatan dengan uma untuk buat scan. tapi scan biase la since baby dah beso sangat dah. keputusannya pegi klinik amal dan surgeri dekat bukit katil ni je. dekat dengan uma.

datang dalam pukul 8 malam orang memang pack. ramai. tapi sempat je nak jumpe doktor. die ade 2 doktor. laki dan perempuan. sebab nak scan jadi dapat doktor rahimah. orangnye lemah lembut sangat bile cakap. em alahaaai.

mase scan tu doktor explain sume bagai la. suami kene ade kat tepi bio die tengok anak die dalam perut ni. bagi die dengo doktor explain jugak. baru la excited nak cite itu ini lepas check up. kalau tak. aku je beria cite. haha.

perasaan tengok jantung baby dupdapdupdap buat aku rase macam. entah la. seronok? terharu? teruja? ahh. semua. aku speechless.

Klinik Amal dan Surgeri
9, Pusat Niaga Bukit Katil
Jalan Tun Kudu
75450 Melaka

Tel: 06-231 6060
Fax: 06-231 9606

klinik ni ade cawangan kat taman teluk emas dan taman semabok perdana jugak. tapi main die yang kat bukit katil ni la. sebelum korang nak buat scan. better call dulu la kan untuk tanye availability doktor. takot doktor takde ke kan.

pertama kali pegi. puas hati la. total scan biase je. RM35. kalau scan 4d aku tak ingat pulak. tapi rasenye below RM100.

notakakiku:  sekarang dah bole bersiap sedia. :) :)

Wednesday, April 22, 2015

Bedung dan Barut Bayi

Assalamualaikum. Hi.

bedung dengan barut ni penting untuk baby dari 0-3months. jadi, plan asalnye aku nak jahit sendiri je bedung dengan barut tu. pastu bersemangat la google tutorial sume bagai. bile dah siap beli kain. baru teringat.

beli kain nak buat bedung dan barut
mesin jahit tak ade.
hahahahaha.

jadi aku pun anto dekat mak membe aku mintak tolong jahit tepi je untuk bedung. untuk barut aku beli tali barut siap. pastu aku bagi contoh barut je. jimat la dari ko beli bedung dengan barut siap. tapi citarasa masing2 kan. terpulang. aku bab jenis kain memang tak pakar. jadi aku google nak tau jenis kain ape sesuai buat barut dengan bedung. hasilnye sume cakap beli kain cotton flannel.

 tali barut. aku beli kat mydin.

mase nak beli kain. aku pi kamdar sebelah giant bachang dengan nagoya sebelah melaka sentral area melaka ni je. ade satu lagi nagoya dekat jalan bunga raya tapi tak sempat pegi. pastu compare harga. dekat nagoya semeter rm5.50 vs kamdar semeter rm6.50. beza singgit jadi aku decide beli kat nagoya je. lagipun kebetulan dua2 kedai ni tak banyak corak menarik sangat. ni beli sebelum GST ye. lepas GST aku tak tau harga naik ke tak.

untuk pertama tu aku beli dua jenis. satu bercorak dan satu plain. balik tunjuk suami. die komplen. ni leceh kalau beli barang baby tak bawak die.

"warne ni sesuai ke dengan baby?"
"nanti awak cube google warne ape sesuai untuk baby"

-___-""

pastu pegi lagi tapi kali ni pegi dengan suami pulak. sebab sebelum ni beli 2 meter untuk buat 2 bedung. dan semeter untuk buat barut. nak tambah lagi 2 meter sebab nak buat bedung 4 helai. bole buat selimut jugak. kali ni pegi. suami yang kene pilih corak dan warne.

4 corak pilihan kami. ade 2 plain. 2 corak. teka sendiri la mane aku pilih. mane suami aku pilih.

mase beli kain tu ko suruh pekerja tu potong siap2 kalau nak buat bedung sebab nanti tinggal jahit tepi je. kalau tak leceh ko nak potong mase nak jahit tepi tu.

 proses pembuatan barut. aaaaaa. cantik pulak barut baby ade peguin2 tu. ^-^

kalau korang nak buat sendiri barut tu. google dengan youtube je cara tu sume. bagi aku simple la jugak nak buatnye. tapi apakan daya. aku belum ade peluang.

 dan. wallllllah. barut dah siap. untuk 1 meter kain dapat la dalam 8 helai barut. ade aku pakaikan baby barut je tak payah pakai baju. aloooooo. pingu tuuu.

bedung dapat la 4 helai. bahagia rase tengok sume ni. :)

notakakiku: baby dah rajin mengeras sekarang ni.

