♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Friday, April 10, 2015

Trimester TIGA. Menghitung Hari.

Assalamualaikum. Hi.

kandungan dah masuk 30 weeks++ ni buat aku lebih teruja. rase makin seronok sebab baby makin beso. duk tiktoktiktok untuk baby kua. alhamdulillah. setakat ni kalau pi check up suami masih setia meneman. tapi baru2 ni punye check up aku tak bagi die ikut. kadang kesian die kene tunggu lame sensorang. yela sejak2 ni klinik desa tu makin ramai pulak yang datang. kalau datang 7.30 pagi. ko dah bole nampak ibu mengandung sume dah tunggu depan pintu. bile nurse bukak je pintu. bersungguh diorang serbu.

setakat ni check up. doktor cakap kepala baby kat bawah. part paling best kalau pi check up. dengo bunyi jantung baby. tapi dapat dengo kejap je. kalau bole nak lelame. seronok. bunyi degup laju macam berlari.

start 28 weeks dah kene suntikan ATT (kancing gigi). sakit ngilu milu pilu bile kene suntik tu. aku bagi tangan kiri sebab nurse pesan akan rase kebas lengan yang kene suntik tu. weyh siyes sakit. ko rase tangan ko takde kejap.

ramai tegur perut aku kecik. nampak je kecik tapi efek nya sama dengan orang mengandung perut beso. jalan pun dah macam huyung hayang. duduk serba tak kena. baring pun terganggu. kaki cepat kejang. paling tak best nak tido malam. punye lame aku cari position paling umpphh baru tertido.

 last pi check up dengan suami. pastu tak bagi die ikut lagi. sebab kesian die tunggu lelame kat lua klinik sensorang. baek die masuk opis wat kijo.

mase berjalan pulak. cepat rase sengal2 kat kaki. bile jalan sendiri memang terasa la. kalau jalan dengan suami. aku pimpin tangan die so that ade sokongan supaya balance penguin ni jalan. hehe. memang cepat penat tapi gigih mengada nak berjalan. pastu merengek penat. haha. cume aku tak bole kene terik panas lame sangat. nanti rase sume darah naik pale. mabuk.

pernah sekali tu mengemas bilik tido. sebab nak ubah kedudukan dalam bilik. aku keje punggah barang. pastu stop mase maghrib. malam tu suami setel cat bilik. punggah masuk barang balik. esoknye sakit tulang pinggang kaki kepala tangan sume. rase macam lembik takde tulang. ok serik kemas bersungguh camtu.

bab makan aku belum pernah tak berselera la. kalau aku lapo aku makan. kalau tak lapo pun aku mengunyah makan. haha. tapi pelik bile aku tak bole makan nasi sangat sebab selalu rase nak muntah balik tiap kali lepas makan nasi.

mengidam tak pelik lagi. selalu makanan tu ade je dalam melaka. tapi aku jadi pelik bile kandungan dah start masuk 36weeks. suami aku pulak mengidam nak makan itu ini.

aku jenis malas bersiap sekarang. kadang pakai tudung sarung yang same je. muke pun tepek bedak tepung. selalu pesan kat suami.

"nasib la bang. saya malas siap. pakai gini jela."

sebenarnya aku masih tetap tak rajin sangat nak memandu ni. kurang kesabaran dengan pemandu2 jalan raya yang aneh tah pape.

dah start buat pergiraan pergerakan baby. baby aktif siang malam. berombak perut ni kadang2. bergegar tak kene mase. tetibe je ade bonjol keras kat satu sudut perut.

cepat panas dan rimas. senang cite cepat rase berpeluh mencurah2. dalam kete on econ paling sejuk pastu suami bising sebab die sejuk. kat uma on kipas paling tinggi suami bising jugak die sejuk. tapi aku dah berlengas time tu.

aku takde dapat vitamin lain tiap kali check up. dapat obimin dengan ferus je. tu pun ingat2 lupe nak makan. haha. pastu tambah la dengan pil minyak kelapa dara. air zam-zam. madu ikut mood. hehe. dan susu kambing setiap hari. sume ni pun kadang ade je skip sebab lupe.

alhamdulillah. kaki aku setakat dah 36weeks ni masih tak bengkak macam gelembung air tu. harap begini jela sebab orang cakap mase kaki bengkak air tu. ngilu mase jalan.

setiap hari senin sampai jumaat aku rajin turun naik tangga. memang penat tapi gigih. orang cakap mudah bersalin. mudah-mudahan. amin. tinggal bape minggu ni aku dah mule mengah naik turun tangga. 

notakakiku: okay itu je kot. baby dah 37weeks mase entry ni publish. nanti update lain. rajin sangat update pasal pregnancy ni. hehe.

