sementara masih dalam pantang dan banyak mase terluang. boleh la mengarang sikit untuk simpanan bacaan sendiri masa akan datang.
untuk kalini punya bersalin. memang berlaku sesuatu yang diluar jangkaan sebenarnya. dahla overdue dari tarikh sepatutnya bersalin.
14hb Januari 2020
2.15pm - pergi check up rutin biasa di KK. masa ni memang dah dapat surat untuk serah diri ke hospital pada 18hb Januari 2020. tarikh dijangka bersalin 12hb Januari 2020.
habis check up pergi cari makanan sebab belum bersalin nak makan macam². tapi teringin sangat donut pedas.
cari punye cari tak jumpe. yang jumpe kuih² lain yang begitu menggiurkan. beli jela dan makan jela.
15hb Januari 2020
suami dah kerap tanya belum ade tanda² lagi ke? jawapan masih sama. belum.
malam pulak suami boleh cakap "entah² baby nak keluar ikut tingkap kot".
die punye seriau tu. memang terganggu tidur malam. tapi tetap tertido.
16hb Januari 2020
1.00am - tidur terganggu sebab kene penendang padu bertubi² dari kakak sofia. nasib baik die tendang badan belakang.
3.30am - terbangun lagi sebab nak betulkan kedudukan baring sebab mase ni dedua kepala anak dara dah macam magnet melekat kat perut ummi.
mase pusing ni lah rase macam tak selesa. raba kat bahagian punggung. "eh basah"
tapi relaks lagi sebab ingat peluh keputihan. sekali raba jugak kat cadar "weh basahnye!"
terus lompat dari katil. raba betul² katil lagi sekali dan raba kain baju jugak. memang lencun. terus masuk toilet dan bersihkan diri. lepastu bingung nak buat ape. lame jugak berfikir.
3.50am - pakai pad dan pergi bagitau ibu yang air ketuban dah pecah. lepastu call suami. nasib baik die angkat. risau jugak kot die tido lena sangat. mase ni suami masih di melaka.
4.10am - ibu tolong hantar ke hospital. dulu nak bersalin husna pun pergi hospital awal pagi macam ni. lengang je.
4.25am - sampai dewan bersalin. minta ibu tunggu suami sampai.
masuk dewan bersalin kene timbang dulu. berat terakhir sebelum bersalin. 68.2kg. tahniah untuk pertambahan berat sebanyak 18.2kg ini.
lepastu macam biase lah. salin kain pink dan baring untuk check CTG tu. nak tengok jantung baby dan kesan contraction.
5.10am - doktor datang untuk check bukaan. baru 2cm.
kalini doktor yang on duty doktor pelatih lelaki. mashaAllah rupe elok sangat. naik segan pulak aku. nasib baik die peramah. boleh la sembang² nak hilangkan rase awkward tu.
lepastu doktor bagitau ade kesan contraction dari CTG tu. tapi aku rase relaks je takde rase sakit kuat mana pun.
6.30am - doktor buat scan terakhir sebelum bersalin. berat baby mase ni 3.1kg. lepastu bukaan masih lagi 2cm. jadi doktor kata aku kene admit dulu lepas sarapan.
7.00am - contraction dah kerap datang. sakit jugak mase ni.
sarapan pagi sampai aku kene makan dulu. lepastu aku mintak check bukaan lagi sekali sebab sakit dah terlalu kerap dan kuat.
tapi masih 2cm. kalau dah 4cm memang aku kene tolak masuk labour room.
8.30am - aku masuk wad sementara tunggu bukaan 4cm.
contraction dah mule terase makin kerap dan sakit. tapi aku bedal tido jugak sebab mengantuk yakmat.
10.30am - doktor pakar dah start on duty. lepastu doktor nak check bukaan sebab mase ni aku cakap memang sakit.
die kata dah 4cm. jadi terus die suruh check in labour room.
11.05am - dah selesai check in labour room no 4. lepastu pasang CTG lagi. yang tak best bile pasang CTG ni kita tak boleh bangun langsung. aku nak kencing pun terpaksa tahan je. padahal dah hujung² sangat.
