♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Wednesday, November 16, 2011

Ayat superbdobidooo lepas kahwen

Sebelum tido

6 minggu : selamat tido lalink. mimpi abang ye. mmmmuah!
6 bulan : tolong off lampu tu. silau la.
6 tahun : ish. sane sikit lah. tido kalau tak berhimpit tak boleh ke??

Guna toilet

6 minggu : eh. tak ape. U masuk dulu ye. I tak kesah.
6 bulan : lame lagi ke kat dalam ni???
6 tahun : dang! dang! dang! (bunyi pintu digegar). kalau nak bertapa pun. pi la kat gunung kinabalu sane!

Balas sms

6 minggu : ye lalink. jap lagi I sampai la uma. nanti I belikan roti boom kegemaran U ye lalink.
6 bulan : trafik jam la.
6 tahun : k.

Process dating

6 minggu : I love U. I love U. forever and ever and ever lah!
6 bulan : of course I love U.
6 tahun : yela. kalau I tak cintakan U. buat ape I nikah dengan U.

Hadiah anniversary

6 minggu : lalink. I harap U suka cincin dari habib jewel ni.
6 bulan : I beli lukisan. sesuai sangat letak dekat ruang tamu ni.
6 tahun : U gune la duet U sendiri nak beli ape. I nak save budget ni.

Pulang kerja

6 minggu : laliiiiiink!! I dah balek ni.
6 bulan : I'm home.
6 tahun : erm. masak ape hari ni??

Telefon berbunyi

6 minggu : lalink. ade orang call u ni.
6 bulan : eh. your call.
6 tahun : ish!! fone bunyi nih. angkat cepat. memekak je.

Masakan 

6 minggu : wah! tak sangka I. U ni hebat memasak. sedap pulak tu.
6 bulan : erm. kita makan ape malam ni??
6 tahun : hek! lauk ni lagi???


Memaafkan


6 minggu : sudahlah lalink. benda dah jadi. lupekan jela ye.
6 bulan : hati-hati la. jatuh lagi nanti.
6 tahun : orang dah cakap banyak kali kan. tak faham-faham jugak ke??


Baju baru


6 minggu : waaaah lalink!! U macam bidadari dengan baju tu. I suke sangat!
6 bulan : laaa. beli baju baru lagi??
6 tahun : dah berape juta perabes duet beli baju je??


Merancang holiday


6 minggu : U nak pergi mane lalink? Paris? Korea? Thailand? London?
6 bulan : kita jalan area-area Bukit Bintang jela. naek LRT. senang sikit.
6 tahun : jalan-jalan??? duduk uma tak boleh ke? membazir je la!


TV


6 minggu : lalink. kite nak tengok cite ape malam ni?
6 bulan : kejap la. cite best ni.
6 tahun : jangan tukar-tukar channel. boleh tak???

notakakiku : okeyh. ini untuk sukasukisuke je. :) 

2 comments:

  1. bese la tuh.
    makin lama makin boring kot
    :P

    ReplyDelete
  2. jgn amalkan la wana. kang xberkat perkahwinan tu. :)

    ReplyDelete