♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Thursday, February 14, 2013

Gunung Nuang, Hulu Langat

Mendaki  ke puncak dengan Geng Ahli Mesyuarat Tingkap seramai 10 orang dibantu 7 orang guider lama dan baru. :)

10 Februari 2013

5.30 pm - aku dengan osmet aku bertolak dari Melaka ke KL. hanya kitorang berdua je sebab yang laen tak dapat join. perjalanan bergerak sangat lancar walaupun kenderaan banyak.

7.00 pm - stop kat RnR Seremban jap. isi perut dan membuang.
 kesian tak buleh bukak mata sebab flash terang sangat
see! perjalanan lancar. :)

8.00 pm - bergerak ke TBS dan tiba di lokasi jam 9 pm untuk pick up amal. meeting point jumpe sumorang.

10.00 pm - lepak makan jap kat mines downtown. shopping sikit barang camping yang tak cukup. paling penting kasut getah hiking. pastu tunggu brader guider pick up kitorang untuk pergi lokasi gunung nuang.
 muke letih sangat. baru lepas shopping. hoho

2.00 am - tiba di car park gunung nuang dengan selamat. masing-masing dah penat sangat. kitorang basuh muke, gosok gigi, salin baju siap sedia nak panjat gunung esok subuh, agih-agihkan barang pada sumorang dan bersiap sedia untuk tido dalam kete memaseng.

pengalaman tido dalam kete dengan gaya tersendiri. 1 kete 3 orang kire selesa untuk tido la sebab tak payah berhimpit. ade yang lena ada yang tak jugak sebab keadaan kan. kawasan open kot dah la sume pompuan. sorang je laki. kitorang ni asal buleh je. :)


11 Februari 2013

6.00 am - bangun pagi untuk bersiap sedia. selesai solat subuh kitorang sarapan secara ringan. cukup lah dengan roti dan ayam goreng.

 muke semangat fatin. orang baru sampai kan.

checking barang for the last time. bawak ape yang perlu. sumbat sume dalam 1 beg.

muke bahagia ni.

7.00 am - diberi sedikit taklimat dari abang guider dan pendakian bermula.

okay! stretching lu. semangat ko mal. besau kangkang tu. haha. ;p

bermulalah pendakian awal pagi kitorang. gelap lagi so memaseng kene guna torch light suluh jalan. 

 check point pertama. muke bahagia memaseng. penat camne pun maseh mampu terasa bahagia. superb!

 amal a.k.a. nenek kebayan dan hafiz a.k.a. nano yang berjiwa kental. laju sungguh mendaki. 

 teha dah tak tahan. kaki die dah kejang. kesian. takpe teha. kite kan bawak nurse dgn farmasi. haha.

 oh ye! memang saye pekerja buruh tebang pokok. LOL.

 syikin dgn mun paling laju mendaki.

korang teka la menatang apekah ini. besau sangat weyh.

 nurse sedang merawat teha. yang laen jadi penonton dan pembakar semangat. hehe.

penat tak membataskan kitorang tersenyum gumbira. ni check point ketiga kot. tak ingat dah.

 
syikin gelek nih. haha. 

 
ni muke penat mendaki ni. kalau tak penat tak tau la rupenya camne kan. superb ah korang!
okay. mase bermaen sudah tamat sebentar. kite continue kat atas. ayuh teruskan pendakian!

10.00 am - tiba di lokasi perkemahan. Kem Lolo. kitorang berehat dan dirikan khemah. barang-barang yang tidak diperlukan untuk berada di puncak kitorang tinggalkan di khemah. cukup la hanya bekalan air dan cokelat sebagai sumber tenaga untuk mendaki.

 sampai kem lolo dah. agak unik nama kem ni. 

 
persiapan mendirikan kemah. nak simpan separuh barang yang tak diperlukan kat puncak. muke memaseng nak serius time ni. perghhh. perghhh.

mastermind yang bersungguh mendirikan kemah.

2 manusia yang dah give up tak nak mendaki ke puncak. tapi tahniah fiza sebab ko berjaya ke puncak. teha. next time kite cuba lagi okay. bawak alza ko. haha. ;p

10.30 am - pendakian ke Kem Pacat bermula. hanya 9 orang je meneruskan pendakian sebab teha dah tak larat. so, die lepak kat kem lolo jaga barang kitorang juga siapkan makanan. haha.

beg dah ringan. satu badan dah spray baygone sebab nak elak pacat kat kem pacat tu. okay muke dah bersedia ke kem pacat. ayuuuuuh!

cabaran lebih besar menanti kitorang untuk ke kem pacat.
 
