♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Thursday, May 8, 2014

Tips penggunaan gear yang betul bagi kereta auto

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

entry kali ni aku nak cerita sikit pasal penggunaan gear yang betul bagi kereta auto. memang nampak macam mudah kan bile bawak kereta auto ni. tak macam kereta manual kene tekan cluch pastu masuk gear. leceh. tapi gearbox kereta auto pun boleh rosak kalau salah penggunaannya.

korang perasan tak. biasenya kalau berhenti lama kat traffic light, kereta depan akan masuk gear P. kite boleh agak bile lampu reverse nyala kejap. pastu nanti mula la kelam kabut bila lampu tukar hijau. tekan minyak tapi lupe masuk gear D. boleh rosak gearbox kereta auto mahal saudara saudari tu ye.

okay bagi kereta auto gear automatik. yang ade button/tombol tu tiap kali nak tukar gear. ni tips penggunaannya:


Kaedah yang betul masa benti kat traffic light
  1. tekan brek kaki
  2. masuk gear N (tanpa tekan button pada gear. tolak je)
  3. tarik hand brake
  4. lepas brek kaki
Bila nak jalan
  1. tekan brek
  2. masuk gear D (tanpa tekan tombol. tarik je)
  3. lepas hand brake
  4. lepas brek kaki
  5. tekan minyak
Penggunaan butang/tombol pada batang gear
1. Perlu tekan tombol/butang semasa menukar gear
     P>R
     R>P
     R>N
     N>R
     D>L/D2
     L/D2>D

2. Jangan sesekali tekan kalau nak tukar gear
    N>D
    D>N
    D>D3
    D3>D

kalau kereta auto jenis gear lekuk-lekuk tu selamat la. tak payah nak tekan tombol/butang bagai.


kalau ada yang tak berapa nak faham fungsi setiap gear. ni ade sedikit rujukan untuk korang bagi setiap susunan gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk korang memberhentikan kereta korang. gear akan disekat. so, kereta korang takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik. 

R - reverse, untuk mengundurkan kereta korang la.

N - neutral, kalau korang dalam keadaan menunggu kat traffic light atau traffic jem. tukar ke gear neutral. bukan parking. kalau korang perasan. gear D tak payah tekan kekunci pada tombol/butang gear. 

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdirve. gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2,3 je. ok. boleh jalan.

3 - ade kereta yang takde overdrive tapi ade susunan gear 3 untuk turunkan gear dari 4 ke 3.

2 - ini akan sekat sistem gearbox korang ke gear 2 dan tak masuk ke gear seterusnya. tapi akan jatuh ke gear 1 kalau perlu. 

L - low gear, gear satu.

semoga tips ni bermanfaat bagi pengguna kereta auto. selamat memandu dengan berhemah di jalan raya. 

notakakiku: sumber

Friday, February 14, 2014

Satu selesai. Lapan lagi dalam barisan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

agak terlewat untuk update cite ni. dah lebih 2 bulan berlalu. haha.

ni cite pasal adek laki aku dah kawen. eh! kawen? ye dah KAWEN. mendahului kakak die yang ohsem ni. *masuk bakul gegolek*

kenapa tajuk ade lapan lagi dalam barisan? sebab ade lapan majlis kawen anak ibu ayah tengah dalam list. pastu darab dua. maka ade 16 majlis. hehe.

23 November 2013

aku gerak ke kulai dulu untuk check in homestay. sebab malam ni adek aku nikah. die dapat isteri orang kulai.

ini adek laki aku. pengantin dengan ibu pengantin.

pengantin duk sebok menghafal. yang dua lagi makhluk tu. boleh abaikan kalau nak. haha.

kami pembawa hantaran. ade terselit tiga orang mak gadis di situ. spot it!


gambo blur pulak. aku kena bawak pengantin malam tu. sori pengantin. iolls lagi menonjol dari u.










muke bahagia pengantin sebelum salam tok kadi. padahal dalam hati. jantung macam nak terkeluar.














muke nervous. 

tok kadi kasi ceramah sikit. nasihat itu ini. aku tak pasti la si ajim tu faham ke tak. orang dah nervous kan. bukan fokus pun orang cakap ape. haha. 

okay! dah salam. amboooi bersungguh ko genggam. bengkok tulang tangan tok kadi tu. haha. 


dengan sekali lafaz. alhamdulillah. sah jadi suami isteri. 









tahniah brother! tahniah. *tampar pipi*

kasi gambo selingan sikit. gadis cun untuk dilihat sahaja.



ibu menanges mase salam peluk ni. aku? bergenang air mata kat tepi tu. damn. aku tak bole la tengok orang nanges ni.















ciuman dari seorang nenek.

yang baju purple duduk sebelah pengantin laki tu adek aku jugak. pengapit segera malam tu. haha. muka malam hari. memasing sememeh. 

ibu ayah dan besan mereka.

sebahagian rombongan dari pihak lelaki.

malam tu lepas dah kenyang makan. kitorang balik homestay. nak tido. sebab esok ade majlis bersanding pulok. 

