♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Wednesday, December 3, 2014

Majlis Kahwin Aku Part 1

Assalamualaikum

sebulan aku tak update cerita dalam blog ni walaupun otak ligat ade je ayat yang aku karang. pastu lupe! kali ni entry aku cerita simple je pasal majlis kawen aku ni. aku nikah 7 June 2014 dan sanding tarikh yang sama. nikah pukul 9 pagi pastu petang kul 2.30 sanding.

malam sebelum nikah tu ada khatam quran. muka nampak relax tapi aku neves giler. adik aku pun join jugak khatam tu. pastu malam tu aku tido agak lambat la. sibuk nak setting guest booth punye kemah dengan ibu dan adik laki aku. bertungkus lumus kitorang. subuh bangun terus terasa perut penuh rerama. gementarnya tak boleh nak cakap sampai sarapan mehun pagi tu pun tak terasa mase telan. hover kau!

muke dah siap mekap tapi masih cover neves. 

terima kasih kat makcik ni. sebab die datang la aku kurang neves. die bising giler potpetpotpet dalam bilik. haha. 


ok. baju tu design sendiri. kawan sekolah aku yang jahit. tudung tu sponsor by kazen aku. dan veil tu handmade jugak dari arissahouse. thank you semua. 

























then dalam pukul 9 pagi tu pengantin laki start sampai uma aku. awal kan. mase ni aku jengah dari atas je. ehem. dalam hati cakap. manusia baju putih segak bersamping tu ke bakal jadi suami aku arini. haha. geli kan. pastu tok kadi datang bilik aku amik sign dan tanya persetujuan aku. betul ke ayah aku yang akan akad nanti. 


hahaha. neves ke bang? 
















nasib baik dedua cakap lancar time ni. penat aku suruh ibu pujuk ayah untuk akadkan aku. mende lawak dalam gambo ni bile aku perati abang dengan adik aku ngendap kat tepi tangga tu. haha. 

alhamdulillah. terima kasih ayah. terima kasih ibu. 

alhamdulillah sah jadi suami isteri. 2 minggu sebelum majlis tu. aku deal taknak jumpe langsung die. saje nak kumpul rindu. sebelum tu kerap jumpe sebab banyak sangat perkara nak setel. yela. banyak buat last minute. pastu mase majlis. aku jadi malu giler bile nampak suami aku ni. haha.

'meh kekanda tujukan lagu untuk adinda. dengar. jangan tidur.' 
ok memaen ye.

'tok. betul ke lirik ni?'

 mase bace penyerahan tanggungjawab ni. ibu nangis. aku pun ikut nangis. dah la aku kememeh takleh tengok orang nangis. ade satu gambo tu ayah nak pujuk ibu jangan nangis tapi die gelakkan ibu. haha. tapi gambo tu tak jumpe pulak. ishh.

sarung cincin tu sarung jugak. kamera kena pandang ye. suami aku perati je tu. haha.

penyerahan mas kahwin.

 sesi bergambar selepas majlis akad selesai. bulu mata tu berat. betul berat. huhu

 
ini atas permintaan kawan baik aku suruh selfie guna gopro.

seterusnya sesi tangkap gambo dengan keluarga. sedara mara. dan kenalan. terima kasih datang.

ibu dengan ayah aku.

mak ayah mertua aku.

 antara rombongan keluarga pihak lelaki.

pakcik dan makcik aku. ini keluarga belah ayah.

antara sedara mara belah ayah yang datang dari jauh. terengganu. konvoi. meriah. terima kasih datang dari jauh. 

kawan aku same belajar kat utem.

sepupu sama gonjeng. dari kecik sampai beso. same je gonjengnya. cuma sekarang reti cover itu ini. sekarang sume dah cantik. haha.

sebahagian ahli keluarga aku belah ibu.

selesai bergambo dan makan. pengantin laki balik homestay untuk bersiap majlis sanding petang pulak.
 mase ni aku sedikit kecewa sebab baju ni agak beso. last minute diorang tak amek ukuran badan aku yang baru. so, baju agak menggelembung sane sini. 

oleh sebab tak jumpe kasut idaman khas untuk majlis. aku decided untuk guna kasut hantaran sebagai kasut khas ketika majlis.

