♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Sunday, September 18, 2011

Big E-day

sebelum aku start berleter panjang yang tak berapa nak panjang kat entry ni. aku nak ucapkan terime kaseh pada classmate aku si YONG. sebab sudi anto aku sampai KLIA transit kat salak tinggi tanpa sebarang bayaran. ow yeah!

semalam hari beso buat family belah ayah aku. ni sebab kazen aku yang sorang ni bertunang. ye! kazen aku. bukan aku. so, aku dengan family aku pi la subang jaya nak tengok majlis tu kan. 

yang ni mase berbalas-balas pantun. ikut adat. 
arrow merah tu ayah kazen aku merangkap pakcik aku la kan.
dah sarung cincin 'booking'. makcik ni teruja pulak aku tengok. ;p

 dah setel sarung-sarung cincin. start la pulak sesi tangkap-tangkap gambo ni.
yang ni bergambo dengan pihak lelaki. 
ni la kazen aku belah ayah aku. name die FARAH HANAN. bakal doktor ni. 
adek aku cakap die lawo. aishh. aku jeles okeyh. haha.

 beauty and the beast :)

bergambo dengan atok dan nenek. cucu pak Ngah pertama yang dah 
kene 'booking'. ;p
lepastu mule la sesi bergambo dengan family pulak. dah la raye hari tu aku tak dapat jumpe anan ni. 

 
 
 
 antara family yang ade pada hari tu.

dan selepas makan dengan banyak sebab makanan sangat banyak dan sedap. so, kitorang pun gerak balek la sebab nak anto aku kat melake. tapi last-last aku ikut balek kluang sebab ayah aku ngantok nak bawak kete. nak suruh ibu aku bawak memang tak boleh sebab adek-adek aku super aktif bile dapat makanan lazat tadi. for sure la diorang akan kacau ibu aku kan.

 
2 orang budak berlagak detektif. siap pegang kanta beso 
dengan teropong. bajet ah. -.-"

again sis! congrats for ur big E-day. :)

Monday, September 12, 2011

Wordless Wednesday # 16

putus chenta. :'(

 Maksud Wordless Wednesday: Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan.

Thursday, September 8, 2011

Untuk si pemakai cincin dan si pembela kuku!

tau tak korang. dengan menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya same dengan memelihara sekandang khinzir. kalau sume kuku jari kite termasuk jari kaki dibela panjang. bayangkan berape banyak dosa yang kite dah tanggung untuk sume binatang haram ni. potonglah kuku tu.

jadi janganlah ade niat nak simpan kuku panjang2. kalau dah terniat tu. batalkan je! bagi orang Islam adalah tidak sesuai untuk berkuku panjang atas alasan ia tidak bersih apatah lagi tangan tu kite gunakan untuk beristinjak. 

untuk mak2 dan ayah2 tu. tak payah nak bela kuku panjang. terutama mak. sebab setiap kali mak menyediakan makanan. segala sisa2 kotoran yang ade kat kuku mak akan masuk dalam makanan. contohnye perah santan, uli tepung. 


untuk yang bujang macam aku tu (ade rupe mintak penampor). kalau nak cari pasangan sampai mati tu dan nak anak korang jadi anak yang baik, pandai, mendengar kata. pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

sedikit info lagi. kuku panjang kite ni mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia iaitu E-Coli. aku tau mesti ramai pernah dengo pasal kuman ni. pernah kecoh2 sebelum ni. kuman ni takkan hilang walaupun kite cuci tangan dengan sabun Lifebouy atau sabun2 laen. jadi! sentiasalah berkuku pendek dan menjaga kebersihan diri.  nak potong pun ade info jugak. klik sini!

yang ni info untuk korang si penggemar cincin sama ada perempuan atau lelaki. korang suke pakai cincin tapi tak tahu jari yang disarankan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebok nak penuhkan jari dengan cincin.

nasihat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali r.a. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali tentang pemakaian cincin di jari yang sesuai iaitu:

1) di jari manis

2) di jari kelingking [anak jari]

dan jangan memakai pada jari

1) jari tengah

2) jari telunjuk

Nabi Muhammad s.a.w. melarang memakai di jari telunuk dan jari tengah kerana ia meniru cara berhias kaum yang dilaknat Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

notakakiku : bagi korang yang suke pakai cincin tu. beringat. lepas tu sile ingat2 kan kengkawan, sedara mara, dan kaum keluarga yang laen tentang kaedah yang betul untuk berhias dalam syariat Islam. selamat beramal :)

Wednesday, September 7, 2011

Ya marhaban. ini marhaban paling bahagia. muahahahaha. *gelak bahagia*

malam semalam uma aku punye turn marhaban. uma aku no 2 dari 12 uma yang sepatutnye. tapi tetibe owner 2 biji uma lagi takde pulak. so, tinggal la 10 uma je dapat pi.

taun ni aku terasa bahagia sebab dapat join balek marhaban ni. kalau sebelum2 ni aku kat kampus. konon2 sebok belajo. dah la marhaban ni susah nak ade. aku tak nak lepaskan peluang ni. seronok marhaban2 ni. aku tak kesah duet raye. yang aku nak keseronokan berkonvoi jalan kaki reramai dari 1 uma ke 1 uma. meriah!!

menu uma aku : lempeng, ubi rebus, sambal tumis, air teh. :)
*sedikit kueh raye*
 
 
3 manusia paling superduper aktif. -.-"

ye! baju aku je lari tema. memang sengaja. hehe. 
 
memasing bejet kesayangan ibu lettew. 

 
 
kaum adam dah datang. ramai la pulak. sampai kat luar2 diorang selawat.
yang arrow kuning tu adalah tukang bagi duet raye 
PLUS tukang sambut tetamu. -.-"
kite serbu!!!! walaupun hanya berasaskan masakan kampung semata2. tetap abes. paling tak blah bile ade sorang pakcik tu boleh cakap kuat2. " lempeng dah abes " dengan gaya iklan 'santan dah habis'. ;p

 
 
ha! makan. makan. toksah memalu. tambah. kasi licin. 
bawak pinggan dengan cawan tu balek. :P
bajet macam seorang yang penyayang la dengan koceng2 ni. 
kalau orang takde. mau kucing2 ni kene buli.

berjalan kaki untuk ke rumah yang seterusnye. yang terang kat belakang tu uma aku. kawasan uma aku ni banyak beno turun naek bukit. tapi yang peliknye. nak pi uma orang sume naek bukit. aishh. nak balek baru ade peluang turun bukit.

dah kitorang tengah seronok marhaban. tetibe blackout pulak certain2 tempat. tapi kitorang tetap pi jugak uma jiran sebab diorang dengan penuh pasti mesti dah siapkan makanan dengan minuman. kesian kalau tak pi. membazir.

kami di balik cahaya lilin. seram pulak aku tengok gambo ni. memule tahan lagi duk dalam uma nak selawat. tapi lelame aku terase belengas. ade bau2 pelik pulak. peluh diorang ni pelik2 je baunye! last2 aku duk luar. at least aku dapat bernafas dengan tenang walaupun pada malam itu angin tak mau bertiup pun.

 
makan dalam gelap. memang mencabar. haha. pulak kalau bawak budak2 kicik yang superduper aktif. kejap2 hilang. dah aku jugak kene cari. bile mase aku nak makannye?? 

gune lampu kete untuk terangkan sikit tempat tu. 
memang stylo. sume uma yang blackout buat camni. hehe.
 
budak 2 orang ni. kejap2 hilang. 

 
mase untuk balek. memang penat sebab umanye dah jadi jauh. huhu. dekat atas tu group gossip2 je lebih. yang kicik2 ni sebok maen lari2. mentang2 jalan kosong. tengok si kicik arrow kuning tu. excited sangat. semput kitorang nak kejo. 

 
 tengah2 jalan pun masih bahagia nak bergurau senda.

ape yang membuatkan aku lagi bahagia bile berat aku turun 2 kg bile balek uma. haha. berbaloi aku pi marhaban ni. penat jalan + peluh2 hasil dekat uma orang takde letrik + angin takmo bertiup. dan PALING bahagia bile pi reramai camni. siyes seronok. and most important bile dapat selawat beramai2. :)
owh! yes. SELAMAT HARI JADI MAMAT. 
7 sept. :)

Wordless Wednesday # 15

Maksud Wordless Wednesday: Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan.

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya

okeyh! ya. memang kolot abes. raya ke-6 baru nak update cite raye. kalau masuk cite ni dalam tapawe mesti dah lemau. tapi aku takde amek kesah. aku nak cite aku punye pasal. ye tak?

ni pun sume gara2 kesibukan dan keterujaan terlampau2 beraya di kampung dengan sedara mara. wah! meriah. sebab tu lah aku tak sempat nak online serta update hape2 kat blog ni. 


 teruja sangat bebudak ni nak capture gambo kat luar.

akhirnya capture kat dalam uma jugak. 
SELAMAT HARI RAYA. 
nanti aku update lagi okeyh. cite ni tak abes lagi ni. banyak lagi. nak kene buat draft dulu. takut ayat lintang pukang. haha.