♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Monday, December 16, 2019

Satu Pengalaman Paling Menarik

Assalamualaikum. Hi.

lame giler aku tak bersiaran dalam dunia blog ni. rase kekok pulak nak menulis. tapi nak tulis jugak untuk kenangan aku sendiri di kemudian hari. *bajet*

19hb November 2019
kak sofia malam ni die dah start merengek sakit kepala. katanya nak demam. aku layankan je sebab selalunya memang betul pun esoknya mesti demam. malam tu die muntah².

20hb November 2019
aku amik cuti emergency sebab risau nak hantar pergi sekolah. pagi ni die okay je nampak macam biasa. suhu pun tak tinggi mane. mase mandikan die pagi tu. aku perasan ade bintik aneh dekat badan die. deria sebagai ummi, aku agak tu chicken pox. terus aku ajak die pergi klinik. die ON.

jadi, doktor buat pengesahan memang chicken pox. fuhhh. bingung kejap. dapatla aku surat cuti kuarantin. lepastu pergi belikan air kelapa bagi die minum. biaselah konon ikut nasihat orang dedulu. tapi kak sofia minum sikit je.

balik rumah die tido. makan pun taknak. bangun tido aku paksa makan sikit sebab nak makan ubat lepas tu. nasib baik die jenis okay bab makan ubat.

tetibe petang tu dalam kul 4 cikgu taska call cakap adik die, husna ade naik bintik² macam chicken pox. ah sudahhhh. terus pesan dekat suami amik die awal sikit.

malam tu die dah start demam. dedua demam weh. melepak sikitla.


21hb November 2019
aku nekad pergi Poliklinik Hidayah pulak untuk amik ubat antiviral. kira macam ubat kurangkan pengeluaran bintik tu menjadi terlalu mengganas. tapi keluar je banyak bintik² cuma tak besar² gedabak lah.

ubat untuk dedua anak solehah ni boleh tahan mahal jugak. tapi untuk anak. apela sangat kan. dapat antiviral, ubat demam, oral spray.

mase ni kak sofia dah banyak giler bintik keluar. mulut pun dah start ade. husna je masih comel² lagi bintik² die tu.

lepas dari pergi klinik tu. terus kene pergi pejabat kesihatan pulak sebab pegawai kat situ nak amik sample bintik chicken pox. buat ape jangan tanya aku. sebab aku pun tak terfikir nak tanya. aku fikir nak balik tido je mase tu.

balik terus bagi dedua anak solehah ni makan ubat. alhamdulillah dedua power makan ubat. husna siap mengamuk tak cukup. parah!

22hb November 2019
pagi ni dedua anak solehah ni dah banyak bintik keluar. demam on off. masalah pada dedua anak solehah ni adalah tak suke kepala dituam dengan kain basah. pakai coolfever pun menangis. bingung ummi.

bermula la rutin mandi, sapu losyen dan makan ubat. aku mandikan dengan mandian pinetarsol yang famous tu. tapi memang kene berhati² giler sebab takut terpecahkan bintik air tu.

makanan pun mula la semua jenis rebusan dan kukusan je. termasuk untuk ummi ayah sekali. layankan je.

dedua anak solehah yang aktif macam biase. melepak bile demam je. bingung ummi.
sakit ke tidak ni???

23hb November 2019
mase ni dah risau sebab anak² kene chicken pox elok je berbaki 12 hari sebelum majlis konvokesyen aku. jadi, aku kene ikhtiar sembuhkan anak² sebelum majlis aku. 

aku suruh suami belikan mandian baru sebab yang ada dah abis. dua orang sekali pakai. lepastu suruh cari daun semambu nak buat pes. hahaha.

malam tu start pakaikan pes daun semambu. aku blend macam blend cili kering tapi tak rebus pun daun tu.

leceh jugak pertama kali sebab tak reti lagi. berhabuk satu rumah. aku laki bini pulak tensi (read tension) sebab diorang ni bukan duduk setempat. die merayau main bergumbira satu rumah.

mood makan anak² okay la. cume kak sofia tak kuat selera die sebab dalam mulut dah penuh bijik. husna je selera same beso ikan paus. makan je kejaan. alhamdulillah hilang kerisauan ummi sikit.