 
sementara tunggu pengantin laki sampai. kasi can la kat pengantin perempuan buat sesi photo shoot kat beranda uma. baju macam lolipop sangat. haha.

ha! pengantin laki sampai. pengantin laki sampai. yeaaay! haha. hover. 

meh la kite turun standby nak duduk kat pelamin.

 
sesape yang kawen dengan gadis johor. kene standby duet tol ye. kat tempat lain aku tak pasti ada tak sistem macam ni. jadi, sediakan duet lebih sikit. sebab bukan sekali je tol nye. yang ni tol kat luar. tol pertama.

 tol kat dalam pulak. tadi dah setel kat luar kan. tengok muke gembira macam nak dapat duet raya. kalau tol ni panggil je bebudak. diorang suke kalau dapat duet. lagi ramai ko panggil lagi meriah sebenarnya. panggil je anak tetamu pun. bukan pengantin laki kenal. haha.

masuk uma jumpe tol kedua pulak. ini adik aku ajo suruh tadah 2 tangan. nanti dapat 2 sampul. haha.

kene tol ketiga pulak. yang ni tua bangka mengada. haha. tapi sebenarnya best taw.

tol terakhir adalah tol mak andam pulak. baru la pengantin merasa sanding sesama. 

ha! baru dapat bersanding lepas hadap 4 tol. aku takde buat renjis2 sume tu. jadi bersanding. sengih. dan terus ke sesi bergambo. pastu baru pi makan.

 ayah tunjuk langit. ibu? haha. comel lettew.

keluarga aku belah ayah. 

 antara kenalan yang datang. terima kasih korang.

 kawan belajar satu utem.

 pengapit sama comel. terima kasih bertungkus lumus cari baju last minute. 

family dah beso. ade 2 menantu. sorang cucu. ni ade cucu lagi sorang coming soon. hihi.

 sebenarnye nak suruh fokus baju gelembung aku tu. nampak tak? huhu. pasangan tu bole abaikan jap. haha.

ade sesi penyerahan hadiah time ni. haha. ok suwet sangat bagi gambo feveret aku siap frame gini.

housemate dan roomate rumah saujanamatakumemandang. hehe. mase ni tinggal 2 orang je bujang. coming soon. yang pink tu bakal jadi isteri orang. kf! lekas pinang fynn ni. hehe.

 
 outing kat landasan ketapi je. haha.

 
sesi outing petang tu agak lewat sikit. jadi, keadaan kene cepat itu ini. haha. jalan pun kene cepat. ciss. dah la kasut bertumit tinggi. gituuuu. pastu hujan lebat pulak petang tu. nasib baik sempat abeskan photo shoot.

guest booth untuk tetamu. hasil ilham sendiri. jadi bahan semua DIY semata. terima kasih ibu dan ajim sebab tolong bertukang malam tu untuk pasang ni. 

notakakiku : jadi majlis aritu berjalan lancar. alhamdulillah. segala kurang dan tak terlayan sesape tu sepanjang majlis kat kluang. aku dan keluarga minta maaf. terima kasih sudi datang.

Summary persiapan kahwin

Assalamualaikum

aku start sibuk cari andaman, katering, buat kad kahwin, beli goodies, dan segala bagai yang lain mase 4 bulan sebelum majlis. sebabnya aku tak tahu nak start dari mana. okay. yang ni aku summary secara kasar je persiapan kahwin.

kursus kahwin
step pertama korang kene pi kursus kahwin untuk dapatkan sijil. yang ni kitorang dah selesai awal. okay yang ni setel.

borang permohonan kahwin
untuk daftar perkahwinan, korang kene isi borang permohonan kahwin. amik borang dekat pejabat agama. kalau pasangan ko asal negeri lain dan ko nak nikah dekat negeri ko (bagi perempuan). kene tunggu pasangan ko setelkan borang die dulu baru boleh proceed borang ko dan hantar dekat pejabat agama negeri ko. untungnya orang johor. tak payah susah pi amik borang dekat pejabat agama. korang daftar je dekat eNCR ni. pastu call pihak sane mintak sahkan. then isi dan print borang dari uma je. siap isi. anto pi pejabat agama tu. pastikan borang korang lengkap dengan apa yang diminta. baru pi hantar. test HIV jangan lupe buat dekat klinik kesihatan berdekatan. kejap je buatnya. time tu jugak dapat result.

