okay ni sambung entry kronologi pertama tu. yang ni ending. sangat panjang.
27 April 2015
muke tunggu nak dapat bilik persendirian.
1.47pm - doktor pakar datang dengan doktor pelatih dan dua orang nurse. datang check bukaan baru 2cm. pastu ade check mulut itik sebab tanda bersalin aku darah. eh entahlah aku tak tahu fungsi sebenar mulut itik tu.
mase ni dah risau. kalau baru 2cm. lame lagi nak bersalin sebab takde contraction kan. suami lagi la risau sebab die yang bosan tunggu kat lua tu. hehe.
2.00pm - kene buat check kadar degupan jantung baby pulak. yang ade graf tu. nak tengok baby aktif ke tak. 20 minit jugak aku baring mengiring takleh gerak sebab ade wayar lekat kat perut.
mesin dupdap baby. tu graf keluar.
lepas dah setel degupan. aku terus pegi toilet buang air. giler pundi kencing ni. paip mule loose. haha. pastu nurse bagi minum milo pulak. lepas minum buang air lagi. haha.
2.30pm - doktor pakar masuk pastu terus bagi induce. tak rase pape mase kene induce tu. tapi yang tak bestnye. 2jam ko tak boleh bangun, tak boleh! ko nak kencing ke ape ke. baring je. mase ni dah cuak sebab aku kuat buang air dari tadi.
3.00pm - contraction mule terasa. memula kompius sakit contraction ke tak ni. tapi yakin contraction sebab sakit selang 5minit. tapi sakit dalam beberapa saat je. mase ni tak kronik lagi. masih terkawal.
3.30pm - sakit mule buat aku tak tentu hala. bile sakit aku tengok jam. eh makin kerap. kejap 5 minit sekali. kejap 3 minit sekali. tapi tangan masih mampu wasap suami. ngadu sakit since die takleh masuk bilik persendirian aku ni kalau bukaan belum 4cm.
ayat paling ohsem die pakai sepanjang aku ngadu "jangan takot. abang kan ade"
ayat paling ohsem die pakai sepanjang aku ngadu "jangan takot. abang kan ade"
3.45pm - sakit yang makin buat aku risau. ditambah dengan tahan nak buang air. cissss! tahan contraction. tahan buang air. urghhh. agak macam sengsara jugak la. macam lamenye mase berlalu.
setiap kali kene contraction. aku cume bole gigit selimut je atau pegang perut. aku tak tau nak bagi reaksi macam mane mase sakit tu. nak jerit ke nangis ke cane ke. aku tak tau. jadi aku tahan diam2 je.
nurse ade masuk untuk monitor aku. pastu die nampak la aku duk tahan sakit diam2.
"senyapnye awak tahan sakit tu. kalau nak pape. awak jerit je 'nurse.nurse' ye" .aku angguk je.
sepanjang baring tu tahan sakit. aku dengo macam2 bunyi dari bilik lain. yang jeritnye. yang baby nangis selamat dilahirkan. yang doktornye
"SATU! DUA! TIGA! haaa. macam tulaah!" mase ni aku gelak walaupun sakit dan takot. haha.
4.00pm - nurse yang monitor aku masuk bawak mesin dupdap graf tu lagi. pastu die cakap. "nanti pukul 4.15 hafizah boleh pergi buang air kecil ye". aku rase macam sparkling mata bahagia dengo berita gembira tu. terus kejap2 tengok jam tunggu kul 4.15 tu. dalam mase yang sama tahan sakit contraction diam2. haha.
4.15pm - aku lompat katil pegi toilet. ye. lompat sebab tak tahan. pastu aku tak naik duduk atas katil. aku duduk kat kusi sebab penat baring. mase ni pun contraction macam tadi selang 5 minit.
4.30pm - nurse masuk cakap nak tauk dupdap tu kat perut. pastu aku pun bagitau nurse "nurse, baby dah kerap sangat keras. macam 5 minit sekali la." pastu nurse cakap die boleh check bukaan tapi lepas pasang dupdap baby tu. maka terbaring lagi sekali dengan wayar kat perut.
5.10pm - kene masuk air since graf tak cantik sebab baby tido. dah keras contraction tido. taknak gerak bebanyak pulak baby ni.
mase ni mengiring kiri jela sebab wayar air kat tangan kiri.
bile contraction makin kerap tu. aku rase berpeluh2 walaupun bilik tu econ. sedang bekerjasama dengan contraction. mule la cakap sensorang time ni. macam sewel pun ade. haha. zikir, selawat sume aku tak lupe. sakit je aku zikir. bile teruk sakit. air mata kua sikit tapi aku cecepat lap. malu nanti nurse nampak. hehe.
5.30pm - wayar kat perut dah cabut. terus pegi buang air lagi. kali ni kene bawak bekas air ni sebab tadi nurse lupe nak bukak mase cabut wayar dupdap tu. mase ni jugak aku selamat berak. nasib baik memang berak. bukan baby yang kua. huhu
5.40pm - makanan sampai tapi aku tak selera makan since perut sakit sangat. nurse masuk nak bukak air ni. aku suruh die check bukaan sebab tadi die cakap bole check kan.
"ehh. dah buka 4-5cm ni. kejap ye. saya panggil doktor check kan"
tapi aku dah request panggil suami. sebab aku perlukan die time2 gini. tapi ade masalah sikit kat kaunter depan. so, suami tak dapat masuk lagi.
