♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Tuesday, November 1, 2016

Pergi zoo dengan bebudak

Assalamualaikum. Hi.

ni cerita basi dah lame. hehe. pergi zoo ni plan tetibe je. pagi tu dak rina a.k.a nenek saya tetibe call tanye free tak sebab die nak bawak anak-anak die pergi zoo melaka. since aku macam. em okay je. boleh bawak kak sofia tengok haiwan juga kan. lagipun weekdays tak ramai orang macam okay la kot.

jadi pagi tu terus siap pergi sarapan baru gerak pegi zoo. kak sofia macam biase. muke mencuka. 

okay dah masuk. mase beli tiket tu kene like page zoo melaka. nanti dapat 50% off. terus desuup like dekat kaunter tu jugak. mase ni kak sofia dah gelabah nak berjalan.

dapat tengok bird ni kemain suke la die. mulut potpetpotpet. nak bagi pegang risau pulak. tengok dari jauh je. kemain gembira.

kak sofia setakat ni tak takut haiwan. semua die terjah. kucing pernah cakar die. die lempar kucing tu kat lantai pulak. brutal sangat ni.

bersungguh aku letak die dekat situ lepastu lari nak amik gambo. boleh die pandang tempat lain pulak. bukan sekali. banyak kali. berpeluh aku. huhu

paksa anak tengok kamera. susah betul nak tarik perhatian die bergambo. die gelabah nak pegi sane sini.

lepastu jalan lagi. jumpe rabbit. yang ni kak sofia suke sebab dekat area umah die ni ade rabbit yang selalu berkeliaran walaupun bertuan. lepastu bersepah dekat kawasan rumput. macam dalam cerita teletubbies. sape tak tengok teletubbies rugi. pergi google.

mulut die dah bising jumpe rabbit ni. bit bit bit die sebut.

lepastu jumpe la pelbagai jenis haiwan. memang bagi je die lepas berjalan dalam kawasan zoo ni. tapi bile nak bergambo kene dukung. haiwan besar camni die macam tak berminat sangat. tengok -- wow -- blah. HAHA.

yang over kan ummi die je. penat sengih sebab nak ajak die sengih jugak. mencuka jela. mane tak mencuka. ganggu waktu tido die. haha.

nasib kitorang baik bile ade jugak harimau tak tido. selalunya kalau datang mesti tengah tido. jangan pelik. harimau dalam zoo malaysia biasenye on diet. tu slim je tu. tapi mase ni singa tido terbongkang weh. lawak.

baru perasan zoo ni luas sangat. letih weh jalan. baju aku basah lencun oi. menyesal pun ade sebab ikut jalan jauh. rase macam nak bergilir dengan abang aqil naik stroller tu. huhu

the kids. ade mase behave. ade mase buat konsert solo jap. diorang penat kan pegi tempat camni. nasib baik kak sofia masih behave elok je. merayau berjalan taknak kene dukung. berlagak.

setelah hampir 2 jam berjalan. jumpe jugak pintu keluar. rase dah bahagia sangat. separuh jalan tu dah malas amik gambo sebab penat. dengan berjalan. kejo anak. pujuk anak. haru biru tapi kelako. 

sebelum keluar tu amik la gambo kenang-kenangan kak sofia dengan burung.

oh sebelum keluar tu rehat dekat sini dulu. ade banyak mainan. kak sofia masih bertenaga nak mengembara. sekali jumpe kembo die nak balik sekolah. terus kak sofia baik hati hantarkan naik bas sekola. kikikiki. mende ni asal tak gerak die okay. kalau gerak die tak suke. jimat duit aku.

dah 2 jam dalam zoo, bile keluar mestila lapo. terus pegi makan kfc. nak bagi kak sofia duduk diam dan diri sendiri makan dengan tenang adalah dengan membiarkan die makan sendiri macam ni. bersepah giler. budak kan. jangan kecam.

rambut die pun lapo. takpe. share mashed potato tu dengan rambut ye sayang.

dah selesai makan. terus berpisah balik umah. sampai uma bagi susu. dengan aku sekali tido. penat sangat. memang mencabar kalau pergi tempat camni tanpa suami. kalau ade suami boleh mintak tolong handle budak. tapi ianya sangat seronok. 

