♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Saturday, September 18, 2021

Anak asuhan pertamaku

Assalamualaikum. Hi.

okayy ini adalah pengalaman pertama aku mengasuh anak orang.

kisahnya bermula bila jiran depan umah ni tanya boleh tolong jagakan anak die tak bile die keje. ni pun last minute punye request.

mase tu pulak tetibe sesi persekolahan dah nak mula awal bulan Mac 2021.

so, aku amik masa jugak la nak kene fikir pastu nak bincang dengan suami.

tetibe suami tak kisah pun sebab die cakap aku yang jaga. jadi, keputusannya pada aku lah. so, why not kan kita tolong jaga.

first day inara datang, mase tu die kecik halus lagi. dalam 3 bulan lebih kot.

kasi up muke masam hari pertama dengan limpahan susu 

inara ni mase tempoh percubaan, die tak tunjuk ragam sebenar die. so, aku relaks lagi. tapi bile mase mengasuh yang betul. wow! ragam die luar biasa.

kalut jugak aku memula sebab tak biasa kan. nak kene ikut rentak baru niii. mase tu aku pulak masih breastfeed umar. mau tak kalut kelulut gaisss.

botak halus lagi rambut die. badan pun halus je. ringan sungguh bile dukung.

lepas dah dapat rentak. barulah semua kembali normal. inara akan meragam bile nak tido, nak susu, dan berak. die punya ragam tu. die akan menangis kuat macam kene pukul. kalau lambat bagi susu. die jerit nangis kuat sampai kadang muke merah padam, suara hilang. gilerrr tak cuak aku mase ni. hahaha.

selalunya die akan mengamuk lapar susu bile lepas mandi. mane tak kalut. nak pakaikan pampers, baju. so, bile dah faham. aku akan buat susu sebelum mandikan die. jadi lepas mandi. suap susu. selamat.

inara ni tido buai elektrik. umah aku ade buai tapi manual. nasib baik mama inara bekalkan box letrik inara. setel. bantal busuk is a must. kalau takde nanti die tido kejap² je.

mase kecik halus ni. inara banyak muntah. biasalah budak bawah 6 bulan kan. kalau lepas susu. tido. dah sendawa. taknak muntah. bile tido, terbatuk muntah. huhu. 

inara jenis minum susu banyak weh. aku pun terkejut. dah minum banyak. kencingnya pun banyaklah. haha. 

ade sekali tu. die kencing tembus. kencing die menitik ke lantai. aku ingat air tumpah. bile raba, basah lencun buai dengan baju die. tapi inara waklek wakpis je tido lagi. terus aku kejut mandikan.

sebab tu kain buai bertukar².

anak² aku semua suke main dengan inara. so, time inara diam. memang aku biarkan depa melayan. jadi mase tu lah aku cepat² masak tengahari sambil ke depan ke belakang jengah tengok keadaan.

kalau mood die baik. kemain lebar kan senyum. nampaklah lesung pipit die.

inara ni, die suke tengok handphone. kalau die nak start merengek, aku angkat phone nak amik gambar atau video. die terus buat muke elok. kemain mama kau ajar behave depan kamera ye nara. hahaha.

aku suke ketip kuku anak². so, kadang kuku inara pun aku tolong ketipkan. kuku die senang ketip lagi sebab lembut tapi tangan die halus sangat. kadang seram jugak. kuku dengan jari sama kaler. berlecak dahi.

muke mintak dukung.

inara tak boleh nampak kelibat aku. nanti die merengek nak dukung. biase aku tak angkat. kalau takde kejaan sangat. aku duduk je sebelah die. elok la die buat muke bahagia.

kalau ade kejaan. aku lari berdesup. nanti die terlupa atau die meraung kuat. hahahaha. so, end up aku kene stay kejap dan hilang bagai ninja bile die tak perasan.

inara kalau tido. aku rase nak kejut. tapi bile die bangun. nak suruh tido. hahahaha.

rambut dah mula lebat. mase ni dah start on off jaga inara sebab dah start lockdown. so, mama die work from home. jadi inara kejap ade kejap takde kat umah aku.

paling kepoh anak aku lah. asal bangun pagi tanya inara datang kul bape. setiap hari pulak tu. dan setiap hari jugak aku kene bagi jawapan yang sama. sampai kadang aku fed up aku suruh die pi umah inara tanya sendiri. hahahahaha.

dari hanya terlentang je. tetibe lama tak datang. dah pandai meniarap. anak² aku paling excited. siaplah depa bersorak bile inara meniarap.

dari tido kene dalam buai letrik sampai tido asal boleh je. hahaha.

tetibe dah boleh makan.

baby koala.

mase ni die dah lama giler tak datang. so, bile datang tu. die macam terkujat lah. pelik dan sedih. hehe. kejap² nangis. bukan nangis ek ek ek taw. meraung macam kau pukul die. tak boleh kene tinggal. aku hilang je die meraung. sampai nak masak pun terpaksa angkat die. nasib baik mase tu tinggal nak masak bergedil. hamikkk! memang aku ingat.

last² die tertido atas badan aku. pastu aku transfer letak dalam buai. tapiiii die tido kejap je. celik je mata. terus bukak peti suara. halah koala.

inara dengan bantal busuk die kene together.

inara ni aku perasan, die suke gigit hujung bantal busuk die. actually semua bantal kot sebab bantal busuk anak aku pun die bedal gigit hujungnya. sampai anak aku stress pastu suruh basuh sebab sarungnya dah basah. koserrr ummi nak layan.

inara dan teether.

mama die kata, inara gatal gusi. so, aku belikan la teether satu untuk die kunyah². hahaha. teether anak² aku banyak dah buang. yang tinggal mainan kasar². tak sesuai untuk die main gigit². bosan lah tengok die gigit hujung bantal busuk je. hahaha.

tetibe dah pandai merangkak.

mase ni die dah start peramah. hehe. die akan bukak kelas vokal setiap hari. bebudak ni main sesame sendiri. jerit². die join jerit sorang². kalau orang agah. mengekek gelak lepastu jerit.

pandai pegang botol sendiri tapi suke campak lepas minum.

inara. husna. sofia.

dua orang anak aku ni lah paling excited kalau inara datang. depa suke melayan. tapi bile inara nangis. depa lari. cehh.

inara. umar.

umar jarang main dengan inara. tapi die suke inara datang. bile inara sampai. die akan panggil "nana, nana". ikut kakak² die panggil "nara. nara". lepastu umar buat hal sendiri. takde main pun dengan inara. jarang lah die kacau inara ni. tapi die paling suke panjat buai mase inara tido.

aku jaga inara dari bulan Mac 2021 sampai Ogos 2021 je. itu pun last minit keputusan stop jaga atas sebab yang tak dapat dielakkan. cliche kan? ihikss

terima kasih inara sebab sudi jadi anak asuhan pertama ommi. hehe.

terima kasih mama inara sebab percayakanku untuk mengasuh inara.

kita jumpe lagi inara.

elehhh. depan umah je kau duduk inara. memang jumpe la citenya.

jangan lupe taw kita pernah jadi mama dan anak koala. hahaha.

lepasni harap kakak² ni tak bertanya lagi la kenape ummi tak jaga inara lagi.

notakakiku: okay bai.