♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Thursday, April 19, 2018

Kronologi Bersalin. LAGI. :)

Assalamualaikum. Hi.

lame rasenye tak menaip untuk blog ni. rase awkward pulak bile menaip ni. kalau korang bace macam awkward. sila bunyikan krik krik krik cengkerik untuk legakan hati. hehe.

okay kali ni nak share kronologi bersalin adik kak sofia amani pulak. bulan yang sama jugak besday depa dua ni. oh! campur ayah die. depa tiga ni. jimat air liur nak nyanyi lagu besday nanti tapi semput sikit sebab lagu jadi panjang. ade tiga nama kaaaaaan.

sebelum tu. nak selit sikit gambar 3D adik kak sofia ni. mase kak sofia tak sempat buat sebab terlajak minggu. jadi mase adik die. aku dah standby. belajar from experience. *batuk*


aku buat scan ni dekat Klinik Dr Jasniah, Bukit Beruang Melaka. Doktor perempuan yang sangat polite dan sempoi. nak datang sini, buat appointment dulu. jangan ekau terjah aje. tanjat doktor nanti. haha

appointment aku pukul 10.30 pagi. jadi mase sampai ade satu couple warga emas je. klinik ni nice sebab kemas sangat. kak sofia leka sepahkan mainan dalam klinik. bile mase entah jadi uma die.

okay mase turn aku tu. scan agak lame jugak sebab baby tak bagi full face pun. macam dalam gambar atas tu. die tutup muke sebelah. tak letak tangan. die letak kaki. pastu amik 'kembo' die pulak buat pelindung. sudahnya memang dapat gambo separuh. banyak kali jugak amik ni. siap doktor bagi waktu rehat 20 minit suruh pegi makan eskem dan pujuk baby supaya pusing.

tapi baby tetap pendirian. masuk balik untuk scan. begitu juga posingnya. hehe




10 April 2018

7.55am - perasan tanda lendir merah jambu. tapi macam tak risau. relaks acah macam takde mende. cewaaah. lagipun harini ade check up baby kat klinik kesihatan.

mase tu siap-siap report kat suami nuuun jauh di melaka. acah-acah standby jugak la gitu. hehe. lepas check up sempat lagi berjalan pegi DIY walaupun kejap-kejap kaki kejang kat peha. huhu.

5.30pm - perasan lagi lendir macam makin banyak sikit dari awal pagi. tapi relaks lagi.

11 April 2018

9.00am - ade darah secoet macam seketul kecik gitu kuar same dengan lendir pink. ok macam gelabah sikit. tapi tak rase nak serah diri sebab belum sakit dan darah kuar sikit je.

siap sedia report suami lagi bagi die standby. hehe. pastu kerap jugak perus keras lain maciam. serba salah nak serah diri ke tak. tapi tetap taknak serah diri.

suami siap dah excited cakap "baby keluar 12/4 ni"

4.15pm - bagitau suami tetibe macam craving nak makan chicken chop. hahaha. pastu goda ibu suruh belanja. hahaha lagi.

5.30pm - lendir pink makin banyak pulaaaaaaak. terus kene pakai pad. pastu ibu terus ajak makan chicken chop. hahahahahhaha lagi sebab ibu belanja.

bagitau suami macam esok dah boleh bersalin. supaya die lebih berjaga-jaga. "haaaa jaga-jaga jemahhh"

8.15pm - mild contraction dah start selang 10 minit. boleh tahan sakit jugak wehh

10.00pm - suami call cakap die gerak balik malam ni jugak. mase ni aku dah malas layan sebab tengah tahan sakit. makin lama makin kerap puloook sakitnye.

12 April 2018

1.00am - aku dah tak boleh tidur. berpeluh-peluh tahan sakit. tido kejap-kejap terbangun sebab keras kuat perut ni.

mase ni suami aku dah sampai pun. siap tido anak beranak berdengkur dengan kak sofia.

3.00am- suami perasan aku dah tak bole tido sebab contraction dah jadi selang 5 minit. die punye sakit sampai menangis jugak la aku time tu.

terus suami ajak pi sepital tapi aku relaks lagi cakap 'nak kencing jap la". tapi kuar toilet boleh baring nak tido. bile contraction serang. nangis. hahaha.

"dah. jom pegi hospital la sayang" ajakan suami aku yang kali keberapa entah.

akhirnya aku setuju tapi minta nak mandi dulu sebab badan melekit berpeluh tahan contraction selang 5 minit tu.

4.00am - sampai hospital lepas badan dah bersih. sampai-sampai sakit memang makin kerap tapi aku acah-acah bertabah tahan takmo nangis depan orang. hehe.

macam biasa la bila sampai dewan bersalin ni. doktor akan suruh tuko uniform puteri islam yang kaler pink free size tu. pastu die akan check bukaan dan pasang CTG untuk check degup jantung baby. oh! kene timbang dulu. berat terakhir sebelum baby kuar adalah 62.2 kg. fuuuuuh 12 kilo naik berat kau pijaaaaaah.

mase ni doktor kata bukaan dah 6cm. terkujat jugak aku. pastu CTG baby kemain kencang. haha. last-last tak sempat habis pusingan pertama CTG, aku dah kene transfer ke bilik bersalin persendirian sebab nurse kata contraction kuat sangat ni.