24 November 2013

bangun pagi lepas subuh terus kena iron baju. pheeeew. beratur amik nombor mase nak gosok tu. 

pagi tu kami bekpes dulu sebelum check out kul 12. yang ini satu lagi kisah sedih. jap lagi aku cite. sekarang nak bagi caption untuk pengantin yang super kebulur. haha. kakak yang ohsem akan selalu buli adek die. haha.


purplelishious! tema purple.
















ahaa! ini cite sedih lagi sadis nak cite sikit. oleh sebab kami kene check out awal dan majlis pulak start kul 2 petang. memang tak sangka la kan. kot boleh ganjak mase untuk 2 jam lagi stay kat homestay tu. tapi tak boleh. sebab nanti die charge. kalau singgit dua takpe. ini makan puluh hengget. maka ini jela tempat kami berteduh sementara. kat masjid boleh terus solat zohor berjemaah nanti. naseb baek bebudak kecik ni sume tak buat ragam.

rombongan pihak lelaki. pengapit segera lagi tu. kali ni abang aku pulak.

biasela kalau kawen orang johor. akan jumpe 'tol'. bukan sikit. banyak kali. jadi pada yang nak kawen dengan awek johor tu. sile sediakan duet kecik bebanyak sebagai persediaan 'tol' ni. hehe

dah selesai 'tol' hampir beberapa minit yang lame sampai aku dah bermandi peluh. baru diorang dapat bersanding kat situ jap. sebab ade show sikit.

silat dari dua budak kecik ni. eh jap! *rujuk gambo di bawah*

malam ajim (name panggilan adek laki aku) tu pun ade show silat jugak. haha.


nampak tu. dah silat pusing sane sini. mintak 'tol' lagi. selagi poket baju pengantin masih berisi sampul surat. selagi tu la ade 'tol'.








jumpe 'tol' lagi sebelum dapat bersanding atas pelamin.

pheeeew! dapat pun bersanding. tapi sebenarnye ade lagi satu. 'tol' dari mak andam. jap. nak cakap. pengapit pompuan tu cun. haha.


pengantin dengan mak ayah pengantin perempuan

pengantin dan ibu ayah pengantin laki. seronok ayah senyum. amboooi. best dapat menantu ye ayah. haha.

ahli bertambah. duabelas orang sume sekali. meriah!


sepatutnya suap bini. tapi. tapi. tapi??
















nanti mase sanding saya nak tengok awak macam ni la. hehe.


sementara tunggu pengantin bersiap nak pegi outing. damn. giler lame kot. penat jugak menunggu. tapi maintain bahagia. ibu tu. macam biase kena abeskan makanan anak die yang tak abes makan. hehe

ayah: u ni makan lambat sangat. meh i suapkan.
ibu: ermm. ammm. ammm. *kunyah kek*
sori ibu ayah. post gambo ni. hehe. *cium bebanyak*

bile sorang lagi mangkuk tingkat mintak 'tol' dari ayah. haha. ayah hulur tisu je kat die. padan muka. ingat dapat ke???

memula nak outing dekat area homestay kami. tapi hujan pulak petang tu. so kene tukar tempat kat resort. kot. huhu. itu pasal la baju kami ade tompok2 basah hujan. huhu.

ini adek laki aku. DANIAL HAZIM


dan ini adek ipar aku. SHAHIDATUL AMIRIA
















ibu, bini orang, remaja, gadis, budak sekola, kanak2

[gambo selingan]

outing abes lewat petang. dengan muka sememeh. badan penat. otak stress. kaki lenguh. urat badan dah berselirat. aku terus drive balek melaka. family aku balek kluang terus. penat tapi seronok. ye! SERONOK

notakakiku: cite tak abes lagi. to be continued.............

Wednesday, January 29, 2014

Bukan Perkara Remeh

assalamualaikum dan salam sejahtera

tengok tajuk dah faham. KOT. haha.

KAHWIN.

ye. KAHWIN.

ape?

KAHWIN.

oh! bukan perkara remeh beb. ini perkara penting. wajib bagi semua umat Rasul.

DAN. sekarang aku dah nak masuk fasa ni.

list untuk kemudahan diri sendiri. kosong lagi. pftttt

hurmmm. hurmmm. perasaan? aku tak tahu.

gembira? sedih? neves? eksaited?

aku tak tahu nak conclude.

cume aku harap segala berjalan lancar.

Ya Allah. Permudahkanlah. Jangan Dipersulitkan.
dan Kau akhirkanlah dengan Kebaikan.

Amin.

sekian.