kad jemputan
ini pun penting. buat 3 bulan awal lagi bagus kalau korang dah ade tarikh kawen. sebab nanti nak tunggu kad siap. pastu nak edar lagi. amik masa tu. 

baju nikah
okay yang ni untuk sape yang nak nikah pakai baju dibuat khas. tempah kat tailor awal kalau ada design berkenan. awal 4 bulan sebelum majlis pun takpe. sebab baju korang tu nak buat kene beratur tunggu turn jugak. tapi kalau nak beli siap. beli jela bebila masa pun. make sure badan maintain bila baju nikah dah ada. takut size lari. kalau tak. pakai jela baju dari andaman.

andaman
yang ni elakkan buat last minute sebab selalunya mesti akan ade pertindihan tarikh tu. lagi2 kalau majlis ko time cuti sekolah or cuti am. jadi, survey memane andaman awal2. ada je berkenan. terus call buat appointment dan discuss. kalau okay. proceed jela. kalau tak. bole pegi andaman lain. itu perlunya buat survey. korang boleh list andaman mana yang berkenan.

hantaran
yang ni baik start awal sikit. beli memane barang keperluan dulu. kalau ada sale. ko sambar je pegi beli. sebab bagi aku. beli sikit2 ni tak terasa sangat duet abes dari beli selepuk (banyak terus). mase ni ko beli barang die. die beli barang ko. pastu pegi sesama. takdela nanti tetibe tak berkenan itu ini pulak kan. tapi tu kalau korang dekat. senang jumpa. kalau jauh. korang ikut instinct la kan. tak kan la die tak nak guna barang yang ko dah beli kan. hantaran makanan/manisan sume beli mase 2 hari sebelum majlis pun okay.

barang gubahan
untuk korang yang nak gubah sendiri barang hantaran tu. korang boleh beli segala barang gubahan tu bebila masa korang nak dan gubah. tapi kalau nak hantar kat orang untuk buat. baik hantar awal. seelok2nya sebulan sebelum majlis lah kan. 

goodies
yang ni korang mesti kreatif kan. macam2 nak bagi kat orang. tapi tak payah membazir ye sampai beli pasu hiasan kecik2 tu. beli jela makanan / jajan. sebab lagi jimat. yang ni beli awal pun takpe sebab nanti korang nak packing lagi kan. amik masa. 

catering / masak sendiri
kalau amik catering. sila cari awal, discuss menu, dan booking! sebab takut diorang pun ada jobs lain jugak. lagi awal lagi bagus kalau majlis ko time cuti2 sekolah / am.  paling tak 3 or 4 bulan awal. tapi jangan lupa keep remind orang catering ni. takut diorang ni pelupa jugak. yang masak sendiri ni senang. sehari or 2 hari sebelum majlis tu beli la bahan mentah sume. pastu panggil orang kampung sedara mara ajak main masak2.

khemah
selalunya kalau tempah catering. siap dengan khemah. tapi kalau diorang tak provide. korang kene tempah sama awal dengan korang tempah catering tu.

fotographer
pengantin mane taknak majlis die ade gambo kawen cantik2 siap dengan outing bagai kan. jadi, survey fotographer awal2 jugak sebab jadual kerja diorang pun sentiasa penuh. kalau tempat ko tu jauh dengan tempat tinggal fotographer tu. ko siap sediakan la hotel ke homestay ke untuk diorang bermalam sebab diorang mesti kene datang awal. jangan kemut (kedekut) sangat.

others
  • homestay untuk keluarga mertua. in case korang kawen orang luar negeri kan.
  • bunga pahar + bunga manggar
  • lain2 barang ikut kreativiti korang lah.
notakakiku: okay. ini je yang aku boleh share sebab based on experience aku. mungkin ade kurangnya dalam senarai ni. untuk korang yang ade pengalaman kawen ni. share la dekat sini apa lagi yang kurang. terima kasih.

untuk mudahkan bakal pengantin. aku bagi checklist ni siap dengan kunci kira2 lagi.