♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Wednesday, October 19, 2016

Pengalaman jaga anak sakit: Chicken Pox

Assalamualaikum. Hi.

4 Oktober lepas kakak sofia demam. tetibe je badan panas bile bangun pagi. nak check suhu. sekali termometer belum tukar bateri. LOL. terus letak cool fever dulu. start tengahari dah mula batuk sikit. pastu start selsema. biase la kakak sofia kalau demam selalunya memang akan pakej. tak sukenye bile die batuk sebab nanti mesti die akan muntah. makan memang die taknak langsung.

tapi demam ni die on off pulak panasnya. kejap panas pastu tetibe dah tak panas. kebetulan time kakak sofia demam ni sepupu die pulak chicken pox. senang la virus merebak kan. lepastu kakak sofia ni pulak kalau demam die tak suke langsung kene tuam kat kepala die. kalau die tido kite tuam, die akan automatik bangun buang kain kat dahi tu. tapi aku gigih jugak kadang letak semula.

kakak sofia kalau demam memang tak suke pakai baju waktu siang. pasaipa kene tanya die sendiri la.

dah berapa hari aku tak cukup tido sebab kakak sofia sendiri tak bole tido. yela, dengan batuk muntah, selsema hidung tersumbat, badan panas. kesian tengok die. kalau kite kene pun merengek kot. haha. kadang aku kejut jugak laki aku sebab mane bole bagi die peluang tido lena sensorang. pedulik hape esok die keje ke tak. inilah pengorbanan seorang ayah. haha. padan muke.
tido banyak meniarap sebab hidung tersumbat tapi kesian jugak sebab dada terhempap pulak. kadang tinggikan kepala die letak atas bantal tapi lepastu melurut balik. *sigh*

hari jumaat (7 Oktober) mase nak mandi pagi tu aku perasan satu bintik berair kat pinggang belakang badan die. lepas mandi mase nak pakaikan pampers perasan lagi dekat peha dan paling banyak kat celah punggung. urghhh tengok je pun dah pedih weh. terus tanye biras aku camne sebab die nurse dekat satu klinik ni jadi banyak mende la yang die tahu jugak. lepastu die suruh beli losyen calamin. nanti aku cerita kat bawah. whatsapp suami suruh die belikan je sebab tak kuasa aku nak keluar. 

next day dah mule perasan banyak lagi naik bintiknya. dekat tangan, kaki, muke sikit. gelabah weh sebab kesian tengok anak camtu. dahla bergusti bile nak sapukan losyen tu. ade sekali tu naik dekat tapak tangan dengan jari die. aku sapu losyen pastu terpaksa balut tangan die sebab kang die gosok mata la, masuk tangan dalam mulut la. 

tudia tangan kene balut. acah muke sedih pulak. tapi sebelum subuh aku perasan balutan dah terbukak. time ni muke naik sikit je. memang area dagu je. tempat lain takde.

tadi sedih. Ini kemain tunjuk langit. hahaha. mase ni dah tengah malam okay. aku ajak tido sebab aku dah super mengantok. tapi die relaks ajak main lagi. kemain seronok bergelak. 

bile aku tak larat. die main handphone lepastu selfie. eyyyy siapa punya perangai kuat selfie ni. ishh

okay ni aku share sikit tips simple dari aku mase anak aku kene chickenpox. terpulang nak ikut ke tak sebab anak masing-masing kan. parents lebih kenal anak sendiri :)

#1: Pergi Klinik
kalau boleh bawak anak check di klinik sama ada betul tak chicken pox. aku aritu biras aku yang tolong tengokkan. 

#2: Termometer
ini penting untuk sentiasa check suhu badan anak. tak kisah la guna brand ape pun. tapi jangan gune yang letak dalam mulut. budak tak suke.