12.00 pm - ni anggaran waktu sebab aku tak ingat waktu yang betul. kami tiba di kem pacat. group kitorang terpisah dua sebab kitorang berempat semangat melampau sangat. team pertama tiba dengan selamat di kem ni dengan bantuan 3 orang guider yang super merepek.  team kedua aku tak sure kul bape dorang sampai. kat sini kitorang lepak isi tenaga. minum air, makan roti sikit, makan cekelat sikit. cuaca agak sejuk bile angin kuat bertiup dan hujan renyai-renyai.

 kat kem pacat dah standby dgn baju hujan sebab hujan renyai time ni. tapi baru suku mendaki dah bukak. rimas weyh pakai baju hujan ni. mengganggu pergerakan. oh! ini trademark tunjuk arah. ;p
 team kedua yang sampai kemudian. mase ni team pertama (team explorace kejar hamper atas puncak) dah gerak dah. 

kem pacat ni dapat nama sebab banyak pacat kot. tapi alhamdulillah team pertama tak jumpe langsung pacat. tapi team kedua siap ade yang kene gigit pacat. erghhh! seram weyh. -__-"

12.15 pm - mase untuk meneruskan pendakian ke puncak pengasih pulak.
pendakian semakin mencabar bile banyak batu dan pokok tumbang yang kitorang kene tempuh.

 laaaaa. ade orang ke atas batu tu? yul dengan batu lagi beso batu tu. haha.

yeaaaaah! kami jiwa kental!
 
 pendakian yang sangat menguji kesabaran time ni. 

 fatin nak memanje dengan fisha.

2.15 pm - anggaran juga sebab tak ingat waktu sebenar. aku dan yul sampai dulu kat sini. 5 minit kemudian amal dan syikin menyusul. kitorang rehat dan isi tenaga sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung nuang. pheewwww.

muke lega dah sampai puncak pengasih. hujan dah mule lebat sikit. sejuk pun dah terasa sangat.

 calar balar tangan. -_-"

 puncak pengasih yang nampak seram dan berlumpur.
3.00 pm - tiba di puncak gunung nuang dengan selamat!!! team pertama yang semangat melampau sangat sampai dulu dengan tidak sengaja meninggalkan team kedua. huhu. rehat dengan mengisi perut yang super kreuk-kreuk lapo. bergambar dan bersuka ria sebelum memaseng kesejukan kat puncak. cuaca yang sejuk dan waktu yang agak lewat menyebabkan kitorang perlu turun segera untuk mengelakkan tiba di tapak perkemahan di waktu malam.

 ni la team 'explorace kejar hamper atas puncak' yang sampai dulu. semangat mendaki kuat sangat walaupun separuh jalan memaseng dah nak give up. 

roti penyet keluaran khas dari yul. haha. ;p

 
okay lepak makan roti penyek dengan tuna ayam brand. yummmmy! mase ni memaseng dah kebulur. 
 
 
 
 
muke penuh kebahagiaan bile berada di puncak. sejuk weyh kat atas ni. duk lame sket keras la korang.

 zombi menyerang! ni pun punca kitorang kene cepat turun. haha. LOL. ;p

 nama baru diorang. abang guider sikit lagi. 

3.20 pm - pertembungan dengan team kedua sangat mengejutkan kitorang berempat. ingatkan dorang dah turun semula ke tapak perkemahan sebab waktu yang agak lewat untuk meneruskan pendakian. semangat yang ditunjukkan fiza, fatin, fisha, hafiz dan mun memang superb!! *tabik spring*. dorang juga selamat tiba di puncak akhirnya! :)

baru 10 minit kitorang turun pastu jumpe team kedua. okay. nak bergambo dengan banner jugak. :) muke fatin memang muke nak telan orang.

 muke memaseng yang kebulur. 