Notakakiku: babai

Wednesday, October 19, 2016

Pengalaman jaga anak sakit: Chicken Pox

Assalamualaikum. Hi.

4 Oktober lepas kakak sofia demam. tetibe je badan panas bile bangun pagi. nak check suhu. sekali termometer belum tukar bateri. LOL. terus letak cool fever dulu. start tengahari dah mula batuk sikit. pastu start selsema. biase la kakak sofia kalau demam selalunya memang akan pakej. tak sukenye bile die batuk sebab nanti mesti die akan muntah. makan memang die taknak langsung.

tapi demam ni die on off pulak panasnya. kejap panas pastu tetibe dah tak panas. kebetulan time kakak sofia demam ni sepupu die pulak chicken pox. senang la virus merebak kan. lepastu kakak sofia ni pulak kalau demam die tak suke langsung kene tuam kat kepala die. kalau die tido kite tuam, die akan automatik bangun buang kain kat dahi tu. tapi aku gigih jugak kadang letak semula.

kakak sofia kalau demam memang tak suke pakai baju waktu siang. pasaipa kene tanya die sendiri la.

dah berapa hari aku tak cukup tido sebab kakak sofia sendiri tak bole tido. yela, dengan batuk muntah, selsema hidung tersumbat, badan panas. kesian tengok die. kalau kite kene pun merengek kot. haha. kadang aku kejut jugak laki aku sebab mane bole bagi die peluang tido lena sensorang. pedulik hape esok die keje ke tak. inilah pengorbanan seorang ayah. haha. padan muke.
tido banyak meniarap sebab hidung tersumbat tapi kesian jugak sebab dada terhempap pulak. kadang tinggikan kepala die letak atas bantal tapi lepastu melurut balik. *sigh*

hari jumaat (7 Oktober) mase nak mandi pagi tu aku perasan satu bintik berair kat pinggang belakang badan die. lepas mandi mase nak pakaikan pampers perasan lagi dekat peha dan paling banyak kat celah punggung. urghhh tengok je pun dah pedih weh. terus tanye biras aku camne sebab die nurse dekat satu klinik ni jadi banyak mende la yang die tahu jugak. lepastu die suruh beli losyen calamin. nanti aku cerita kat bawah. whatsapp suami suruh die belikan je sebab tak kuasa aku nak keluar. 

next day dah mule perasan banyak lagi naik bintiknya. dekat tangan, kaki, muke sikit. gelabah weh sebab kesian tengok anak camtu. dahla bergusti bile nak sapukan losyen tu. ade sekali tu naik dekat tapak tangan dengan jari die. aku sapu losyen pastu terpaksa balut tangan die sebab kang die gosok mata la, masuk tangan dalam mulut la. 

tudia tangan kene balut. acah muke sedih pulak. tapi sebelum subuh aku perasan balutan dah terbukak. time ni muke naik sikit je. memang area dagu je. tempat lain takde.

tadi sedih. Ini kemain tunjuk langit. hahaha. mase ni dah tengah malam okay. aku ajak tido sebab aku dah super mengantok. tapi die relaks ajak main lagi. kemain seronok bergelak. 

bile aku tak larat. die main handphone lepastu selfie. eyyyy siapa punya perangai kuat selfie ni. ishh

okay ni aku share sikit tips simple dari aku mase anak aku kene chickenpox. terpulang nak ikut ke tak sebab anak masing-masing kan. parents lebih kenal anak sendiri :)

#1: Pergi Klinik
kalau boleh bawak anak check di klinik sama ada betul tak chicken pox. aku aritu biras aku yang tolong tengokkan. 

#2: Termometer
ini penting untuk sentiasa check suhu badan anak. tak kisah la guna brand ape pun. tapi jangan gune yang letak dalam mulut. budak tak suke.

