kite tau kan makan laju tu tak elok sebab makanan tak dapat dikunyah dan dihadam dengan baik. kebanyakkan yang masuk dalam perut kite tu angin. sebab tu badan membulat. ehem. jadi makan la dalam keadaan sederhana laju bukan lembab. selain itu, kite juga perlu tau beberapa perkara yang perlu dihindari selepas makan untuk membantu proses pencernaan makanan dalam perut berjalan lancar. antaranya:
1. Berenang
berenang kegiatan yang tak boleh dilakukan lepas makan. lebih baik tunggu selama 30 minit selepas makan untuk berenang. kalau degil nak berenang juga lepas makan. perut akan mengalami krem minor. lepas tu badan membulat. nasib ko la.
2. Mandi
yang ni ramai tau rasenye. penyebab kenapa perut kite senang buncit. biasenya lepas makan, aliran darah akan terstimulasi kearah perut untuk pencernaan yang baik. jadi, kalau kite mandi, ia akan mengganggu aliran darah dan proses pencernaan sebab badan kite akan dingin bile kene air. maka, lemak senang terbentuk.
3. Tidur
ramai yang paling gemar ni. selalunya lepas makan. dah kenyang mesti selesa tido. kata sesetengah orang la. tapi sebenarnye tak elok tidur lepas makan, terutama lepas makan berat. ini kerana, masa tubuh kite berbaring, makanan yang ada di perut tak akan sampai ke perut dan secara tak langsung penyebab perut kembung.
4. Berjalan
sape kata berjalan lepas makan tu elok. makan sambil berjalan lagi la tak elok kan. sebenarnye kite makan ni untuk tambah tenaga. tapi kalau kite terus berjalan lepas makan, banyak tenaga kite telah habiskan. lebih eloknya lepas makan, kite rehat bagi makanan diproses dulu baru la mule berjalan.
5. Minum teh
teh dapat menyerap kandungan zat besi dari makanan. kandungan asam yang ada dalam teh juga akan bertentangan dengan protein dalam makanan. ia tak boleh diproses secara serentak. jadi, cuba sebaiknya hindari meminum teh lepas makan. minum air masak dulu. lagi elok kite biarkan lebih kurang 5 minit lepas makan baru minum supaya perut tak cepat kembung. tapi kalau dah tercekik ke pedas sangat ke. sile la minum air terus.
6. Minum air sejuk (berais)
rasenye ramai yang tau kesan minum air sejuk lepas makan. sekali sekala mungkin boleh la kot. kalau kerap sangat. tak elok la kan. ini kerana, minuman sejuk ni akan mengecutkan saluran darah dan mengganggu pengaliran darah. proses pencernaan akan terganggu bile berada pada persekitaran yang sejuk dan menyebabkan lemak senang terbentuk. malah, minuman sejuk ni berbahaya bagi golongan yang menghidapi penyakit kardiovaskular.
notakaki: sekian bacaan dari sumber. tata.