♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Thursday, January 21, 2016

Bersediakah nak jadi ibu muda ni?

Assalamualaikum. Hi.

dulu masa zaman bujang. tengok baby ke budak kecik ke rase seronok sangat. gembira sebab diorang kiut miut. pastu bile kawin nak ada anak sendiri la kan. bila ada anak seronok pada awalnye lepastu clumsy seterusnya. haha.

memang tak mudah jadi ibu muda ni. pulak kalau pengalaman sangat zero. emosi sangat dititikberatkan. memang perlu kekuatan emosi dan batin. zahir tu belakang cerita. bile anak membesar dari sehalus mulus ke segebus gedebus. banyak akal dan ragamnya yang kadang buat ibu muda ni runsing dan hilang sabar.

STOP jadi hilang sabar. bile nak mara. tarik nafas sedalam boleh dan tahan selama boleh. pastu hembus dan cium anak ko dengan rakusnya. haha. tapi kadang kalau jenis aku memang akan termarah sikit. pastu aku cium sampai anak aku ngamuk pulak. sebabnya aku jenis cepat hilang sabar. kalau dah tak bole kawal emosi. aku akan diam sediam diamnya supaya mulut ni tak bercakap bebukan menjampi serapah. huhu 

penat? yes! sangat sangat sangat. tapi seronok. bile ko penat. anak meragam pulak. perghhh naik hantu jugak kadang tu. tapi chill la. budak tu ape je die tau. nak attention je lebih. mandi, makan, tidur ko akan sentiasa terganggu dan menghantui ko. haha. mandi nak kene cepat. takde feeling2 lelame mandi kecuali anak ko tengah tido lena. makan? kena laju sebab anak ko akan kacau takpun merengek nak duk riba. tidur memang laaaaa tak pernah cukup. malam bangun nak bagi susu. belum tambah die merengek ke tak sedap badan, demam, sakit perut. memang ko lagi tak boleh tidur. jadi siang kalau ko dah siap buat sume keje terutama housewife. curi sikit tidur mase anak tidur. ini sangat la perlu!

untuk working mom ni lagi tough perjalanannya. tak cukup tido, kene bangun pagi siap bekpes, anak. pastu pergi keje pulak. balik amik anak kat uma pengasuh. sampai umah senseng lengan baju kene masak untuk suami balik keje kang. pastu nak kene mandikan anak. kalau umah sepah. kene kemas dulu. baju tak berlipat pulak nak kene setel. mandi? bile anak dah tido kang baru feeling nak mandi. dan mungkin ko akan jadi orang terakhir tido atau orang terawal tido lepas tidokan anak. phewwww

kene aku ni sejak bile entah mula urat asyik tersimpul rapi je. selalu lenguh badan. kadang kerap jugak demam sebab urat tersimpul ni. tu yang kalau ade peluang balik kluang. aku mesti suruh ibu urut badan ni. pastu ibu mesti cakap urat aku banyak tersimpul kat bahagian bahu. merasa la kau hidup urat tersimpul rapi ni. huhu.

terkadang tu terpikir jugak nak lari dari semua ni. nak pegi somewhere yang takde orang kacau kejap. nak rehatkan minda hati jiwa segala bagai ni. tapi nanti rase sunyi pulak. rindu nak stress. haha.

nasib baik ade akal. berguna lagi. boleh pikir waras. jadi kenapa nak stress jaga anak kecil sedangkan dulu kite pun macam tu. entah lagi brutal perangai kite kan. mane ade keluar perut mak kite terus cerdik pandai kencing berak dalam toilet, makan suap sendiri kan. mak kite pun agaknya 66 kali ganda stress dulu tapi jadi orang jugak kite ni kan. alhamdulillah takde kes dera bunuh bagai.

dah bersedia nak jadi ibu muda yang akan stress, compang camping, huru hara, clumsy, bermata panda, urat belikat tersimpul rapi, dan sentiasa lapar. haha. semoga berjaya menjadi seorang ibu, ummi, mak, mama, mummy kepada anak-anak tercinta. hewhew

nah! sebiji epal ni. mampu nak mara nak stress lelame? taaaaaak. saia ta kuad. hewhew.

bulan april ni dah setahun anak dara ummi. SOFIA AMANI ni. rase macam cepat je dah beso. haaa tengok. rase kejap je dah beso. ko tak perasan pun yang ko tengah berhempas pulas membesokan die. percayalah.

notakakiku: sebarang pertanyaan atau komen sile tulis di ruangan komen kat bawah tu. okay nak sambung gomol anak sampai die pulak stress dengan aku. haha. hashtagsayabudakbarubelajar. kbai

1 comment:

  1. alaaaa.... pasni suh lemon jaga anak kite la...hahaha

    ReplyDelete