untuk ibu mengandung yang nak bersalin kat hospital kerajaan. sekarang ni kene pegi kursus peneman. kalau swasta. suami bole je masuk teman kite kat labour room. tak payah kursus bagai. tapi kalau bersalin normal. kalau c-zer. suami tetap tak boleh teman.
27 mac lepas aku pegi kursus ni. oleh sebab kandungan dan beso jadi kami kene pegi awal. takot tak sempat pi dah bersalin.
prosedurnye tak leceh mane pun. kalau kat hospital melaka ni. ko datang kat klinik O&G sebelah klinik pakar tu. tak tahu kat mane? tanye nurse/staff/doktor kat situ. toksah segan. nanti kat klinik tu ko bagi buku pink pastu die akan bagi pilihan tarikh sesuai untuk ko. hari tu nurse suruh pilih hari isnin ke jumaat. suami aku decided jumaat sebab die punye suke. haha
nanti bile dah set appointment. ko datang la sebelum pukul 8.30pagi. tapi jangan mengharap datang awal dapat parking berdekatan. aku haritu pun parking luar hospital. nasib. datang siap dah breakfast ye. pastu mase datang tu make sure siapkan dokumen penting macam suami ko seorang, buku pink tu, dan sijil nikah.
mase ceramah biasenye tak lama. bergantung pada penceramah. peserta pun takde ramai sekaligus. haritu lepas dengo ceramah yang simple dan singkat tu. kitorang dibawa melawat wad dan kamar bersalin. mase dekat kamar bersalin. sister/misi pesan suruh standby kertas linen bersalin tu. dah pesan suruh beli kat farmasi hospital tapi balik tu kami jalan menonong.
pastu baru terhegeh nak beli. nasib baik jumpe. tu pun suami aku beli kat farmasi sebelah opis die. kertas linen tu macam kertas minyak pun ade. kat farmasi ade jual. kalau kat mall aku tak sure. tapi pi jusco haritu. memang takde. bile dh beli suami aku cakap
"dah bole pakai mase tido malam ni"
die suruh standby sebab takut air ketuban aku pecah time tido. aku takut aku ngompol je. bukan air ketuban yang pecah. hahahaha.
cenggini je pun rupenye kertas bersalin/linen tu. aku tak tau bape helai dalam ni sebab tak bukak lagi. tapi suami beli 2 paket.
No comments:
Post a Comment