Lokasi : Equatorial Hotel, Melaka
Tema : Merah, Hitam, Putih
memula aku nak mintak maaf sebab tak banyak gambo yang buleh aku upload sebab mood bergambar kurang. so, mane yang ade je aku upload. ade jugak aku amek dari bebudak yang upload kat page fakulti aku. kualiti gambo jugak ade yang kureng. huu.
ni dinner zaman belaja aku yang pertama sebab dulu mase stpm aku tak dapat join. so, dinner ni agak excited jugak la. sebuk cari baju, kasut, tudung bagai. memang sumorang nak glam-glam la kan. yelaaa. malam yang diraikan. hehe. so, kami bebudak uma tak lepas dari penyakit nak glemer ni. aku ape lagi kan. tergedik-gedik jugak nak melaram dengan mekap.
here! different of me. oh my! sape ni. tenkiu nain sebab tolong mekapkan.
kami sume sebuk nak mekap. hewhew. #love
sebab masing-masing nak melaram. kami sume datang lambat dinner tu. dekan dah berucap kami baru sampai. okay! maafkan kami. masuk dewan relax je kan. dah la meja sebelah meja VIP. kelaassssss kaw! pastu datang tu dengan perut kosong. lapaaau! dah la sampai kene duduk dengo dekan berucap dulu. bile time makan kene tunggu turn pulak sebab diorang buat gaya buffet.
ni sume muke lapo nih.
camwhore! #normal
dinner ni budak kelab fakulti aku yang uruskan. its called TeMAN. sume ni diorang yang organize dengan menggabungkan budak tahun 2,3 dan kami super senior. haha. gedik nak mention kan. dan aku tak nafikan ade sedikit sebanyak kekurangan dalam majlis tu. sedikit terkilan jugak. tapi tak payah la aku mention kan. cukup la aku berbangga dengan diorang sebab mampu untuk buat majlis ni. tahniah! malam tu adalah malam kegembiraan kami. jadi memang fokus untuk bergembira bile bergelak sakan. dan sumorang rakan-rakan seperjuangan sangat gojes dan segak weyh! sume look different sangat. ^__^
okay bergambo syok sendiri itu normal la kan. haha. bile masing-masing boring tunggu waktu makan. sementara muke masih bermekap. kang sat g dah peluh-peluh pulak muke tu tak cantek nak bergambo. pastu bile dapat makan lupe diri kejap! sume hadap makanan tu. tu pasal takde pun gambo makanan. haha.
malam tu majlis dipenuhi dengan persembahan nyanyian. ni penyanyi feberet kami. diselangi dengan cabutan bertuah. meja kami tak bernaseb baek untuk dapat cabutan bertuah tu. tapi ade lagi bertuah yang meja kami dapat. ape tu. sat g i stori mori aw! *gaya gedik leher bengkok-bengkok*
ni pulak abam pemain trompet peberet. haha! #Amsyar
bile retiss dipanggil untuk karaoke dengan dekan fakulti. #ohWoooow!
kami yang nampak gojes. wootwoooot.
bile perut dah kenyang, hati dah lega, punggung panas, kaki nak jalan, kasut nak pijak karpet. kami serbu sane sini bergambo jap. walaupun tak banyak. tapi it worth la jugak!
dengan meooow (nur azri) yang sangat bidadari. oh my! gojes sangat. rase macam nak gigit je die ni. hehe.
penyanyi peberet. wah! bergambo dengan retiss! Farah! nak sign!!
the only wakil budak cina kelas aku. Alfred Phun.
SAVE GAZA!! si banyak mulut Fahimi.
dengan ana si budak sabah. kaki buli ni. *cakap dpn cermin* hehe.
mc yang sangat happening. Rudi Jupairit gud job! berjaya membuat kami tertarik dengan celoteh kamu. superb lah! need improvement. apepun hang terbaek! dak junior aku yang dulu aku minat sebab lakonan dalam english fun time.
tak lupe juga nak bergambar dengan dekan fakulti kami. Dr Md Nor Hayati.
with my rumet and osmet since sem 1. sejak memula masuk UTeM ni. nak
tengok kami feminine camni mmg limited edition okay. hehe. name dah la same. seb baek aku ade nickname lemon tu. so, takde la kompius bile orang panggil. #noorHafiza
abam tomok kelas aku. wuuuhu! #fuad
sesi pemilihan queen of the night!
ratu catwalk yang seksi. #aummm
and tadaaaa! walaupun meja tak dapat cabutan bertuah. kami bertuah bile ahli meja dapat QUEEN of the night. kelassss kaw Nain Fadzrina! tahniah!
gedik nak bergamba dengan hadiah queen. oh sebelah tu. osmet aku. saloma mase memuda. haha. #hafiniSuhana
ni sesi nyanyi lagu beramai-ramai. sakan beno budak meja sembilan tu buat barisan kat depan.
sesi bergambar beramai-ramai. tapi tak sume masuk sebab tak muat.
the osmet yg ohsem!
kami dengan tema pakaian memasing. ^_______^
oleh sebab malam tu aku banyak sangat jerit terpekik terlolong. sekarang ni tengah berperang dengan batuk dan saket tekak. sore totally rockers. haha. yang penting memori ini mahal!
cukup la ini je yang buleh aku kongsikan. mungkin ade beberapa cerita yang tak aku masukkan. ape pun. malam tu sangat happening dengan kemeriahan majlis serta orang-orangnye juga. terasa macam pantas masa berlalu. dah tahun terakhir rupenye kami ni. doakan kami berjaya graduated dengan cemerlang! bakal jadi graduasi pertama batch kami FPTT. #teruja
notakakiku : sedang berperang dengan psm dan batuk. okay! kene sambung buat psm. ni selingan nak hilangkan bosan dengan psm. huuu. happy reading uollsss. ^___^
No comments:
Post a Comment