majlis bertandang belah laki kat melaka dibuat 14 Jun 2014. selang seminggu je sebab aku malas nak gap lelame since johor melaka takde jauh mana kan. untuk tema kat majlis bertandang ni. aku prefer songket. memang dah lame minat giloss. tapi apakan daya. butik kitorang tu takde songket yang berkenan di hati. kalau ade pun. kaler baju laki dengan perempuan agak lari sikit. so, untuk kesekian kalinya. pilih tema biru je tanpa songket. cukup la suami aku punye tanjak dengan samping songket. *pandang lantai*
dalam mase menunggu family aku berkumpul untuk berarak. 3 orang sahabat ni datang jumpe aku kat butik. sebab diorang pun takleh lame kan. terima kasih korang.
aku dengan pengapit yang juga bakal isteri orang. hehe. ni mase sebelum berarak. susah jugak nak berarak ni ye. kene jalan slow giler. aku ni jalan slow sangat macam tak jiwa lah. tapi mase ni berarak agak lewat sebab nak kumpul family aku. yela diorang datang hari yang sama kan. jadi kene consider la kalau lewat sikit sebab sume dari tempat berbeza.
macam biasa jugak. kat majlis bertandang pun takde aksi renjis merenjis. jadi duduk bersanding. salam muah ciked terus pi meja makan. ok yang ni scene baling duit syiling dengan gegula. suami isteri blur masa memula sebab tak tahu menahu pun ade scene ni. tetibe biras aku hulur bakul cinonet tu. abaikan kegembiraan keterujaan melampau suami aku tu. bukan dapat pun gegula tu bang oiii. hover ko jemah.
abes membaling tadi. kita makan pulak. menu semua atas meja makan beradab ni. biras aku yang masak. koktail sedap. haha. rase nak tambah tapi kene mara pengantin takleh makan banyak. terima kasih pada dua insan yang aku kenal mase aku praktikal dulu ni sebab sudi datang. dedua pun masih kiut kecik cinonet.
ibu paling rendah. haha. ok. tak kelako. dua insan yang paling paling paling paling paling banyak bertungkus lumus untuk majlis aku. terima kasih.
keluarga belah ayah yang datang dari pelbagai tempat. gituuu. haha.
mak ayah mertua.
sedara mara keluarga belah laki.
yang ni sebenarnya bukan semuanya kawan aku. ni kawan kepada kawan aku sorang tu. tapi die bawak geng datang. banyak kali tanye bole bawak geng ke tak. haha. aku takde hal la. tetamu kan rezeki. pastu ni tangkap gambo macam kenal lame. padahal kenal bape saat je. haha. terima kasih datang korang.
antara opismate aku yang datang. terima kasih. muah cikedd.
ini paling best. kawan sama belajar dulu. ade datang dari jauh. terima kasih sangat. terharu. *kesat hingus*
budak opismate suami aku.
din ladiessss. except adam. haha. tapi ni kurang sorang. kuyam hilang mane tah.
aku share dua ketul gambo hasil kene buli dengan fotographer. ciss korang ciss.
pose wajib semua pengantin rasenye. haha. kebanyakkan gambo pengantin mesti ade pose gini.
ok abes scene buli dalam uma. kita sambung sesi outing pulak. kali ni tambah lagi satu pembuli. ciss korang ciss. tapi mase nak pi outing tu pengantin drive sendiri je pun.
petang tu jugak flight terus pi sahara. haha.
mase ni sesat. sume gunung. tak ingat jet peribadi parking mane tadi. haha.
tinjau kawasan jap. mase ni aku dah mule penat. sengih pun malas sebenarnya sebab aku lapa lapa lapa lapa dan ngantok. pastu kene mendaki sane sini. ciss korang ciss.
all of me love all of you.
behind the scene. pembuli tegar. haha. tapi hasil kerja tip top. ok dimaafkan. ciss korang ciss.
oleh sebab outing petang tu lambat. so, agak lewat jugak kitorang abes photo shoot. ni pun tak abes lagi buli. naseb baek hari dah mula gelap. kalau tak. lame lagi aku rase bertapa kat sahara tu. ciss korang ciss.
pengantin merajuk. balik dulu. haha. okay untuk yang tak tahu. gunung sahara ni kat pantai klebang je pun. dulu tak femes sangat. tapi sekarang dah makin femes sebab dah ade jalan tar nak mai sini tapi half way jela. kakaka.
pembuli jeling nak dengki lettew. dua orang fotographer sepanjang majlis bertandang kat melaka. lagi sorang tu pembuli tambahan mase outing je. die pemalu. takde gambo. *nangis tengok dinding*
barang hantaran. 7 balas 9.
dalam banyak2 hadiah yang aku dapat. hadiah ni paling rare paling aku emmm. ok terima kasih jela pada pemberi. hehe.
abes majlis semua. malam tu jugak flight honeymoon. hehe.
notakakiku: sekian saja cerita tentang majlis kahwin aku. cerita simple je. okbai.
No comments:
Post a Comment