Komen Fast & Furious 7 sikit

Assalamualaikum. Hi.

memula nak mention yang aku bukan pengkritik filem. aku tak reti nak nilai2 filem ni rating die excellent ke very good ke so so ke. takat komen cikai2 pendapat sendiri je.

lepas aku merengek seminggu nak pegi tengok cite ni. suami pun tunaikan. sebenarnye sebelum movie ni kua kat wayang lagi aku dah banyak kali ingatkan die. dapat je tengok. die terus cakap.

"pasni dah bole bersalin dengan selesa la sebab dah dapat tengok wayang"

secara keseluruhannya. jalan ceritanye lebih kepada tribute untuk paul walker. banyak kepada friendship and family. takde pun aksi lumbe melumbe kete yang banyak macam yang sebelum ni. tapi bukan takde langsung. yela. ramai tau yang paul walker mati mase filem ni baru 2 bulan menjalani penggambaran. jadi pengarahnye tukar sikit jalan cite dan walllllllah keluar la filem ni.

bagi aku ade kelainan jugak la kan. takkan tiap mase nak berlumba je kan. pastu bagus la cara pengarah filem ni tak matikan watak brian. die teruskan juga walaupun gune adik paul walker dengan teknik CGI ubah muka.

part kete tu berpisah aku terkesan jugak la. dengan music mendayu sedih lagi kan. tapi takde sampai tahap meleleh air mata. cume terkesan sebab watak ni mungkin dah takde. walaupun dalam filem ni ade je watak2 yang mati macam han dengan gisele tu. tapi yang ni secara realitinya bukan watak je tapi orangnya pun memang dah mati. tu yang macam terkesan jiwa ni.

watak direhatkan dengan sebab brian nak jadi lebih bertanggungjawab untuk family die.tengok muke watak brian tu bebetul. tu muke adik paul walker.

worth it kalau nak tengok. jangan kecewa. dengo kabar filem ni ade 3 sequal lagi. tak tau bole tengok kat wayang ke tak nanti. ok sekian.

notakakiku : ni komen pendapat cikai2 dari aku je.

Thursday, April 9, 2015

Kursus Peneman dan kertas bersalin

Assalamualaikum. Hi.

untuk ibu mengandung yang nak bersalin kat hospital kerajaan. sekarang ni kene pegi kursus peneman. kalau swasta. suami bole je masuk teman kite kat labour room. tak payah kursus bagai. tapi kalau bersalin normal. kalau c-zer. suami tetap tak boleh teman.

27 mac lepas aku pegi kursus ni. oleh sebab kandungan dan beso jadi kami kene pegi awal. takot tak sempat pi dah bersalin.

prosedurnye tak leceh mane pun. kalau kat hospital melaka ni. ko datang kat klinik O&G sebelah klinik pakar tu. tak tahu kat mane? tanye nurse/staff/doktor kat situ. toksah segan. nanti kat klinik tu ko bagi buku pink pastu die akan bagi pilihan tarikh sesuai untuk ko. hari tu nurse suruh pilih hari isnin ke jumaat. suami aku decided jumaat sebab die punye suke. haha

nanti bile dah set appointment. ko datang la sebelum pukul 8.30pagi. tapi jangan mengharap datang awal dapat parking berdekatan. aku haritu pun parking luar hospital. nasib. datang siap dah breakfast ye. pastu mase datang tu make sure siapkan dokumen penting macam suami ko seorang, buku pink tu, dan sijil nikah.

mase ceramah biasenye tak lama. bergantung pada penceramah. peserta pun takde ramai sekaligus. haritu lepas dengo ceramah yang simple dan singkat tu. kitorang dibawa melawat wad dan kamar bersalin. mase dekat kamar bersalin. sister/misi pesan suruh standby kertas linen bersalin tu. dah pesan suruh beli kat farmasi hospital tapi balik tu kami jalan menonong.

pastu baru terhegeh nak beli. nasib baik jumpe. tu pun suami aku beli kat farmasi sebelah opis die. kertas linen tu macam kertas minyak pun ade. kat farmasi ade jual. kalau kat mall aku tak sure. tapi pi jusco haritu. memang takde. bile dh beli suami aku cakap

"dah bole pakai mase tido malam ni"

die suruh standby sebab takut air ketuban aku pecah time tido. aku takut aku ngompol je. bukan air ketuban yang pecah. hahahaha.

 cenggini je pun rupenye kertas bersalin/linen tu. aku tak tau bape helai dalam ni sebab tak bukak lagi. tapi suami beli 2 paket.

notakakiku: makin dekat dengan due. makin rase banyak barang tak beli. padahal sume dah lengkap. rasenye la.