Assalamualaikum. Hi.
aku nak share sikit pengalaman aku bersalin dekat hospital kerajaan. baru nak masuk seminggu. sebelum ni banyak feedback dari orang ramai cakap hospital kerajaan ni biasenye layanan ala kadar macam nak taknak kan. even orang yang aku kenal pun akan cakap mende yang same. mostly akan cakap private lagi high class layanan. tapi ia bergantung. tak semua hospital kerajaan macam tu.
pengalaman aku mase bersalin hari tu jauh berbeza dengan tanggapan orang ramai. staff, nurse, doktor semua alhamdulillah sangat okay bagi aku. cume ade jela setengah dua yang lain macam sikit. tapi setakat seketul dua tak bagi efek sangat.
dari mule kene tahan masuk tu lagi dah dapat nurse yang elok. walaupun mase tu ramai orang nak bersalin jugak. diorang tetap layan baik mesra. yela diorang kene faham ibu nak bersalin ni macam mane pe'elnya kan.
dalam tu doktor pelatih memang ramai. untung jela kalau dapat doktor pelatih perempuan. dan alhamdulillah rezeki aku. dapat doktor perempuan yang check sume bagai. pastu akan ade sorang nurse yang monitor kite. yang ni pun nurse sangat ohsem. siap sembang macam dah kenal lame. die siap kongsi pengalaman nak bersalin sume. setiap kali aku contraction. die akan cuba bagi aku cool down.
doktor pelatih yang check aku pun takat baya2 aku jugak. tiap kali nak check bukaan die akan cakap "sori ye puan. sakit sikit".
mase nak bersalin pun doktor perempuan yang sambut baby tu pun sangat sopan santun. yang ni memang doktor pakar la. die jahit pun sopan jugak. siap sembang2 lagi. baru la kite tak terasa sangat sakitnye tu kan.
bila dah kene tuka ke wad. akan ade check susulan lah kan keesokannya. dan alhamdulillah nurse dan doktor sume baik2 je. takdenye buat kaso atau cakap nak taknak. diorang faham kite ni sakit bersalin. bukan sakit kene gigit semut api.
sampaikan nak keluar wad pun nurse layan elok je. jadi secara keseluruhannya. aku berpuas hati dengan layanan ni. walaupun kite takleh request doktor khas macam kat private. lagipun bayaran lagi murah dari private kan. balance bayaran wad bole guna untuk baby nanti. :)
inshaAllah kalau dari awal kite bersangka baik. sume akan baik. itu sume aturan Allah.
notakakiku : bau syurga setiap pagi.
seroonknya kalayu bsalin dpt doc p yg lembut,,trasa hilang skt2,,hihi
ReplyDeleteuishh. seronok sangat. alhamdulillah rezeki dpt doc perempuan lembut. :)
DeleteJururawat lelaki yg menguruskan pasang paip kencing main sodok jer, main selak..tu maruah dan aurat isteri seorg lelaki..doktor lelaki main jolok je jari tgk bukaan rahim..fikir2kanlah..cari lah duit..berikanlah yg terbaik utk isteri kita
ReplyDelete