6.15pm - doktor pakar masuk check bukaan pastu die cakap mende same. so, aku suruh jugak nurse panggil suami masuk. dan akhirnya suami dapat masuk. mase ni aku dah tahap klimaks sakit tahan contraction. takleh nak bersembang dengan suami. dah takleh nak jalan pegi buang air. baring je atas katil.
suami offer urut, picit2 pun aku taknak. aku memang taknak pape time ni sebab sakit.
mase suami kelua kejap amik baju baby dalam bag kat kaunter depan. doktor masuk lagi untuk pecahkan air ketuban aku bagi aku lagi cepat dan kerap rase sakit untuk bersalin. tapi since aku baru kene induce kul 2.30pm tadi. die suruh hold sampai kul 8.30 pm baru pecahkan air ketuban.
aku tak mampu bagi reaksi ape. just angguk je. kesian siot kat diri sendiri time ni. tapi contraction dah mengganas. aku masih watlek watpis je sebab mungkin la baby akan hold sampai kul 8.30 pm tu. doktor siap tanye nak epidural tak. aku tolak. takpe la. bio nak merasa sakit contraction ni. nanti rindu. hehe.
6.30pm - sakit makin makin makin kuat. aku tak senang duduk baring bagai. tapi takleh jalan. aku tak selesa nak turun katil tu. jadi aku tahan contraction dengan duduk bersila sambil gigit selimut. mase ni jugak aku rase macam ade sesuatu kat bawah ni. tapi aku kemut taknak teran.
aku suruh suami panggil doktor sebab aku dah terasa macam nak teran tapi aku kemut lagi. tapi serious aku dah rase kepala die memang dah kat bawah sangat. sampaikan suami tanye ape aku marah die. sori abang.
bile doktor masuk. die tanye "last saya check bukaan pukul 6 tadi kan" dan aku masih mampu jawab "yela kot doktor. tapi sekarang ni saya memang tak tahan dah. rase macam betul2 nak teran" .
doktor terus panggil team die. pastu bile sumorang dah ade. die suruh aku kangkang (maaf. jangan imaginasi melampau) dan pegang buku lali kaki ni. pastu memang kepala baby dah kat bawah time tu. dah nampak dah.
yang lawak aku terus nak teran. jadaaah. haha. air ketuban tak pecahkan lagi. bile doktor pecahkan air ketuban tu. meletup macam air paip pecah. terus aku teran. tak menyabo jugak lah. haha. doktor suruh hold dulu tahan nafas. aku pun tahan la. bile die cakap ok teran. aku teran lupe diri. pastu kene gunting. urghhhh.
nasib baik peralatan semua dah siap. takdela kelam kabut sangat. tapi kesian doktor tak sempat nak duduk kat tempat die. kene berdiri sambut baby.
suami ade je kat sebelah aku duk pegang pale suruh aku selawat. bile die cakap "ok sikit lagi sayang". aku rase macam penghabisan teran la kan. terus aku teran pastu angkat pale tengok baby. puffff. nampak la baby kuar lengkap anggota tubuh badan dengan 4 kali teran.
uweeeeek. uweeeek. --- bunyi baby nangis. hehe.
7.08pm - baby selamat dilahirkan. alhamdulillah. nurse angkat tanye anak ape. aku jawab "girl" dengan lupe sume sakit tadi. pastu sesi keluarkan uri pulak. macam payah nak kua sampai nurse suruh aku batuk. aku pun uhuk uhuk uhuk la. baru la uri kua. geli mase dah kua tu.
baby dibawa keluar untuk dibersihkan. family pun selamat dimaklumkan. baby selamat azan dan iqamat. suami kene tunggu kat luar lagi. sebab ade sesi jahit pulak. mase ni ramai nurse dengan doktor pelatih jengah bilik dengan pelbagai soalan.
"dah bersalin ke? senyap je."
"senangnye bersalin"
"awak ni senang bersalin la. bagus"
alhamdulillah.
11.00pm - selamat sampai wad.
malam tu aku takleh tido sangat sebab baby asyek bangun mintak susu. pastu die tak suke baring dalam katil die. aku angkut tauk tido sebelah aku. baru die nyeyak.
12.46am - baby selamat berak. gigih cuci dengan mata mamai. haha.
28 April 2015
5.30pm - selamat keluar wad.
terima kasih pada
- yang mendoakan
- yang mengucapkan tahniah
- yang tak henti2 bagi kata semangat
- yang datang melawat
- nurse, doktor, staff hospital melaka untuk layanan yang bagus
- suami tercinta yang sentiasa ada di sisi
mohon maaf pada
- mereka yang wasap tapi tak dibalas segera. tak boleh fokus pada banyak sangat bile sakit tu. jadi fokus kat suami je.
- nurse, doktor, staff hospital melaka andai kata ade terkaso bahasa
- suami tercinta sebab termarah mase dalam labour room.
best sebenarnye bersalin ni. tak payah takot nak bersalin. senang je kalau kite yakin padaNya. bile tengok je baby. ko akan lupe sakit contraction, meneran dengan jahitan tu sume.
aku bile ingat balik mase sakit contraction tu, sakit kene gunting, sakit teran, sakit jahit. aku gelak sensorang. rase lawak pun ade. haha. kalau lah bole rakam detik tu. memang aku dah rakam. lain orang lain pengalaman. lain anak lain kaedahnya.
notakakiku : malam keluar wad tu suami terus daftarkan nama anak dan #babySA dah ade surat beranak.
No comments:
Post a Comment