♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Thursday, May 8, 2014

Tips penggunaan gear yang betul bagi kereta auto

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

entry kali ni aku nak cerita sikit pasal penggunaan gear yang betul bagi kereta auto. memang nampak macam mudah kan bile bawak kereta auto ni. tak macam kereta manual kene tekan cluch pastu masuk gear. leceh. tapi gearbox kereta auto pun boleh rosak kalau salah penggunaannya.

korang perasan tak. biasenya kalau berhenti lama kat traffic light, kereta depan akan masuk gear P. kite boleh agak bile lampu reverse nyala kejap. pastu nanti mula la kelam kabut bila lampu tukar hijau. tekan minyak tapi lupe masuk gear D. boleh rosak gearbox kereta auto mahal saudara saudari tu ye.

okay bagi kereta auto gear automatik. yang ade button/tombol tu tiap kali nak tukar gear. ni tips penggunaannya:


Kaedah yang betul masa benti kat traffic light
  1. tekan brek kaki
  2. masuk gear N (tanpa tekan button pada gear. tolak je)
  3. tarik hand brake
  4. lepas brek kaki
Bila nak jalan
  1. tekan brek
  2. masuk gear D (tanpa tekan tombol. tarik je)
  3. lepas hand brake
  4. lepas brek kaki
  5. tekan minyak
Penggunaan butang/tombol pada batang gear
1. Perlu tekan tombol/butang semasa menukar gear
     P>R
     R>P
     R>N
     N>R
     D>L/D2
     L/D2>D

2. Jangan sesekali tekan kalau nak tukar gear
    N>D
    D>N
    D>D3
    D3>D

kalau kereta auto jenis gear lekuk-lekuk tu selamat la. tak payah nak tekan tombol/butang bagai.


kalau ada yang tak berapa nak faham fungsi setiap gear. ni ade sedikit rujukan untuk korang bagi setiap susunan gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk korang memberhentikan kereta korang. gear akan disekat. so, kereta korang takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik. 

R - reverse, untuk mengundurkan kereta korang la.

N - neutral, kalau korang dalam keadaan menunggu kat traffic light atau traffic jem. tukar ke gear neutral. bukan parking. kalau korang perasan. gear D tak payah tekan kekunci pada tombol/butang gear. 

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdirve. gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2,3 je. ok. boleh jalan.

3 - ade kereta yang takde overdrive tapi ade susunan gear 3 untuk turunkan gear dari 4 ke 3.

2 - ini akan sekat sistem gearbox korang ke gear 2 dan tak masuk ke gear seterusnya. tapi akan jatuh ke gear 1 kalau perlu. 

L - low gear, gear satu.

semoga tips ni bermanfaat bagi pengguna kereta auto. selamat memandu dengan berhemah di jalan raya. 

notakakiku: sumber

4 comments:

  1. kenape tak boleh tekan tombol kalau N to D etc??

    ReplyDelete
  2. ayat copy paste je ek dr blog2 lain..sp copy sape pun x tau la.. be creative..baru melayu maju.

    ReplyDelete