♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Monday, September 7, 2015

Majlis akikah sofia amani

Assalamualaikum. Hi.

majlis akikah sofia ni buat 2 minggu lepas raya hari tu. (8 Ogos 2015) buat kat kluang sebab ayah dengan ibu nak buat open house untuk geng diorang hari yang sama. buat hari sabtu jadi jumaat malam tu kami bertiga bergegas balik kluang. yela aku pikir kalau balik sabtu pagi. sampai kluang dah tengahari pastu nanti mesti rushing nak tolong itu ini. dah la badan letih kan.

bangun pagi dgn muke sume tak mandi dah kene kerahan tenaga buat keje kat dapur. kelentang kelentung. ibu kene masak sebab kengkawan die dah request menu. haha. yang lain katering je.

menu pada hari kejadian adalah:
  • kambing golek + coleslaw + kentang bakar
  • nasi beriyani + kambing kurma + ayam masak merah + sayur 
  • ubi rebus + sambal tumis
  • laksa
  • bubur lambuk
  • sate
  • buah-buahan
  • air sirap ais merah menyala


kengkawan ibu request nak ubi rebus dengan sambal tumis. sume suke bebeno dengan menu ni. aku pun! weyh ni makan panas2 kecur air liur. merecik. haha

pastu ibu buat bubur lambuk jugak. 

kambing golek paling win takat ni. empuk giler dagingnye. masa masuk mulut dah rase nikmat. belum kunyah lagi. nak telan lagi la rase nak nangis lari keliling rumah. *kesat air liur*

coleslaw die pun sedap ya ampun. terlupa mintak resipi.

telur perak. haha. ok tak. ni kentang bako pakej dgn kambing tu. sedap yak amat.

tukang rasmi dan rase kambing golek dulu. muke suci murni tak banyak keje lagi. kuyam photobumb as usual.

mase ni belum ramai lagi orang datang. baru bape ketul geng ayah. jadi sempat lagi nak selfie bagai. sekali time geng ibu sampai. terus tak sempat nak amik gambo. kejap ke dapur. kejap keluar tengok lauk. kejap buat air sirap. kejap refill makanan. kejap basuh pinggan. eh kejap kejap kejap. berlengas merecik weolllsss.

keluarga kecik aku. 

sambung gambo makanan. hehe. nasi impit untuk sate. sebelah tu ade tutup terbukak sikit tu. kuah kacang. 

sate sedap gilossss. bile lalu dapur je. amik sebatang. lalu lagi. amik lagi. haha. *tadah air liur*

buah-buahan sihat tubuh badan.

gambo makanan berlauk aku tak sempat amik gambo. haha. lupe lupe lupe.

adik aku yang sorang ni setia dengan mamat2 jaga kambing golek tu. dari awal kambing digolek sampai brader tu sume nak blah. dalam pukul 3 lebih mamat tu sume nak balik dah sebab kene pegi tempat lain pulak. die macam sedih. asyik menanya "nanti datang sini balik kan?" dekat brader tu. haha. yela die nak kawan. pastu asyik la tanya aku bole tak pegi uma kawan die nak suruh datang sini. kesian pun ade tapi ayah dengan ibu tak bagi. apakan daya.

yang tu gepren adik aku. abis aku kerah die buat keje jugak. kejap buat air sirap la refill lauk la. nasib la dik. haha

siang tu pakaikan sofia gaun ropol2. jadi sumorang tau die ni perempuan. tula kopipes sangat muke ayah tu. hehe.

sepanjang siang tu sofia tak tido sangat. tido pun time menyusu je. abis susu. die celik. tapi nasib baik mood cantik je. tak meragam sangat. cume kurang senyuman la sebab mengantok. mata pun berair je sebab banyak menguap. tabah ko nak.
*time kasih tukang bagi bip tu. cantik sangat sampai banyak kali pikir. nak pakai ke tak. haha

malam tu lepas maghrib ade marhaban geng ibu ayah sesama pegi haji dulu.

ayah dan kata2 ucapan beliau. hehe

ibu ayah dengan geng haji mereka.

malam lepas isyak baru majlis akikah sofia.

bayangkan lepas maghrib orang tak abis balik lagi. datang orang lepas isyak pulak. tak menang tangan weyh. kesian kat adik aku dengan gepren adik aku tu. kene bertapa duk bungkus makanan nak bagi orang yang datang nanti. aku time ni sibuk nak tidokan sofia. tapi die gigih taknak tido jugak.

mase selawat je baru bawak turun sebab sofia dah tertido time ni. baru 5 minit tido. dah kene bagi orang cium. takpela nak. orang berdoa untuk awak tu. 

mase ni sofia baik lagi. tak mengamuk.

tukang bagi bunga telur yang clumsy. abis telur jatuh la. bunga tercabut la. lantak la korang. haha

mase ni sofia dah start mengeliat mengamuk sebab orang kacau tido die

mase ni memang die dah mengamuk. sabar la nak. huhu.

teddy bear ayah ni. kalau ayah peluk camni die suke. senyap je. nasib baik nak. kalau kat ummi. mau berotot ummi. huhu.

malam tu pakaikan baju tido je terus. muke benyek sebab tak cukup tido. sampai ade air mata menguap banyak kali. haha. 

baru dapat amik gambo bertiga dengan baju raya. walaupun tak lengkap dengan sofia pakai baju tido. tapi dapat la jugak. mase ni mata aku memang tahap rabak sungguh

paling best. selesai majlis. aku dengan suami aku je duk kemas sume. yang lain hilang lesap buat air liur. dari basuh periuk belanga sampai ke perkakasan kecil sume. elok dah nak abis kemas tu hujan pulak. kelam kabut masuk uma. huhu. pukul 2 pagi jugak kitorang baru abis kemas. naik atas terus terbongkang. takpela. ini kira macam ganti terlepas tugas mase kenduri kawin aritu. serik siot. haha.

bye.

No comments:

Post a Comment