♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Sunday, April 14, 2019

Happy Birthday!

Assalamualaikum. Hi.

istimewa untuk anaknda dan kekanda yang menyambut hari lahir pada 12 April.

Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama untuk anakndaku, Aileen Husna.
Selamat ulangtahun kelahiran pertambahan usia setahun lagi untuk kekandaku, Mohd Azwan.

mase dah nak dekat² tarikh birthday husna ni, mula la sindrom typical mak² nak flashback moment saat nak bersalin tu. "oh masa ni la baby dah start sekian sekian yada yada" "oh mase ni dah masuk labour room tengah contraction kuat yada yada"

typical

macam tu jugak aku. hahahaha. typical kan.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
untuk anaknda Aileen Husna Binti Mohd Azwan


mase ni Aileen Husna dengan ummi dah masuk wad.

mase ni tengah famous lagu dato' siti nurhaliza. comel pipi merah ting ting tang ting. ummi kenan dapat la seketul husna putih² melati.

bila kakak dapat pegang adik. seronok taknak bagi letak bawah.

orang paling seronok bila dapat adik mestilah kakak Sofia Amani. die dah tahu die ade kawan bermain. die punye teruja tu sampai tahap obses. kejap² minta nak dukung adik. kalau boleh tido pun nak dengan adik. die akan sentiasa check adik mesti ade depan mata.



kalau boleh setiap malam kak sofia nak nyanyikan lagu untuk tidokan adik.
ni mood die tetibe suruh baca al-fatihah untuk adik.

kadang kakak punye teruja dodoikan husna. sampai die pun nak tido dengan adik dalam babycot. tak sedar tido lasak sepak orang.

tempoh berpantang dengan husna ni ade mase memang mencabar. part tidokan memang ummi boleh stress. husna tido tak guna buai. dodoi atau susukan sampai tertido. bile dodoi tu kadang kat bahu dah tido. bile letak dekat babycot / tilam. mata celik pastu nangis. ummi dah la tak larat nak dukung sentiasa.

tapi tido malam husna berbeza dengan kak sofia. kalau kakak dulu. kejap² bangun menyusu setiap sejam sekali. husna pulak kalau dah tido start pukul 12 malam memang lena sampai pukul 4 pagi. lama sikit ummi rehat.


umur 3 hari ayah dah botakkan husna dengan bantuan nenek

comel pipi merah

elok mase umur husna 40 hari, pipi husna mula naik ruam² merah halus. mula² nampak biase sebab tu ummi ingat ruam susu macam typical baby. tapi makin lama makin pekat merah makin kasar ruamnya. ummi gelabah jugak tapi acah² relaks. ruam ni banyak dekat pipi, pelipat tangan dan kaki. paling ketara dekat pipi.

lepastu mase check up husna, doktor sahkan husna ekzema. ummi macam oh okay. jadi mula la episod extra care untuk husna. terus tukar mandian dan lotion² khas untuk ekzema. ilmu baru untuk ummi jugak tentang ekzema ni. doktor ada bagitau yang ekzema ni bergantung pada budak. ada yang kecik kene. dah beso die okay. ade yang on off. ada yang sepanjang hayat. persekitaran main peranan penting.

bila gatal, husna suka garu sampai luka macam ni.

bukan setakat ekzema je. kepala husna pun penuh kerak. tiap 2 hari sekali ummi akan bersihkan kerak tu. bergantung pada tahap banyaknye atau tebalnye kerak tu.

ummi amik juga pendekatan untuk pergi skin specialist sebagai rujukan. doktor pun ade bagi nasihat dan panduan penjagaan budak ekzema ni. lotion² pun ade dibekalkan untuk husna.


rabbit pipi merah

kakak memang suke tertido peluk adik

dulu husna ade trompet sebab pengasuh die minta bekalkan. ikut ummi, tak perlu pun. tapi memang husna tak suke. tak lama pun die dengan trompet tu. bila tukar pengasuh. trompet pun tinggal sejarah. huhu.

sampai sekarang masih ada habit yang sama dedua ni.

suke senyum

husna ni beza dengan kakak die sebab suke senyum. kakak dulu kalau nak tengok die senyum memang mahal. tapi dedua ni jenis lasak dan potpetpotpet. makkauhijau bile dedua bergabung.

kakak kata ni inai.

ummi tahu la husna ni ibarat kain putih yang perlu dicorakkan tapi tolong la lukis corak yang lebih ceria. tapi nasib baik jugak kak sofia tak conteng dengan permanent marker. ummi dah boleh bayang degup jantung ummi macam mane.

semua orang cakap. dedua ni muke ayah. tak kisah la. 
dedua pun lahir bulan sama dengan ayah kan. amikla cetakan ayah.


perjalanan husna untuk sampai ke usia setahun ni memang mencabar sebab husna kerap demam, selsema, batuk. kadang tiga sakit ni datang serentak atau berturutan. biasela dengan keadaan cuaca tambah pulak peralihan usia budak. kadang tu sebab nak tumbuh gigi.

ade satu tahap tu ummi sampai berada dalam keadaan stress sebab mase tu kebetulan ummi dapat supervisor yang tak supportive. selalu je ummi kene perli atau mara bile kerap cuti. mase cuti pun selalu diganggu untuk submit itu ini.

tapi lama² ummi dah lali. umi rase ade baiknya ummi bertenang jaga anak dekat rumah. stress tempat keje, tinggal je dekat office tu.

chicken pox

husna kene chicken pox mase umur die 10 bulan. ruam² start naik lepas ummi bawak husna dengan kak sofia mandi pantai. mase tu ummi bagi la kebebasan pada husna untuk rase pasir pantai. esoknya terus ruam naik banyak. mula ingat ruam sebab kesan alergik. tapi bile ruam dah mula berair, terus bawak pergi klinik. terus doktor kata memang chicken pox. dulu kak sofia pun kene chicken pox mase umur setahun lebih.

semua dah merasa chicken pox. ayah je belum merasa lagi.

baju boleh sedondon

lame dah ummi nak rase belikan baju anak sedondon ni. seronok je tengok kalau pakai baju pesen yang same.

genap usia 1 tahun ni. Aileen Husna dah ada 6 batang gigi dan baru belajar buka langkah untuk berjalan. semoga Allah merahmati setiap perjalanan hidup Aileen Husna Binti Mohd Azwan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tak banyak nak tulis pun untuk entry khas anak ni sebenarnya. hehe.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
untuk kekandaku Mohd Azwan Bin Abdullah

gambar campak belakang mase mula² kenal.

semoga abang terinspirasi dengan gambar campak belakang ni. hahaha. saya takde ucapan madah panjang berjela untuk abang. semoga dengan pertambahan setahun lagi usia ini akan membuat abang lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.

terima kasih untuk semua kudrat, kasih sayang, perhatian yang diberikan.


gambar terkini 12 April babies

birthday kalini, adik aku belanja makan dekat kedai Shellout Kluang & Western Food ni. kebetulan semua adik beradik ada. memang penuh jugak kedai bile semua sekali ada. 

ini kali kedua repeat makan kat kedai ni. sedap dan murah. puas hati untuk tekak kami satu familia. cuma cuma cuma tak sempat amik gambar bersama sebab semua pelahap makan lepastu anak² dah mula panas punggung tak boleh duduk dekat kerusi masing².

terima kasih pada yang belanja. moga Allah murahkan rezeki hang sekeluarga.

notakakiku: nanti sambung entry makan kek mase birthday kak sofia pulak.

No comments:

Post a Comment