24hb November 2019
aku dah pakar blend pes daun semambu. hahahaha. tepek terus pada dedua anak solehah ni lepas mandi. bile diorang merengek gatal sebab pes dah hilang sikit. aku sapu calamine.

mase ni aku dah start mandikan anak² dengan cara rendam dalam air suam yang dibancuh dengan sabun pinetarsol. mase rendam tu aku sabunkan jugak gune pinetarsol gel. lepastu bilas dengan air yang sama je. tak gune air paip langsung.

diorang suke sampai lama giler berendam. layankan je.

mase ni aku dah start penat yak amat sebab dahla tengah sarat. melayan anak tak sihat lagi. masak lagi. walaupun ada suami bantu. penat tetap terasa.

25hb November 2019
suami aku amik alih tugasan jaga anak pulak. aku suruh die cuti 2 hari. 

aku dah siap² masak lauk anak. lauk suami. aku suruh die masak sendiri. kalau tak makan je same lauk dengan anak. haha.

waktu makan ubat pun aku dah siap note kat peti sejuk. mase ni bintik² kat badan dedua anak solehah ni dah mula kering. ade yang dah terkopek. aku geramkan yang kat atas kepala je sebenarnya.

suami jaga elok anak² pun baik je perangai. alhamdulillah.

27hb November 2019
aku amik alih balik tugas jaga anak. mase ni dah unpaid leave. aku redahkan je. lantak lah. dahtu aku pikir sape nak jaga anak aku. suami boleh je jaga tapi anak² kalau tak sihat kan die banyak cari ummi.

30hb November 2019
awal pagi dah bersiap nak join funrun upin ipin dekat MITC Melaka. alhamdulillah. anak² memang dah bebas chicken pox. semua dah kering. dah terkopek² pun. memang aku manusia paling wow gembira.

kul 6 pagi dah kene mandi bersiap ye.

funrun sambil membebel. hahaha

lepas mengah funrun masuk karnival pulak. letih weh jalan dahla macam penguin. masuk karnival pulak. layankan anak sebab kesian seminggu die kuarantin tak boleh keluar langsung. dengo kawan² main dekat depan umah. boleh tengok dari grill pintu umah je. kawan panggil pun tak dapat keluar.

yang kecik tu layan tido je sebenarnya. dah sampai finish line baru die bangun.

lepastu petang ibu dengan adik² aku datang umah. sebab nak pergi majlis aku hari isnin tu. meriah rumah weh. penuh dengan makhluk. padat rumah. hahaha.

1hb Disember 2019
pergi tengok wayang cerita Frozen II. 

the kids

ini 10 orang kanak² campur 6 orang dewasa. die punya haru biru jangan cerita la. nasib baik semua baik² belaka dalam panggung. siap pakej tido.

lepas wayang, terus balik sebab nak jalan dah penat bebudak mengganas. bagi diorang sambung main dekat umah je.

2hb Disember 2019
semangat bangun pagi bersiap. kene cepat sebab nak daftar. kul 7 pagi dah keluar umah. yang lain² sume aku suruh datang lambat sikit. aku, suami dan ibuku jalan dulu.

sampai UTeM kene parking jauh. menapak pulak ke dewan. nasib baik kasut tumit comel. lepas daftar masuk dewan. tak ramai pun sesi 1 ni cume lambat giler start. aku dahla mengantuk dan dah mula lapar balik.

tapi alhamdulillah majlis selesai sebelum kul 1 petang. 

keluarga besar aku. cume ade 2 orang je takde dalam gambar.

terharu sangat semua datang meraikan. cerita konvo ni kalau aku tak sengaja rajin kang aku karang la sikit satu page.

lepas amik gambo seketul dua dan gambar studio. terus gerak pergi cari makanan. bebudak macam biase dah membuas. penat lepastu panas lagi. kesian.

lepas makan. masing² gerak balik Johor. tinggallah kami orang Melaka.