#3: Calamine Lotion
 yang ini bole beli dekat farmasi je. lotion ni macam bedak sejuk cuma dalam bentuk cecair la. sapu sentiasa dekat tempat yang ada bintik tu sebab itu yang buat die gatal. memang kene rajin la sapu. nampak die nak garu je terus sapu. guna ni mudah lagi dari bedak sejuk sebab lotion ni bile kering tak berterabur serdak macam bedak sejuk tu. tapi make suke lotion ni tak masuk mulut die. jadi mane yang nak sapu kat tangan tu kene sentiasa alert. kakak sofia aku sapu malam je pastu balut tangan.

#4: Pinetarsol
ini untuk mandian. ade cakap kalau anak chickenpox. jangan mandi. aku mandikan hari kedua demi menjaga kebersihan sebab nak sapu ubat. yang ni daun semambu versi moden. ade dua jenis. satu gel satu lagi cecair. suami aku beli dekat guardian. takde yang cecair. die beli gel. cara pakai: sapu gel ni dekat badan yang basah. biar dalam 2-3 minit baru siram. bau die memang herba sangat. aku suke. tak tau la kalau orang lain. 

#5: Sterimar
ini perlu ada kalau anak selsema. ianya air garam bukan ubat. kakak sofia sampai dah keras hingus berkerak dalam hidung baru aku beli. terlambat la kiranya sebab tak pernah hingus die berkerak camtu. tiap malam mengamuk tak bole tido sebab hidung tersumbat kerak. nak kopek takut luka. ini pun beli dekat guardian. lepas spray dekat hidung, esoknye terus hingus elok. kerak pun terkopek sendiri dan tak luka. lega. cara pakai: baringkan anak mengiring dan spray sikit dalam hidung. SIKIT je. jangan picit kuat kang tersedak pulak. spray dedua lubang hidung ok. lepas spray tu sedut la hidung anak tu. 

#6: Penyedut Hingus
sori. aku tak tahu name khas benda ni. haha. ini memang penting jugak bila anak selsema. kalau kau jenis hati tabah tekak kental sedut la hingus anak gune mulut ye. aku memula dulu je ok. lepas tersedak hingus die terus trauma. HAHAHAHA. jenama ape pun okay je. gune ni lepas spray sterimar tadi tu. memang syiok tengok hingus die weh dalam tu. Tapi geli geleman meremang bulu tengkuk. 

#7: Herbal Blend Shaklee
Herbal Blend Cream ni gune lepas kesan chicken pox anak tu sume dah kering. sapu la dekat bekas bintik2 kering tu untuk hilangkan parut. tapi biasenya budak kecil seusia anak aku kalau kene chickenpox jarang ade tinggal kesan parut. lepastu ramai cakap ni krim magik boleh guna pelbagai. jadi aku beli la. boleh gune untuk diri sendiri jugak. stretch marks , kulit tumit merekah, kesan jerawat degil sume boleh hilang gune ini. hasil bertanya pada pengguna sebelum ni. hehe. 

oh sebenarnya ade juga yang cakap gune vitamin e shaklee. pecahkan kapsul dan sapu airnya pada kesan parut. tapi aku jumpe krim ni pun banyak gunanya. jadi lebih baik beli yang multipurpose. hehe.

#8: Minum air banyak
make sure anak minum air masak banyak nak bagi die tak dehidrasi. nasib baik kakak sofia punye kegemaran air mineral. memang banyak jugak die minum. then, kalau masih breastfeed anak. teruskan bagi dengan banyak. bile die mintak, bagi je. sampai ko lembik pun takpe. HAHAHAHA. tapi make sure diri sendiri tu jaga makan la. jangan makan mende yang mendatangkan gatal pulak macam seafood sebab kita kan nak bagi susu direct pada anak. 

okay tu jela tips dan pengalaman aku jaga anak seusia 1 tahun 5 bulan 3 minggu 1 hari (ikut kalendar daisypath. haha). 

Notakakiku: sori. newbie. saje share. kalau yang lain ade tips baru. boleh share jugak. lai lai lai

No comments:

Post a Comment