 
 
 
 
yeah! selamat datang Geng Ahli Mesyuarat Tingkap ke puncak gunung nuang! :)

the only guys yang jadi peserta.

sempat bergambar dengan pakcik wild-wild west <-- nama ni syikin yang bagi.  

 puncak gunung nuang yang berketinggian 1493m/4898ft telah kami tawan. :)
4.30 pm - tiba di puncak pengasih dengan abang aiman je sebab lagi 2 guider laju sangat turun. lepak minum jap pastu bergerak turun lagi. kali ni aku leading kat depan. bak kata abang guider. shooter. haha. ;p

5.15 pm - tiba di kem pacat dengan keadaan yang super penat! separuh nyawa dah. penat saket kaki lapo sume bercampur baur. terasa seksa sepanjang perjalanan turun. lepak lame sikit sebab melampau sangat penatnya! perjalanan turun lagi extreme.

5.45 pm - meneruskan perjalanan turun ke tapak perkemahan kami. again i am the shooter. haha. kali ni kitorang banyak jugak berhenti sebab terlalu penat dan lapo. tapi tetibe je aku dengan yul mendahului bile kitorang bergerak pantas tanpa berhenti menuju ke tapak perkemahan. maaf syikin, amal sebab tinggalkan korang. kitorang dah tak larat nak benti. nak sangat cepat sampai bawah. bile berdua tanpa abang guider memang agak takot jugak sebab dalam kepala otak dah pikir negatif banyak sangat. tapi semangat kental nak turun menguasai diri. mase ni kaki masing-masing dah injured sangat. ibu jari kaki dah mule saket. otot peha dan betis sakit sangat. setiap pergerakan kitorang sangat berhati-hati diselang seli dengan sedikit mengerang kesakitan. dengan penuh keyakinan kitorang turun. pasni dah buleh keje jadi guider dah aku ni. haha.

7.00 pm - aku dan yul tiba dengan selamat kat tapak perkemahan. keseronokan tiba tu sangat tak tergambar!! teha dah menanti dengan penuh kegembiraan. tanpa pikir banyak aku dengan yul terus terjun dalam sungai! perghhhh! kenikmatan berendam dalam air sungai yang sejuk lepas berhempas pulas turun memang sangat superb! kitorang bertiga mandi bersihkan badan sebelum cuaca gelap sebab tapak perkemahan kitorang takde langsung lampu. hanya berbekalkan lampu suluh masing-masing. mencabar sangat!

8.30 pm - syikin dan amal tiba dengan abang aiman. tadaaaaa! diorang pun terus mandi tanpa banyak songeh. hehe. abang aiman tolong buatkan unggun api. aku, teha, yul memulakan tugas memasak nasi goreng dengan hanya ditemani lampu suluh. siyes! tapak perkemahan tu sangat gelap. takde sebijik lampu pun. takot tu memang ade tapi bile ade membe kitorang buat relax je. lagipun kemah kitorang dekat je dengan kemah abang guider sume tu.

9.30 pm - team kedua maseh tak kunjung tiba di tapak perkemahan membuatkan kitorang jadi risau. so, 2 orang guider terpaksa naek semula ke atas untuk rescue diorang. mase ni kitorang dah lapo superb sangat tapi sanggup tunggu diorang sebab nak makan sesame. tapi akhirnya kitorang terpaksa makan dulu sebab abang guider suruh. diorang risau sebab kitorang dah seharian penat pastu nak lewatkan makan pulak ek. kang pengsan mane ade sepital kat dalam hutan tu. pastu kitorang isi mase dengan bersembang. ade masenye terlelap kejap sebab penat.

11 lebih - mun sorang sampai dengan selamat. kitorang temankan die mandi sebab cuaca dah gelap sangat. pastu lepak sembang lagi sebelum terlelap kejap-kejap. mase ni amal dah lena dah sebab die tak sehat. budak gastrik kan. kitorang sediakan air teh o panas untuk diorang yang belum tiba lagi sebagai sumber tenaga nanti.

12 lebih - fisha, fatin, fiza, hafiz dan beberapa ketul abg guider selamat tiba di tapak perkemahan. diorang lambat sebab fiza injured. kaki dah bengkak so pergerakan sangat slow. sori fiza sebab push ko untuk sampai ke puncak. diorang bersihkan badan dan makan. lepas tu ade yang maseh lepak sebab tak buleh tido lagi. aku memang dah tumbang dah dengan sleeping bag. :)

kesian dorang lapo. makan dalam gelap dengan lampu suluh je. yang ko syikin buat muke gitu dah konape. huhu.

 dah penat pun dorang sempat lagi maen game. sume syikin punye idea.