11.30am - contraction dah kuat giler. lepastu kerap. lepastu perit. padu sangat. nak wasap suami pun tak larat. nak suruh nurse panggil suami pun tak sempat.
12.45pm - nurse datang check graf CTG dah cakap graf tak cantik. die suruh doktor datang check sebab dalam graf nampak contraction kuat.
tapi doktor tak datang² pun. sibuk kot ramai pesakit lain.
1.30pm - doktor nak check bukaan sebab graf CTG memang tak cantik. die kata macam 8cm. macam dah boleh untuk teran sebab dah boleh rase rambut baby.
masih doktor pelatih lelaki.
mase ni pun suami dah kene panggil. selama mana contraction suami tak dapat teman. nasib baik mase bersalin sempat masuk.
bile nurse suruh standby meneran. aku bukan standby. aku teran je. hahahaha. giler kau dah hujung² sakit. memang malas nak standby² ni. hahaha.
lepastu nurse suruh teran. lagi kuat aku meneran. sebenarnye aku lupe setiap kali meneran yang pertama. hahaha. main bedal je.
kali ketiga teran baby dah keluar. tapi nurse suruh stop kejap sebab die nak pusingkan baby. aku pun curi² tarik nafas.
selesai die pusingkan. nurse suruh teran lagi. aku teran jela malas nak fikir ape. nak suruh baby keluar cepat dan selamat je.
1.53pm - kali kelima teran baby selamat keluar.
haaaaa mase ni lah suami pandang aku dengan muke terkejut dan cakap "lelaki"
aku yang baru selesai meneran ni terus bingung "hah??"
lepastu doktor tunjuk baby ape dan aku cakap "lelaki" dengan penuh kebingungan. dah selesai potong tali pusat. baby baring atas dada aku.
selesai diazankan, suami keluar. tinggal baby masih di dada dan luka aku pun dijahit.
2.19pm - suami whatsapp nama baby dan aku terus approve sebab masih bingung. haha.
4.30pm - check in wad. ngam² mase melawat. mase ni lapar giler. nasib baik jugak memang waktu makan malam. die punye sedap dapat nasi. macam tengah berbuka puasa.
anak² dan ibu ayah aku datang melawat jugak mase ni.
7.00pm - tinggallah kami dua beranak dalam wad. tidur satu malam. baby pun baik sangat. tak banyak ragam. banyak tidur. jadi selesa sikit la aku tidur malam tu.
17hb Januari 2020
8.00am - nurse dah mula sibuk. makan pagi pun dah selesai. aku pun dah selesai mandi dengan harapan nak balik tengahari nanti. hehe
12.00pm - doktor bagitau dah boleh discharged.
12.30pm - bil dah siap. terus suruh suami datang buat bayaran siap² dulu. lepastu suruh die pergi solat jumaat dulu. lepas jumaat baru datang amik kami dua beranak.
mase ni aku dah siap² salin baju nak balik lepastu boleh terlelap kejap sementara tunggu suami datang.
3.00pm - selesai check out wad lepas amik ubat kat farmasi.
sampai rumah macam biasa sambung tido. hehe.
sebenarnya mengandung kalini kitorang jangka anak perempuan lagi sebab scan kali terakhir dengan doktor kurang mesra dekat KK, die kata baby girl dengan penuh keyakinan.
jadi persiapan tak buat banyak sebab mindset memang guna je pakaian² kakak². topup baju pun sikit². itupun beli baju warna yang soft sesuai untuk baby perempuan.
tapi bile selesai meneran dan suami kata anak lelaki. aku jadi bingung dalam mase yang sama rase bersyukur yang lain macam.
sungguh anak bertuah. die suprisekan semua orang. saja keluar lambat² sebab nak buat suprise.
sekarang ni baby pakai jela dulu baju kakak yang newborn ni. kang dah beso sikit kita shopping baju baru untuk baby boy.
alhamdulillah dan terima kasih Allah.
hero pipi labuh berambut lebat hitam pekat
notakakiku: paling ringkas aku karang.