#3: Calamine Lotion
 yang ini bole beli dekat farmasi je. lotion ni macam bedak sejuk cuma dalam bentuk cecair la. sapu sentiasa dekat tempat yang ada bintik tu sebab itu yang buat die gatal. memang kene rajin la sapu. nampak die nak garu je terus sapu. guna ni mudah lagi dari bedak sejuk sebab lotion ni bile kering tak berterabur serdak macam bedak sejuk tu. tapi make suke lotion ni tak masuk mulut die. jadi mane yang nak sapu kat tangan tu kene sentiasa alert. kakak sofia aku sapu malam je pastu balut tangan.

#4: Pinetarsol
ini untuk mandian. ade cakap kalau anak chickenpox. jangan mandi. aku mandikan hari kedua demi menjaga kebersihan sebab nak sapu ubat. yang ni daun semambu versi moden. ade dua jenis. satu gel satu lagi cecair. suami aku beli dekat guardian. takde yang cecair. die beli gel. cara pakai: sapu gel ni dekat badan yang basah. biar dalam 2-3 minit baru siram. bau die memang herba sangat. aku suke. tak tau la kalau orang lain. 

#5: Sterimar
ini perlu ada kalau anak selsema. ianya air garam bukan ubat. kakak sofia sampai dah keras hingus berkerak dalam hidung baru aku beli. terlambat la kiranya sebab tak pernah hingus die berkerak camtu. tiap malam mengamuk tak bole tido sebab hidung tersumbat kerak. nak kopek takut luka. ini pun beli dekat guardian. lepas spray dekat hidung, esoknye terus hingus elok. kerak pun terkopek sendiri dan tak luka. lega. cara pakai: baringkan anak mengiring dan spray sikit dalam hidung. SIKIT je. jangan picit kuat kang tersedak pulak. spray dedua lubang hidung ok. lepas spray tu sedut la hidung anak tu. 

#6: Penyedut Hingus
sori. aku tak tahu name khas benda ni. haha. ini memang penting jugak bila anak selsema. kalau kau jenis hati tabah tekak kental sedut la hingus anak gune mulut ye. aku memula dulu je ok. lepas tersedak hingus die terus trauma. HAHAHAHA. jenama ape pun okay je. gune ni lepas spray sterimar tadi tu. memang syiok tengok hingus die weh dalam tu. Tapi geli geleman meremang bulu tengkuk. 

#7: Herbal Blend Shaklee
Herbal Blend Cream ni gune lepas kesan chicken pox anak tu sume dah kering. sapu la dekat bekas bintik2 kering tu untuk hilangkan parut. tapi biasenya budak kecil seusia anak aku kalau kene chickenpox jarang ade tinggal kesan parut. lepastu ramai cakap ni krim magik boleh guna pelbagai. jadi aku beli la. boleh gune untuk diri sendiri jugak. stretch marks , kulit tumit merekah, kesan jerawat degil sume boleh hilang gune ini. hasil bertanya pada pengguna sebelum ni. hehe. 

oh sebenarnya ade juga yang cakap gune vitamin e shaklee. pecahkan kapsul dan sapu airnya pada kesan parut. tapi aku jumpe krim ni pun banyak gunanya. jadi lebih baik beli yang multipurpose. hehe.

#8: Minum air banyak
make sure anak minum air masak banyak nak bagi die tak dehidrasi. nasib baik kakak sofia punye kegemaran air mineral. memang banyak jugak die minum. then, kalau masih breastfeed anak. teruskan bagi dengan banyak. bile die mintak, bagi je. sampai ko lembik pun takpe. HAHAHAHA. tapi make sure diri sendiri tu jaga makan la. jangan makan mende yang mendatangkan gatal pulak macam seafood sebab kita kan nak bagi susu direct pada anak. 

okay tu jela tips dan pengalaman aku jaga anak seusia 1 tahun 5 bulan 3 minggu 1 hari (ikut kalendar daisypath. haha). 

Notakakiku: sori. newbie. saje share. kalau yang lain ade tips baru. boleh share jugak. lai lai lai

Wednesday, March 23, 2016

Cara tangani mara dengan cool tanpa ego

Assalamualaikum. Hi.