12 Februari 2013

8.00 am - dah dengo bunyi bising bebudak ni bangun awal pagi. time ni aku baru je nak bangun. dengan muke tak basuh gigi tak gosok aku bedal megi asam laksa yang fiza masak. perghhhh! nikmat weyh! pastu baru pi gosok gigi. camping la. so, tak payah nak rase sume mende nak perfect. sempoi je dengan keadaan sememeh memaseng. haha.

 gosok gigi beramai-ramai. 

9.30 am - sumorang dah bangun. lepak bekpes roti yang disulami pelbagai lauk. chewah! bajet lauk banyak sangat. tapi mewah kot. haha. ade kuah kari ayam, kacang panggang dlm tin, tuna, dan jem cekelat. dapat pulak milo panas yang dibuat dalam periuk pinjam abg guider. haha. lepak sembang bergumbira bercerita pengalaman pendakian memasing. sempat jugak maen game yang syikin ajar. sungguh aneh game syikin ni!

 lepak gedik santai di pagi hari. buat bising itu seronok. haha.

11.00 am - bergerak untuk mandi dan berkemas sebab kul 12 pm nak gerak turun. aku memang sedia maklum malas mandi sebab nanti berpeluh jugak bile turun.

 perabeskan sume lauk sebab nak ringankan beg. tak mau bawak turun makanan. kari ayaaaaaaam on the way ni. 

12.30 pm - bergerak turun dengan perlahan sebab sumorang dah injured sangat. memang super lembab la kan. huhu. walaupun banyak berhenti tapi kitorang tetap meneruskan perjalanan turun dengan berhati-hati. sakit tetap sakit tapi semangat bercakap tetap ada. maseh mampu bergelak gumbira. aku agak ketinggalan ke belakang sangat sebab ibu jari kaki sangat sakit. jadi, pergerakan memang slow. bile turun ni lagi penat dan sakit sebab menahan.

kemas kemah. fatin yang keding tu kene hempap. ce cari mane fatin. haha.

 
 
bergambo dulu sebelum balek. muke fatin dah bengang. sumorang pun kene mara. haha. 

 okay sumorang pun dah sedia nak turun. :)

3.00 pm - akhirnya tiba di car park dengan selamat. keseronokan yang luar biase! lepak bergambo, salin baju tanpa mandi dan bergerak ke kedai makan. lepas makan kitorang sume berpecah untuk balek ke uma memaseng sebab dah letih sangat. tak larat rasenye nak lepak bersuka ria. dengan kaki saket jalan pun terkengkang-kengkang. huhu. aku, fiza, yul, amal naek satu kete sebab nak balek satu arah. kitorang pi uma sewa yul untuk bersihkan badan dan solat.

 
 
 
 
 muke bahagia memaseng dah dapat jejak pintu masuk. 

mereka yang sangat aneh dan kelakar. :)

abang guider yang membongek je kejenya. tapi sempoi!

8.00 pm - bergerak balek ke melaka dan terus ke muo. aku drive dari kl ke melaka.
10.10 pm - tiba di pangsapuri puteri kesidang dengan selamat. cume aku je diturunkan di sini. diorang bertiga terus bergerak balek ke muo. amal amek tugas memandu pulak.
10.20 pm - tiba di depan pintu uma! giler saket naek tangga. sungguh lame nak sampai atas. dengan beg yang berat, barang yang banyak aku tetap berjaya sampai dengan jayanya! haha. cuci muke, basuh kaki, bentang toto, online jap dan terus tido. sekian. :)

tamat sudah kesah pengembaraan aku dengan membe baru aku. pertama kali nak mendaki dah daki antara gunung tertinggi di selangor. antara gunung extreme! memang keje giler kan. tapi pengalaman bersama mereka yang sempoi memang susah nak dilupakan. lupekan saket sume. terima kaseh pada korang sebab sudi invite aku. next time nak panjat or camping or buat ape-ape lagi aktiviti lasak laen sile la invite aku. inshaAllah aku join. its fun sangat!

pada abang guider sume mekaseh sudi layan kerenah kitorang sume. jaga kitorang dekat atas gunung tu. dan bawak kitorang turun dengan selamat. :)

promote page untuk korang yang nak dapatkan khidmat guider sempoi macam diorang ni. like page ni : Budak KAKI Gunung. :)

notakakiku : otot kaki maseh saket. sesape yang dah start keje tu memang superb la korang kan dengan kaki saket tu. :)

26 comments:

  1. Replies
    1. depends pada kita punye line fone. kejap ada kejap takde. tapi mase kat tmpt kemah ade jgk. cuma tak kuat.

