♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Wednesday, March 2, 2011

10 orang solatnya tak diterima Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud "sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)


Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :



  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membecinya.
  4. Orang yang melarikan diri.
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
  6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
  7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
  8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
  9. Orang-orang yang suka makan riba'.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." 
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


p/s: aku amek info ni dari syahirul.com.. lepas mohon share.. aku share la dengan korang.. bace dan fahamkan.. tergolongkah kita antara 10 orang tu.. 


HAVE A NICE DAY ^_^

Daphne Iking masuk Islam?

betul ke ni? die menjadi saudara baru umat islam? aku pun sebenarnye tak tahu menahu pun.. ni pun sebab kawan aku yang cakap tadi.. kire aku ni pun lambat jugak la tahu die masuk Islam.. tak sangka kan.. die masuk islam since die kawen lagi 8 januari lepas.. name baru die DAHLIA.. sweet kan.. her husband name AZMI ABDUL RAHMAN @ JOE.. bekas Managing Director untuk Redberry Group.. tahniah daphne@dahlia yang dah bergelar isteri sekali lagi.. tahniah juga kerana memilih Islam.. 



husband baru die.. 

yang laen2 info korang boleh la pi usha2 kat sini.. banyak lagi site kalau korang nak tahu.. taip je kat en. google.. musti jumpe punye la.. okies.. tahniah sekali lagi ye Daphne@Dahlia!

HAVE A NICE DAY ^_^

"Lingkaran gelap di bawah mata"

"ceh! cakap nak macam duta je!".. tu kate2 kawan aku bile aku cakap statement kat atas tu.. tapi betul la.. aku memang duta garnier.. ;p .. ni sume sbb mata aku dah nak jadi mate panda.. hadoi! tak mau la.. akibat tak cukup tido la ni .. sejak2 dah pandai tido lewat.. plus dengan buat keje sume last minute.. midterm nye lagi.. camni la jadinye.. dah boleh dah nak bersaudara dengan panda.. aha! boleh dah beli garnier eye roll on.. wah.. garnier lagi.. dah kate aku ni duta kan.. hek! tak suke ok bile mate panda nak muncul ni.. huduh.. ><



tapi badan aku pun sekarang memang comel macam Po ni.. pastu nak plus plak dengan mata panda yang dan nak muncul ni.. maka! aku akan jadi comel macam Po ni la! uhh!! sile la like aku pasni.. :p ..


harus menuju je kedai berhampiran untuk dapatkan menaalah ni! tungggu!! ><

sekadar gambar hiasan.. tapi nak bagitahu jugak..
ni seliper aku la.. ^^

HAVE A NICE DAY ^_^