Assalamualaikum. Hi.
ari jumaat ni elok la kirenye kalau kite share sesuatu yang ohsem kan. manusia ni banyak karakter. kadang orang senang judge orang lain tanpa kenal dulu. yela. tak kenal maka tak cinta. dah kenal. tak bercinta pun takpe.
oleh Imam Ghazali
1. kalau berjumpa KANAK-KANAK. anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. apabila bertemu dengan ORANG TUA. anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. jika berjumpa dengan ORANG ALIM. anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. apabila melihat ORANG JAHIL. anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan. sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
5. jika melihat ORANG JAHAT. jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. apabila bertemu dengan ORANG KAFIR. katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam. maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
sebenarnye tak susah pun nak buat sume ni. cume HATI kite tu je. ade keras ade lembut. ade bermacam pe'el.
notakakiku: ayat same je dengan orang lain yang share. :)
No comments:
Post a Comment