      Delete
    2. Kat puncak ade air terjun ke ? hahah

      Delete
    3. kat puncak takde. tp kat area dirikan khemah ade.

      Delete
  2. bloq yg menarik..gambar2 n penjelasan yg membuatkan org tertarik nak naik gunung nuang (Y)

    ReplyDelete
  3. TEBING TINGGI BACKPACKER
    MOUNT GUIDE SERVICE
    PROVIDE:
    -permit
    -police report
    -nature guide
    -1st aid kit (basic)

    ANDY:017-9997790

    ReplyDelete
  4. bapak happening korang..tergelak tengok roti..hahaha!

    ReplyDelete
  5. kalau xde guider boleh naik tak..??
    ade kemungkinan sesat?

    ReplyDelete
  6. kalau xde guider boleh naik tak..??
    ade kemungkinan sesat?

    ReplyDelete
  7. kalau xde guider boleh naik tak..??
    ade kemungkinan sesat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf. saya baru perasan komen ni. em kalau takde guider saya tak sure. kalau yakin bole la kot. sebab jlnnye mencabar. plus banyak cabang jugak. takut terslh laluan. biasenya ade jugak orang lama yang dh biasa naik. boleh je follow mereka.

      Delete
  8. Kalau naik 5 ke 5.30 pg boleh tak? Pastu kalau x de guider boleh ke? Akan sesat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde masaalah tapi keadaan akan gelap sangat. bahaya. kalau tak gune guider bole je kot kalau dah biase dgn tempat tu sbb jlnnye agak mencabar dan banyak cabang. takut jugak sesat. tapi ade je beberapa orang lama yang mungkin naik sama tanpa guider. bole je follow mereka kot.

      Delete
  9. Kalau naik 5 ke 5.30 pg boleh tak? Pastu kalau x de guider boleh ke? Akan sesat ke?

    ReplyDelete
  10. Bape jam nak naik gunung nuang tu ?

    ReplyDelete
  11. gunung nuang ni mmg best...perlu persediaan fizikal sblm mendaki...sbb cabaran dia sgt memenatkan..hehe

    ReplyDelete
  12. gunung nuang ni mmg best...perlu persediaan fizikal sblm mendaki...sbb cabaran dia sgt memenatkan..hehe

    ReplyDelete
  13. gunung nuang mmg best. sapa sangka kt selangor ada tempat best untuk hiking kan
    dulu 2008 naik dgn tour guide. almost 2hour baru sampai.
    turun 1jam lebih je.
    dengar bunyi air terjun je terus hilang penat,
    just x mandi pun, sebab dalam dan sejuk sangat2. hahaha

    ReplyDelete
  14. TEBING TINGGI BAKCPACKER(TTB)
    Mount Guide Service (Licenced)TG
    Will Arrange:
    -forestry permit
    -police report
    -nature guider
    -emergency kit(basic)
    -walkie talkie
    -via Janda Baik/Pangsoon

    Aslo do the “package for student trip”

    ANDY
    017-9997790
    whataps/call/sms

    ReplyDelete
  15. car park kena chager x?
    lps tu klu xde guider mcm mana

    ReplyDelete
  16. car park kena chager x?
    lps tu klu xde guider mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 tahun lalu mase pergi. car park tak perlu bayar tapi atas tanggungjawab sendiri if anything happen.

      kalau takde guider macam susah sikit sebab nanti half way jalan macam bercabang banyak. bole konfius which way nak guna. tapi kalau ade orang lain yang naik sama dan mereka dah biase. bole je follow mereka.lagipun tugas guider untuk jaga kita.

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Boleh share x guide utk trip mcm ni... Nk try la...mcm best je..

    ReplyDelete
  19. Boleh share x guide utk trip mcm ni... Nk try la...mcm best je..

    ReplyDelete