3hb Disember 2019
aku amik MC sebab nak rehat. penat sangat. lepastu pergi klinik untuk dapatkan surat pengesahan bebas chicken pox sebab nak hantar anak² solehah ke taska nanti.

mase ni suami aku dah start demam² pulak. lepastu die kata tangan die naik biji² yang macam berair tu. aku bagitau chicken pox. die taknak percaya. 

demam pun pergi keje macam biase. lepastu kene halau balik sebab asyik pening je. hahahaha. sambung demam dekat rumah pulak. mase ni dah perasan ade bintik yang macam kak sofia kene memula tu kat badan belakang die.

4hb Disember 2019
pagi ni suami pergi klinik nak dapatkan pengesahan. dan SAH memang chicken pox. doktor bagi MC 3 hari. aku bertambah bingung. hahahaha. anak baru setel. apaknye pulak kene.

5hb Disember 2019
bintik kat badan suami makin banyak. aku kuarantinkan die dengan anak². memang tak bole ade sentuhan langsung. nasib baik kak sofia faham sebab die dah kene. jadi die sendiri ajak adik jaga jarak dengan ayah die. nak salam pun tak boleh.

jadi, bayangkan. penat anak mula kene chicken pox tak habis lagi. bile suami kene pulak. penat tu bersambung sebab aku kene uruskan anak² 100% dengan perut sarat mengah penguin ni. letih weh. tapi aku anggap ini ujian kecil dari Allah untuk aku.

6hb Disember 2019
bermula la rutin kuarantin suami pulak. masak semula masakan orang berpantang. bersungguh aku suruh suami rajin sapu ubat.

7hb Disember 2019
harini aku gigih bawak dua anak solehah ni pergi tengok wayang. pergi tanpa suami. aku amik tiket kul 10.30 pagi sebab aku dah set timing diorang bangun tido dan akan penat semula. hehe.

dah berhari² kak sofia berzikir nak tengok cerita ejen ali ni.
best weh cerita ni. rase nak repeat je tengok sorang². hehe

nasib baik dedua anak solehah ni sangat behave dalam panggung walaupun husna dah hujung² cerita die merengek nak tido. nasib baik boleh handle. pukpuk kelepuk tertido. kak sofia pun dah start penat nak tido. tapi aku paksa die habiskan. nasib baik mase tu scene dah menarik jadi die macam segar sikit.

lepas wayang, pergi makan kepsi atas permintaan kak sofia. lepastu makan yogurt j.co tu. sedap wehhh. aku sukeeeeee rase masamnya tu.

dah kenyang. kak sofia yang ajak balik dengan alasan nak tido. sampai umah tak tido wehhhh. bergasak dua beradik. last² aku tertido. celik mata tengok dedua pun tumbang. nasib baik.

9hb Disember 2019
suami pergi klinik lagi untuk dapatkan MC sebab bintik banyak tak kering. harini badan aku dah flat giler. sebab tak cukup tido dan rehat. dahla tengah sarat. tapi ku gigihkan jua.

suami dapat MC 3 hari lagi.

11hb Disember 2019
suami lagi sekali pergi klinik dengan harapan nak tanya dah boleh masuk kerja ke. orang dah tepu kene kuarantin. begitulah keadaannya. hahaha.

tapi dapat MC lagi 2 hari pulak. hahahahahaha sudahku bilang. sebab kat tangan ade bijik belum kering lagi.

mase ni aku mengharap suami cepat sembuh sebab 14hb tu nak balik Johor hantar barang untuk berpantang.

13hb Disember 2019
dan alhamdulillah semua bijik dah mula kering dan suami pun relaks bersihkan rumah. basuh cadar, spray bantal, mop lantai dan kerja² pembasmian yang lain.

okay belanja gambar konvo satu lagi

sekian cerita pengalaman paling menarik aku sepanjang 3 minggu berturut.

notakakiku: sekarang ni cume fikir nak cuti tanpa buat kerja je. tido lepastu bangun makan lepastu tido balik lepastu makan lepastu tido. lepastu bersalin. haha

2 comments:

  1. Alhamdulillah semua dah sihat, kan. Baca pun boleh rasa penatnya. Moga semua sihat selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang luar biasa penatnya. alhamdulillah. moga semua sihat. amin

      Delete