Tuesday, April 21, 2015

Caj bersalin di hospital besar melaka

Assalamualaikum. Hi.

ini untuk bakal ibu yang buat survey harga bersalin dan duduk di wad kat hospital besar melaka. aku sendiri akan bersalin dekat sini.

Rawatan Pesakit Dalam (Warganegara)



Caj sehari bagi seorang
Kelas Satu
RM10
Kelas Dua
RM5
Kelas Tiga
Percuma

Rawatan Accouchmen dan Bersalin



Kelas Satu
Kelas Dua
Kelas Tiga
Pembedahan / Caesarean
RM800
RM400
RM100
Bersalin Forcep
RM400
RM200
RM50
Bersalin Breech
RM400
RM200
RM50
Bersalin Normal
RM300
RM150
RM10

Caj Wad Am dan Wad Bersalin



Caj sehari bagi seorang
Kelas Satu:

Bilik seorang (berhawa dingin)
RM80
Bilik seorang (tidak berhawa dingin)
RM60
Bilik berdua (tidak berhawa dingin)
RM40
Bilik lebih dari dua
RM30
Kelas Dua
RM20
Kelas Tiga
RM3

ini pun aku amik kat website hospital besar melaka dan lepas pergi kursus peneman aritu. mase tu nurse akan buat lawatan ke wad dan labor room.

ade orang cakap kat hospital kerajaan ni layanan nak taknak je. yela. staff tak ramai tapi pesakit ramai. belum lagi yang datang bulan mengambang ke gado dengan boypren ke kan. hehe. lagipun diorang cakap sebab kite bayo sikit nak compare dengan hospital swasta kan. tapi aku tak tahu. tunggu jela pengalaman lagi bape hari ni lagi.

mase nak masuk wad ni korang kene bayo deposit dulu. tapi mase nak discharge nanti korang bole mintak refund. kalau korang bayo deposit lebih dari jumlah bil korang duduk kat hospital tu. make sure resit asal disimpan ye.

semoga nanti semua berjalan lancar dan dapat nurse serta doktor yang ohsem mosem.

notakakiku: menghitung detiktoktiktok.

Monday, April 20, 2015

Panas. Rimas.

Assalamualaikum. Hi.

sepanjang tempoh mengandung ni. perkara paling aku tak boleh terima adalah panas. ok tau. ni panas dunia. tau. aku bukan pertikaikan pasal panas dunia ni. cume aku nak mention kat sini wanita mengandung ni senang rase panas. haba badan diorang ni lain macam sikit.

aku ni pulak jenis yang senang dan cepat berpeluh. jadi, bile panas sikit. aku berpeluh lencun macam lepas berlari marathon. bile panas berpeluh mesti akan rimas kan. yela. badan melekit2 kot. mane selesa. ikutkan hati mau sehari tu berpuluh kali aku nak mandi. tapi macam tak kose sebab lepas mandi mesti berpeluh balik. jadi pembaziran air. tapi kadang tu desperate mandi jugak banyak kali sebab tak tahan.

paling tak best bile panas dan rimas ni aku senang naik hangin. cepat rase nak marah. kadang tu moody tak masal. tu yang aku tak suke dengan diri ni. tak best lagi bile time tido tu berpeluh2 padahal kipas dah buka sampai dua bijik. kipas syiling ade kipas kaki bawah pun ade. tapi berpeluh sampai basah bantal. bersabar lah wahai diri.

notakakiku: sekadar luahan kosong je. :)

Friday, April 17, 2015

Panduan tidak sombong

Assalamualaikum. Hi.

ari jumaat ni elok la kirenye kalau kite share sesuatu yang ohsem kan. manusia ni banyak karakter. kadang orang senang judge orang lain tanpa kenal dulu. yela. tak kenal maka tak cinta. dah kenal. tak bercinta pun takpe.

oleh Imam Ghazali

1. kalau berjumpa KANAK-KANAK. anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. apabila bertemu dengan ORANG TUA. anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. jika berjumpa dengan ORANG ALIM. anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. apabila melihat ORANG JAHIL. anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan. sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. jika melihat ORANG JAHAT. jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. apabila bertemu dengan ORANG KAFIR. katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam. maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

sebenarnye tak susah pun nak buat sume ni. cume HATI kite tu je. ade keras ade lembut. ade bermacam pe'el.

