♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Sunday, May 5, 2013

5052013

bangun pepagi semata-mata nak pegi mengundi. sebelum pegi tu kite isi perut dulu kan. pagi ni menu kami rendang ayam, lodeh, kuah kacang, sambal tumis, ketupat. meriah! sungguh di hari RAYA. haha.


yeaay! budak comot ini sudah bersedia utk mengundi. :)
















sampai je terus terkejut sebab makhluk yang ramai. baru kul 8.15 beb. agaknya kul bape diorang dah ade depan sekolah ni kan. hebat la korang!

 pergi berdua dengan ibu. eh! seronok nampak korang ni.

dah check nama terus dapat kertas ini. oh! ini channel shin chan ni. haha. :)

ini view dari atas. tingkat 2 khas untuk saluran shin chan. hohoho. kat bawah tu saluran 2 aku rase. warga emas punye channel.

beratur panjang sangat sebab dah ramai. huhu.

 tapi saluran shin chan mmg kencang (laju). so, aku abes awal la. ni kene tunggu turn ibu pulak. panjang giler saluran tv3 ni. alahaai.


laen kali buleh request inai tak?

















 shhhh! undi anda adalah rahsia.

okay! selesai mengundi. dan aku kene rushing-rushing nak pi wedding membe sekolah lama kat masai pulak. agak kelam kabut sampaikan tak sempat nak salin baju kurung. jadi, aku sambar baju punjabi ni. huhu.

walaupun hujan kitorang selamat sampai jugak. terbuat jejak kaseh kejap sebab jumpe membe yang dah 6 taun terpisah ni. sumenye dah ade kerjaya yang hebat. hebat la korang. nampak tak ramai tapi meriah. korang!! tolong la buat reunion! 

untuk wantop dan pasangan. tahniah diucapkan. moga Allah merahmati hubungan korang dan kekal hingga jannah. insha Allah. :)

notakakiku : aku dah laksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakyat. keputusannya kite berserah je. moga kite sume sebagai pengundi membuat pilihan yang bijak. :) aaahhh. pasni tak dengo LAGU ni pepagi.

Saturday, May 4, 2013

Puteri kesidang pergi berperang.

Tarikh : 22 March 2013
Tempat : A Famosa Water World, Melaka

hari ni *rujuk tarikh* kitorang kua lepak bergumbira. perempuan sahaja. plan asal nak sume osmet join tapi oleh sebab ade masalah sikit jadi berlaku perubahan dengan kekurangan sorang osmet #nana dan pertambahan 2 ahli luar banglo kesidang tu. banglo sangat!

gerak awal pagi tapi p bekpes dulu then sampai sini kul 11 pagi.

macam biase budak baju hijau tu memang paling excited. okay amek sume senjata. kite nak berperang atas bot sat g. 



kiri kanan kiri kanan kiri kiri kiri :p









 oh ini adek aku. orang luar banglo kesidang. culik jap after amek result spm. #jikah

 sile klik gambo untuk tumbesaran sehat :)

baju tompok-tompok tu datin. haha. yang pakai spek itam tu retiss. kononnya. eh! maafkan budak yang sebelah aku tu kerana senyum begitu. haha


yeaaaah! tiket sudah berada di tangan. ayuh! berperang!















 the osmet tanpa #nana. sume si talkative. riuh rendah uma dengan pe'el berbeza. Lots Of Love. :)

from ur left (back) : tasha, dila
from ur left (front) : rina, atul, fiza, me, eqa, fini

budak nakal ni kene sumbat dalam loker. biase ni! haha. kitorang sewa loker paling beso untuk simpan sume barang kitorang tu. :)

lepas salin baju dan simpan sume beg. dengan berbekalkan senjata comel kami pergi berperang. maen sume permaenan air sampai penat. lari sana sini. phewwwww. sume gelongsor kitorang redah. banyak permaenan tapi tempat ni agak suram sebab ramai orang nak p water world je. but its okay sebab lepak dengan bebudak ni.

paling seronok mandi kat tempat ombak tu. kejap-kejap terminum air sebab bot kami terbalik mase berperang tu. ombak kuat sangat. ramai lanun telah kami tewaskan. *sile turut sama berangan*. dah penat kitorang pun naek atas sebab mase tu pun dah lapo jugak. 

 dua beradik dah legam tunggu makanan. :)

oh! lupe nak amek gambo makanan sebab bile lapo kitorang utamakan makan dari bergambo. haha. so, ini muke nak balek. penat dah. 
sume muke letih. trust me! time kaseh korang. *kiss*

bile dah sampai banglo baru terasa penat sangat. balek terus tido bagi badan rehat jap. tapi malam tu sempat kua makan. paling best that nite blackout! seluruh kesidang. dan esok pagi kitorang nak p ledang pulak. malam tu tido bergelap dan tanpa kipas. hebat!

notakakiku : laen kali kite pergi tempat laen pulak taw. pasni keje dah susah nak lepak gini. ah! pasti rindu. XOXO.