4.30am - anggaran waktu sebab aku perasan kat jam dinding dalam bilik bersalin tu tapi sebab contraction kuat. tak bape ingat lah pulak.

mase ni doktor pasang CTG lagi. pastu check bukaan lagi. dah 7cm. begitu cepaaat. tetibe doktor pecahkah air ketuban untuk cepat bersalin.

aku terus mintak suami aku masuk. bile air ketuban dah pecah. die punye sakit contraction lagi PADU wehhh. abis aku genggam tangan suami siap pakej pusingkan tangan die. nasib baik tak patah. lagi haru hampir-hampir jugak aku gigit tangan die. nasib baik suami cecepat cakap 'haaaaa jangan gigit". maka selamat la tangan itu. hehe

jadi aku gigit baju die pulak sebab nak tahan sakit. die punye PADU sakit tu memang menangis aku cakap "Allah. sakitt. sakitt". syukur suami ade. die urut sambil mulut tak berhenti mendoakan aku.

ade la few times doktor datang tanya "ade rase nak teran ke?" 

aku pun selamba jawab dengan sakit contraction kuat dan macam lalok sebab sakit PADU betul tu "kadang-kadang tu ade".  padahal tiap kali contraction kuat serang tu aku teran je. cumenye aku dalam keadaan mengiring tahan sakit.

last-last ade nurse datang tengok CTG macam tak cantik. die suruh aku baring dan angkat kaki untuk tengok bukaan. relaks je aku jawab 'tak bole angkat kaki" sebab memang tak boleh pun. kaki jammed contraction. hehe.

nurse sangat polite siap tolong angkatkan dan pappp die rase kepala anak dah memang nak kua. terus die suruh pose meneran dan teran je.

mashaAllah rezeki aku agaknya. nurse yang sambut tu sangat la baik. encourage giler.

"okay awak teran. mashaAllah sayang. awak pandai sangat."

"lagi sayang. kepala anak dah keluar ni"

"okay teran kuat lagi. kita nak keluarkan bahu anak ni"

"ya Allah sayang, pandai awak teran"

5.27am - dan PLUPPP baby selamat keluar dengan 5 kali teran. ALHAMDULILLAH SERONOKNYA *buat gaya omar hana punye trademark*

"waktu kelahiran 5.27am" nurse tu bagitau pada semua penghuni bilik bersalin nombor 5. hehe.

die angkat baby letak kat dada untuk skin to skin. tapi sebelum tu die tanya "baby apa?"

"perempuan" jawab aku sambil kesat air mata sebab penat ke terharu ke sakit ke. aku tak pasti.

"okay ayah, boleh amik wudhu dekat bilik air tu dan keluar dekat pintu no 5 ye ayah nanti. kalau pintu no lain nanti ayah pengsan pulak. hehe"

sempat nurse bergurau bile suruh suami pi amik wudhu tu.

selesai amik wudhu. suami azankan dan iqamatkan baby. pastu suami kene pegi amik beg hospital aku dengan baby dan die kene balik uma. kang datang balik mase waktu melawat.

6.10am - diberi makan biskut 2 keping dan milo secawan. panas melecur bibir minum milo. huhu. pastu nak tido tak selesa sebab katil tinggi kat kepala. rase kejang pinggang. nasib baik ade nurse masuk nak amik cawan milo tu. terus suruh die rendahkan katil.

pastu layan tido la kejap. rase tak berdengkur. hehe

7.15am - tengah layan tido tetibe ade doktor tegur kejut aku untuk check darah beku bagai la semua tu. mase ni baby pun aku tak dapat jumpe lagi lepas bersalin tu.

tapi doktor dah siap-siap amik baby letak kat katil yang akan ditolak masuk ke wad. dapat tengok dari jauh je mase tu.

8.50am - akhirnya ditolak masuk ke wad. mase ni wad ramai orang sebab nurse kata ramai orang bersalin harini.

dan tetibe aku dapat bilik sendiri yang ade toilet sebab nak menyelit kat ruang wad open dah tak muat. alhamdulillah. hehe. rezeki anak.



lepas masuk bilik dan siap salin dan kemas itu ini. aku layan tido sementara #babyAH tido. die punye PADU layan tido. asyuk kejap je. tetibe nurse masuk die lajukan drip air untuk kecutkan rahim pastu suruh pegi bilik prosedur. sebab die kate aku dah boleh balik. aku ikutkan aje walaupun #babyAH tak poopoo lagi.

12.45pm - ayah aku tetibe je tersembul masuk bilik. die datang melawat kejap. hantar kurma dan madu.

1.00pm - suami dengan kak sofia dengan adik aku pun sampai. tak reti duk diam kak sofia ni. die panjat katil. die lompat-lompat atas katil. ape die tak nampak ke ummi die tengah kesakitan lagi. die selambe je buat macam umah die. nasib baik dalam bilik sendiri. kalau wad open tadi. mau haru jugak melayan.

1.15pm - ibu dan dua ketul adik aku pulak sampai. baru balik sekolah. lagi haru suasana bilik. menjerit sane sini. lagi sekali. kak sofia lupe tu bukan umah die.

2.10pm - depa sume balik sebab waktu melawat dah abis. aku pun nak sambung relaks kononnya. buatla air nestum satu cawan. tetibe nurse masuk tanye suami ade datang tak. aku cakap la die baru je balik. nurse suruh panggil balik sebab aku dah bole kuar wad. nurse siap dah bawak bil.

terus la aku call suami dengan adik aku suruh naik balik amik beg dan bayo bil hospital. sambil-sambil tu aku salin baju nak balik dan sambung minum nestum yang tadi tergendala tu.

selesai suami bayo bil. terus la boleh kua wad. kejap je masuk wad tu. dah kene kua sebab orang ramai plus aku takde masalah lain. baby pun dah berak sebelum tu.

sampai umah aku sambung tido sebab baby tido lagi.

okay sekarang aku pun nak tido. kang esok aku sambung menaip. tu pun kalau rajin dan sempat. babai

notakakiku : jangan maraaaaah naaaaaa. kronologi ni pendek. dah abis pun. haha

No comments:

Post a Comment