notakakiku: ayat same je dengan orang lain yang share. :)

Thursday, April 16, 2015

Beg pakaian untuk bersalin dah siap kemas

Assalamualaikum. Hi.

since baby dah masuk weeks yang dijangka bole bersalin bile-bile mase je. maka aku kene prepared kemas barang dan baju sendiri jugak baby. sebab diri sendiri sangat clumsy jadi kalau buat last minute takut sume tak lengkap.

 
sume barang sudah tersedia. baju sendiri dan baby kat wad dan labour room. barang 'peribadi' tak kose nak snap. tapi korang standby la disposable panties since korang akan menjadi tak kose nak rosakkan panty yang cantik2 tu kan. nursing bra bawak la 2 helai or more plus dengan nursing pad.

*kose=kuasa

barang sendiri
  • baju berbutang/berzip depan 3 helai.
  • kain batik 2 helai
  • tuala mandi sehelai
  • tudung sehelai
  • disposable panties 1 paket
  • nursing bra + nursing pad 2 helai
  • stokin sepasang
  • sweater sehelai
  • toiletries 1 set - shampoo, sabun, ubat + berus gigi, pencuci muka
  • maternity pad 1 paket kecik
  • minyak angin
  • selipar
barang baby
  • baju 2 pasang
  • tuala mandi sehelai
  • bedung sehelai
  • napkin sehelai
  • mittens sepasang
  • topi sehelai
  • pampers 12 helai
  • wet tissue
others
  • thermos
  • tisu
  • plastik bag baju kotor 
  • kertas bersalin
semua ni aku standby satu beg je. cume baby punye aku ade asingkan untuk masuk dalam labour room nanti. dan beg hospital ni dah standby dalam kete pun. punye lama simpan dalam bonet kete sampaikan suami risau.

"pelekat pampers baby tu tak rosak ke kalau kene bahang lame sangat. yela. kan dalam bonet kete. panas" 

cair bang pelekat tuuuuuu nanti. cane ni??? haha. no la babe. tak rosak pun.  :')

notakakiku: tido malam dah mule tak lena. kbai.

Sunday, April 12, 2015

Happy Birthday MAA

Assalamualaikum. Hi.

tahun lepas aku tak berpeluang sambut or lepak dengan die mase besday die sebab kene balik kluang untuk beli barang hantaran. yela. mase tu masih tunangan lagi. sempat bagi die hadiah je pagi tu pastu terus rushing balik kluang.

tahun ni lain pulak. dah selamat bergelar isteri. jadi mesti la sempat nak sambut besday die. malah menjadi orang pertama wish siap pakej nyanyi lagi untuk buat lagu tido malam tu. haha. kesian die ngigau malam tu. ok memain. haha.

pagi tu mase sarapan dengan my MIL. bagitau MIL yang arini besday MAA. pastu MIL cakap die ni kes terpencil sikit. sebab paling susah dan lame nak kua dari perut sampai kene karen untuk bagi rase sakit contraction tu. MIL tak ingat tarikh tapi tau bulan. hehe. biasela kalau mak2 ni bile berusia tarikh besday anak mesti selalu lupe.



kad handmade. bersungguh buat. ^-^

pen/stationary holder. siap paksa die tuka yang ade kat opis tu dengan yang ini. handmade jugak. sebenarnye tak tahu nak bagi ape. tu yang bagi ni. :)

 muke sabotaj. penat aku paksa senyum. "abang, senyumlah." "hey. senyum satu" "alaaaa. satu je senyum elok2". nasib baik gambo berdua tu die tak sempat sabotaj. bahahaha.

takde celebration meriah romantik siap dengan suprises karpet merah nyanyi2 lagu kek lilin bagai. cukup la saya belanja bege kat burger king ni je. hehe. janji abang gumbira bertambah debab. 

dengan ucapan:
"Sanah helwa si jantung hati. My best husband. Great ayah for our kids. My best partner in crime. Most important. U are my bestfriend forever. Semoga menjadi kesayangan di sisi Allah sentiasa. InshaAllah."
notakakiku: ucapan selebihnye. dalam kad tu. kbai