Ok tajuk dah bace jadi mesti dah faham kan. Yang ni kaedah aku guna kalau tengah serabut pastu dada rase nak meletop sebab mara. Sebab aku ni quick temper orangnye. Ok ini mudah je. Tapi tak semua bole ikut kot. Caranya kalau mara, ko pegi jejauh dari orang yang ko mara. Ko pegi memane sensorang amik angin. Release rase mara. Contoh ko drive la p memane. Sambil drive sambil la ko bebel maki hamun ke hape ke. Pastu ko relaks lagi. Pegi la window shopping ke makan aiskrim ke minum coolblog ke bagi reda dada meletop tu. Sambil tu ko pikir la. Apesal aku nak serabut kan suasana kalau mende bole setel kan. 😁

Tapi situasi ni kalau memang salah ko atau kesalahan tu jenis bole setel tepi. Kalau kes berat pun bole cuba. Supaya kite tak melampaui batas bile bercakap. Ingat! Kata-kata dari lidah LEBIH TAJAM dari mata pisau. Bole jadi kanser hati pada orang. πŸ˜”Dengan cara cool down ni. Ko akan senang cakap dengan orang ko mara tu. Ko takde la tengking2 bagai kan sebab yang ni punca pergaduhan lagi teruk.

Cara lain kalau ko tak bole pegi memane. Ko diam seribu dua tiga ribu bahasa dengan orang tu dulu. Takpe. Amik masa 2,3 hari baru cakap balik dengan orang tu. Nasihat sengal ubi aku. Kalau nak start baik. Jangan ungkit ape pun isu yang jadi punca gaduh tu. Bole cakap pasal isu tu tapi cara lembut atau 2,3 hari lepas kes gaduh tu. Hehe. Kira kalis2 tempias berkias la bile cakap tu. Weyhh. Sume manusia hati lembut taw tapi berlagak hati keras. EGO!

Kadang kite kene letak ego tu kat tepi. Tak kisah la kiri ke kanan ko. Tapi letak tepi kejap. Sebab ego selalu menang dalam pergaduhan. Emm. Trust me beb. Aku sendiri ego beso jugak kadang tu.

Ade lagi. Yang ni bile aku hangin dengan tantrum anak. Perghhh anak kalau tantrum. Perghhhhh. Perghhhhh. Bole taufan halilintar uma ni. Haha. Jadi aku selalu diam bile aku mara kan die. Taknak tengking maki die bagai sebab nanti sendiri menyesal kemudian. Huhu. Kadang tu termara jugak mcm "tepi la. jangan kawan ummi. pegi sane!" Pastu sofia akan nangis sambil meleset-leset kat aku. Mampu sambung mara??? Haha. Terus cair peluk cium geletek gomol die. Kadang kalau die nangis kite bio die nangis dulu sebab lagi kite pujuk lagi menjadi die nangis. Tengok jauh mane die nak nangis. Kalau dah tak bole bendung baru bawak amik angin. Jalan jela keliling uma tengok ayam ke kumbang ke semut ke. Budak ni lagi die nak beso lagi banyak akal die. Tapi jangan manjakan sangat sampai sume die buat sume betul. Kadang kene tegas. Kalau dah cakap NO means NO. So, bio die nangis sebab NO kite tu. Tak lame pun majuk die tu. Okay ni besenya kat sofia la. Anak orang lain mungkin lain. Cara pun mungkin lain. Terpulang. 😁😁

Dan lagi bagus jangan simpan mara tu. Luahkan je dengan nada dan cara yang lembut. Kalau simpan kene kanser hati tak tau. ayoooook.

Daaaaaaaan ini belum campur time period. Haha. Haru biru sebab hormon pun merah menyala. Lagi kene banyak jalan banyak makan aiskrim. Haha.

Sekian dari hati ummi yang dah tak rase nak meletop dah. 😚

Notakakiku: jadi kalau nampak aku diam mencuka macam hawau muka. Aku tengah mara la tu. Haha. Haha. Tapi kadang sebab sakit perut. πŸ˜‚πŸ˜‚