Friday, May 3, 2013

Broga Hill with classmate

Tarikh : 15 March 2013
Tempat : Broga Hill

okay belajar menaip dan mengarang semula. ah! susah dan kekok. kebanyakan cerita dah basi sangat. maaf la ye. bertarikh seperti di atas. aku dengan beberapa ketul osmet nyanyok bangun pagi buta nak pegi panjat broga. seawal 3 pagi! giler weyh. giler!

bergerak dengan 3 ketul kete dari melaka. perut kreukkreuk mohon diisi. mengantok jangan cakap ah. aku ikutkan nak je berdengkur sepanjang jalan tu. tapi gagahkan jugak mata tak tido. kang balek dari broga aku topup tido. kitorang sampai dalam kul 5 lebih KOT. di awal pagi dimana azan subuh belum berkumandang. lepas pack itu ini kitorang berdesup naek. *bajet mcm marathon*

muke paling berusaha nak bukak mata dengan flash yang super terang

untuk gambo sepanjang pendakian aku taknak upload sebab muke memaseng memang sangat tak sopan. haha. perjalanan agak sukar sebab gelap sangat. hanya dengan bantuan beberapa ketul torchlight kecik kami teruskan pendakian. mase kitorang mendaki ni memang tak ramai sangat sebab weekdays.
 
okay! dah sampai check point pertama



solat subuh jemaah. bile sujut rase nak tergolek sebab curam. 








  we are happy kids. LOL


jom! teruskan naek ke next check point yawww









 kanak-kanak ini hendak ke sekolah. comel kan mereka. *tampo muke budak sebelah*

 aahaa! sesat! sesat!

 kitorang di check point kedua. 

tujuan naek bukit ni bukan sesuka hati je. kitorang ni suke buat sesuatu yang aneh-aneh. contohnya ini! pakai baju kurung, baju melayu + kaen pelikat. dah kenape korang ni! memang senonoh sangat la salin baju kat tempat awam. 

dan tetibe terjoin pulak sambut besday that chinese girl. TER okay. 



oh! future mak mertua. sile lihat keanggunan kami. 








 kids tanpa pengawasan orang tua memang camni jadinya. Lots Of Love!

teruskan pendakian lepas dah seronok lepak tangkap gambo. dan ini check point terakhir kitorang. tengok! salin baju lagi kan. kali ni baju kelas kami. Bachelor Of Technopreneurship (BTeC). terasa ohsem kejap. haha.




 kanak-kanak ini!! haha. berjaya sampai sekolah. :)










 kami sentiasa bajet ayu walau dimana pun berada. future husband lihatlah keayuan kami.*muncung itik* LOL

 biasela bebudak kan. nak turun pun mintak dukung. #atulKiena

dah sudah dengan melepak kat atas tu. kitorang decided turun awal sebab nak p mandi sungai. lagipun ari kejadian ni adalah hari jumaat. so, guys kene p solat jumaat.

 yeeaaaah! budak gumbira. haha. aku rase tanah tu ade spring la. tinggi melambung kitorang lompat

bukit broga je dulu. gunung tok wan tak sempat lagi. aku kompius 'tokwan' aku ade gunung. how dare u tak bagitau i. 

3 budak bajet hot and spicy nak pegi mandi manda. ayuuuuh ke sungai tekala! kitorang naek kapal alien taw sebab tu nampak aneh bentuknya. ;p

sampai sungai tu yang pompuan p cari port berendam. yang laki kene cari food sebab sumorang pun kebulur. 

seronok sangat bebudak ni berendam. air die mak aih! sejuuuuuk hoi! lupe jap kepanasan kat melaka time ni. terasa macam nak bawak balek sungai ni letak dalam uma. *hantuk pale kat dinding*. dah menggigil pun aku taknak kua. nak feeling-feeling berendam pepuas. naek atas sebab nak makan je. haha.

wajah bahagia berendam serupa badak.
 
 close up!
 
 last pose sebelum kayu tu patah. ok! tipu. hehe. kayu tu kukuh tak patah pun. kire kitorang ni sumenye ringan lepas panjat bukit tu. haha.
 
around kul 12 lebih kitorang pun kuar dari air bersiap dan lepak dalam surau. tu untuk ladies. yang jejaka sume p solat jumaat. lepas jumaat baru kitorang balek melaka. singgah makan kat r&r ayer keroh dulu pastu baru balek uma memaseng kat melaka tu. seharian kua dari pagi sampai lewat petang sebab sampai melaka dalam pukul 6 lebih. tahniah korang!
 
notakakiku : terime kaseh untuk memori ini.  :)