♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Friday, November 1, 2013

Hari Jubah Saya

Date : 26 Oktober 2013
Venue : Dewan Besar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka

akhirnya setelah 4 tahun berhempas pulas bersuka duka bagai. aku berjaya jugak menamatkan pelajaran dengan sekeping Ijazah Sarjana Muda Teknousahawanan dengan Kepujian. ini adalah hadiah untuk keluarga, diri sendiri dan paling utama untuk ibu ayah. :)

pagi tu aku lambat sampai. patutnya daftar kul 7.30 pagi tapi disebabkan tokwan lambat 15 minit. so, aku pun ikut lambat kan gara-gara kena pegi dengan die sebab yang dapat pas masuk dewan kena datang awal. sampai je dewan berlari la aku dengan bersungguhnya nak ke khemah graduan.

giler clumsy aku sampaikan peniti satu kotak tu jatuh kat jalan raya pastu berterabur. pastu henpon pulak jatuh. eh! tahniah!! dah kelam kabut tu kene pulak berlari. tahniah lagi. sampai khemah tercungap-cungap bersiap. tahniah! siyes kelam kabut sebab aku punye kos group ijazah pertama yang akan masuk dewan. naseb baek sume maseh under control walaupun hakikatnya aku rase macam nak telan je tokwan mase die datang lambat tu.

kad jemputan untuk para graduan yang ohsem. cantek!

mase duk dalam dewan tu. memang banyak protokol la. nak pegi toilet pun kena halang. nak tangkap gambo pun kena tegur. sume serba serbi tak boleh. yela nak kena jaga adab jugak kan. maka bermulalah episod menadah telinga dengo segala bagai ucapan. 

akhirnya sesi aku naik pentas kul 11 pagi. naek tu kejap sangat. kalau tau aku nak catwalk kasi lambat siap dengan pakej lambai2 ala2 model. baru feeling2 mase atas pentas. 

bernasib baek nak tangkap gambo dengan roger ni. mase ni bosan tahap rasengan + chidori + kamekameha (kuasa naruto + sasuke + son goku). tahap bosan boleh dinilai melalui muke budak sebelah roger. haha. si roger ni suke buli aku dalam kelas. sekarang dah jadi manager. jangan buli pekerja taw roger! kalau u nak PA. bagitau i. nanti i submit resume kat u. haha. 




yang ini syok sendiri.














alfred dan roger


muke lepas turun pentas. bahagia kan. kan. kan. kan. tapi tak lepas lagi gugup tu. credit to adik nadya ismail sebab sudi amek gambo kite. hewhew. :)
















muke bahagia dah dapat file kosong ni. haha. 


















majlis abes tepat kul 1 petang. pastu kul 2 petang ade sesi 2 pulak. so, takdela peluang nak amek gambo bebanyak dalam dewan tu. baru seketul dua gambo dah kene halau kua dewan. haha. naseeeeeeb. 

DAN inilah tulang belakang, pembakar semangat aku yang aku tahu tak pernah penat mendoakan dan menyumbang segala keringat untuk kejayaan aku pada hari ini. kalau bukan kerana mereka, takdelah aku dapat peluang untuk berada di sini. terima kaseh ayah (md nasruddin) dan ibu (rokiah) atas sumbangan anda sepanjang pengajian kakak. tak kesah la sumbangan dari segi apa sekalipun kaaaaaaan. kerana kalian! kakak berusaha bersungguh untuk kejayaan ini. ye! bersungguh. akak sayang ibu ayah! *sekian ucapan dari saya*

gadis bunga kononnya. terime kasih bagi hello kitty!!

dengan makcik kuyam.

ibu yang sentiasa sabar dengan kerenah aku sebab kalau ade ape sekalipun masalah walaupun kecik aku mesti mengadu kat ibu. pastu selalu bercanggah pendapat kalau mintak pendapat kat ibu untuk selesaikan masalah. selalu je aku nak menang. haha. terime kaseh ibu. *sedut hingus* LOVE

ahli keluarga yang meraikan aku. kurang sorang sebab die kat penang ade exam. so jikah! this gambo is for u! hihi. terime kaseh jugak untuk korang sume atas sokongan secara siaran langsung ataupun siaran tertutup. :)

sedikit ucapan untuk adek2 akak: 

jom la kite berjaya bersama. hari ini hari akak. nanti akan datang hari kalian. yakin la. korang boleh! peluang untuk hari macam ni tak datang selalu. tak semudah yang disangka. jadi berusahalah wahai adek2 akak. (sambil angkat tangan tinggi2).

korang boleh pakai jubah dan topi macam tu. pastu kat tangan penuh bunga akak kutip sepanjang tepi jalan khas untuk korang. 

eh! kalau terer. akak cabar korang lalui hari camni. bergelar graduasi. kalau terer la. (pintal2 tudung).

oh! manusia inilah punca kelewatan aku pada hari ini. huh! tapi terime kaseh ye bang sebab datang lepas saya paksa. tapi saya tauuuuu. abg rela datang kan. kan. kan. *angkat kening*
















tiga manusia nakal kesayangan hamba. 




terima kasih sume warga pendidik aku dari sekolah tadika sehingga aku berjaya hari ini. paling utama pendidik sepanjang hayatku. ibu dan ayah.



















jikah! nani pun dah graduated! haha. 

sebenarnya baru perasan. ayah angkat pasu bunga yang kat bawah2 tu. aneh2 la ayah ni. sekarang aku dah tau mane datangnye pe'el aneh2 aku bile bergambo. terima kasih korang untuk setiap pengorbanan untuk akak. setiap titik peluh keringat mencari rezeki untuk kami. terima kasih. 

sengaja gelapkan muke. sengaja. *tumbuk bantal*

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOUSAHAWANAN DENGAN KEPUJIAN.

aku sedikit terkilan sebab tak sempat amek gambo dengan membe2 seangkatan. maklum la. dengan cuaca panas terik ditambah pulak perut yang meragam lapo pastu ade pulak adek2 kecik yang tetibe meragam. takpe. tengok diorang post gambo konvo kat fb pun dah memadai. nampak keceriaan.

terima kasih! terima kasih! terima kasih! (baca ni sambil tepuk tangan)

pada kengkawan seangkatan yang sudah berkerjaya. selamat menjadi pekerja cemerlang. yang sambung belajar. selamat maju jaya. yang tak buat pape lagi. selamat berusaha mencari hala tuju. :)

notakakiku: boleh tahan tough juga dunia bekerja ni. pagi pegi keje. malam tido. weekend pun tido. haha.

3 comments:

  1. salam..akak.saya ditawarkan kos ni kt utem..btw,nk tnya kos teknousahawan ni cmna ea??hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. eh kos ni best. hehe. awk akan belajo ttg bisnes. kos ni challenging tapi fun sgt. jgn risau. selamat datang ke utem. :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete