sementara otak masih fresh memori dari mule tanda bersalin datang sampai selesai bersalin. baik aku tulis dalam ni. saje nak kongsi kronologinya. gituuuw.
tanda aku nak bersalin adalah darah. takde contraction dan pecah air ketuban. tanda contraction langsung takde sampailah aku dah masuk labour room. kene tahan wad mase kandungan 39 weeks 3 days.
26 April 2015
7.30pm - aku perasan ade darah dekat pantyliner mase nak mandi. terus mandi cecepat. dalam mase yang same gelabah tak masal. mase nampak tu nak jerit panggil suami tapi aku kat uma mertua. kene cover sikit. siap mandi terus cakap kat suami
"abang, ade darah dekat pantyliner saya" aku rase time cakap ni macam tak kua suara. muke pucat. macam cuak.
respon suami "yeke???? jadi nak kene pegi hospital ke ni?" dengan muke yang aku pun tak tahu nak tafsir.
aku terus call ibu. pastu ibu cakap kalau takde rase sakit contraction tak payah pegi dulu. aku false contraction pun takde rase. kalau pegi nanti kene tahan lama dalam wad.
lepas solat. suami ajak pegi big bad wolf. jalan2 sebab nak suruh jalan bawah ni buka cepat. jadi pegi la kitorang kat BBW tu. cari buku sampai dah nak tutup tempat tu. pastu balik. tido macam takde ape jadi maghrib tadi.
27 April 2015
3.00am - aku dah takleh tido dah. cume tido2 ayam je. pastu perut memulas macam nak berak.
5.00am - memang takleh tido dah. aku berangan sambil layan perut memulas. nak pegi toilet aku penakut. stay kejap sampai subuh nanti baru pegi. golek sane sini tahan perut. tapi dah duk pikir. sakit nak berak ke sakit nak beranak ni.
5.45am - aku dah takleh tahan. pegi toilet buang air besar. mase tu baru perasan darah dah penuh pantyliner. terus rase nak pengsan jap.
6.00am - kejut suami cakap darah dah banyak. aku dah siap tuka dengan pad. pastu pesan kat suami tak payah pegi keje. dalam mase sama aku call ibu cakap darah banyak. ibu cakap pegi je hospital.
7.30pm -selesai sarapan terus pegi hospital. dalam kepala dah macam2 aku pikir sampai aku pun tak tau ape aku pikir pagi tu.
muke pagi sebelum pegi hospital
"alaaaa. kene tahan la ni gamaknye" ni aku monolog je sensorang.
pastu nurse suruh masuk bilik pemeriksaan sebab die nak check jenis darah ni fresh je show. memula aku tak faham jugak tapi lepas dengo banyak kali doktor dengan nurse cakap. baru aku faham sikit.
darah fresh ni macam ko tumpah darah yang macam period tu. agak bahaya jugak untuk ko dan kandungan sebenarnye.
darah show ni macam ketulan darah je. bukan macam darah period yang banyak. ianya akan keluar dalam bentuk ketul2.
then aku kene salin uniform puteri islam. tu kata suami aku la. terus dibawa pegi check degupan jantung baby pastu masuk jarum kat tangan pastu check bukaan pastu rehat. alhamdulillah setakat tu sume aku dapat doktor pelatih perempuan. tapi bile kene scan dapat doktor lelaki india pulak. takpela. redha.
uniform puteri islam free size. gedabak beso. haha. mase ni kene rehat lepas scan. tunggu suami aku untuk sign borang kebenaran induce.
mase ni jugak la dah mule bagitau ibu adik kaka abang. ok over. aku bagitau ibu dengan adik2 je. mak mertua dah tau mase pagi nak kua pegi hospital tu. ibu pulak kejap call tanye keadaan. bile aku cakap dah kene tahan wad je. ibu terus bagi kata2 semangat. pastu aku pesan. pasni pape suami aku akan update.
dari masuk sini la aku asyek pegi buang air kecik je. ape sejuk sebab econ ke. atau sebab aku cuak dan kepala otak dah penuh pelbagai imaginasi. aku asyek monolog
"macam mane sakit contraction ni?"
"camne aku handle contraction nanti erk?"
pastu ngadu kat suami. oh suami mase aku kat dalam ni. die duk tunggu kat luar je.
paling la tak gemar kene cucuk jarum kat sini. pedih nak gerak.
lepas suami sign borang kebenaran tu. aku pun tinggal tunggu mase nak masuk dalam labour room yang sorang2 tu.
11.00am - baby dah mule mengeras yang kerap tapi tak terasa sakit cume lenguh pinggang je. time ni aku perasan bilik menunggu ni dah penuh dengan ibu nak bersalin. tetibe dah jadi ramai. penuh.
12.30pm - dapat bilik bersalin yang sorang tu. kamar 13. masuk dalam tu terus dapat makan tengahari. mase tu giler bahagia sebab aku asyek ngadu kat suami yang aku lapo lapo lapo.
lepas makan aku lepak sensorang dalam tu. paling kerap buang air kecil time tu. bilik econ kan.
to be continued..
notakakiku: panjang sangat. sakit pulak pale draft. nanti aku sambung lagi.
No comments:
Post a Comment