♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Monday, August 29, 2011

Small gathering with old old old old friends.

wah! betol ke hari ni last puase.?? adek aku yang sorang ni dah duk sebok tanye je. betul ke hari ni last puase. esok raye. kejap je kan ramadhan tahun ni. 

semalam aku dengan beberape ketul kawan aku pi berbuka sesame. mende ni pun plan simple2 je. yela. nak invite semua pastu buat grand2 mane nak mampu. lagipun memasing busy with their own commitment. setakat mane yang ade je semalam. walaupun sikit tapi meriah.

dalam pukul 6.30 petang tu kitorang kumpul dulu untuk decide tempat makan sebab tempat awal yang kitorang pick tu tak buka pulak. dah cuti raye kot diorang tu. tapi naseb baek dapat tempat jugak. yang sedihnye dapat makan pukul 8.30 malam. so, kitorang berbuka simple dulu. nak save perut untuk melantak pukul 8.30 nanti.

muke lapo kami sebelum makanan sampai. kate 8.30! tapi kul 9 pun belum dapat makan taw! stress aku. -.-"

okeyh! sekarang air dah sampai. memang sesuai ko ekin pakai baju ni. macam tau2 je kite minum air ape. eleh. shomel lettew. :)

    pelahap dah mai dah. :P

kosong isi2 atas meja. kenyang kan kengkawan. :)

 adek badek comel kat meja makan. haha :)


lepas makan dan selesai segala ape nak buat. kitorang lepak2 tasik. saje sembang2. buang mase. haha. aku ajak diorang maen galah panjang / belon acah. tapi diorang tak mau. ishh. tempat tu lapang. kan seronok kalau kite buat aktiviti riadah lepas makan.

jejaka2 tangga. +.+" 

ye! obvious aku yang paling excited. -.-"

duk pikir anak bini makan ape kat uma sebab die duk sebok huhahuha kat luar dengan kengkawan. duet raye pulak nak bagi bape hengget sorang. kesian. :P

alah abg NEO. ape senyum camtu. -.-"

teka! kitorang tengok ape??
*aku pun tak ingat kitorang tgk ape* -.-"

5 bunga yang comel2. :)

start dari kiri atas. baju putih tu sailesh. sebelah die tu yan. budak pelahap. si baju biru yang seksi tayang perut tu wan. baju kuning putih ni surend. drebar yang paling extrem. kecut tali pusat duk dalam kete tu bang oi. yang comel2 tengah tu akmal. muke nak siyes! last sekali tu setan terlepas awal bulan pose ni. nak raye dah. ttu yang die excited. shidi name die. 
yang ni abang NEO pemalu. meooow. name die nizam / asam. :)
nak stock asam2 yang sedap. kol la die. ni no die. 1-300-88-2525. :P

dari atas jugak. yang baju pink tu ekin. sebelah die kila. budak2 shomel tu. ce tengok pipi diorang. hehe. sebelah tu tudung wanewani tu syida si lesung pipit. yang baju merah ni jangan tanye. kite skip je. budak sengih tak hengat tu yang rambut rebonding tu name die ana. 

kapel comel. muke korang same bile tengok lelame. jangan pikir aku duk tenung gambo korang pulak ea.


ah! mase untuk balek. kejap je dapat jumpe. rase tak puas nak lepak sesame camni lagi. entah bile baru dapat kumpul reramai nanti. pernah dengar kan. ex-boypren, ex-girlpren, ex-roomate, ex-classmate. tapi takde lagi ex-kawan. :)
nota kakiku :: pada kengkawan yang tak dapat join tu. next event kalau buat grand2. sile la spend some time untuk gathering camni. susah nak dapat moment lepak sesame ni. semoga kite dipanjangkan umo untuk berjumpe lagi. *touching* 

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN. 

Saturday, August 27, 2011

Ade 3 mood berbeza kini.

aku tak pasti lah kalau korang sume rase ape yang aku rase ni. sekarang ni dah ramadhan ke-27. kejap ke kan rasenye ramadhan tahun ni. beberapa hari je lagi dah nak sambut raya. semua orang sebuk nak sambut raye.

kat sini aku nak kongsi lah mood aku yang kembar tiga ni.
okeyh. yang ni mood sulung. mood excited nak raya. memang excited sangat sebab tahun ni aku dapat buat segala persiapan dengan family. shopping dengan ibu sambil gosip2. seronok!

yang ni no.2. mood patriotik nak sambut merdeka. rase bebas Malaysia dari jajahan. walaupun setiap tahun aku tengok care rakyat Malaysia sekarang sambut sangat 'merdeka'! tapi aku tetap bangga kerana masih bertuah hidup senang di Malaysia. 

dan yang ni mood bongsu aku. rase sedih nak tinggalkan bulan mulia ni. masih belum cukup sempurna amalan ketika berada di bulan ini. kejap je dah nak pergi ramadhan. 

untuk itu aku harus layan sama rata tiga2 mood aku ni. jadi aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua umat Islam seluruh negara. maaf zahir batin dari diri ini. juga SELAMAT HARI MERDEKA yang ke-54 tahun. sambutlah dengan sederhana. tak payah meriah sangat sampai lupa diri. dan akhir sekali. SELAMAT TINGGAL RAMADHAN. semoga kita dipertemukan lagi untuk tahun2 akan datang.

HARAM menikahi gadis satu kampung.

sile bertenang ye sebelum bace. bagi yang dah terlanjur tu. APA NAK BUAT.

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara pemimpin, JAKIM dan ahli2 ulama' bersetuju dan memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober 2003 :

"HARAM HUKUMNYA BAGI SESEORANG MUSLIM LAKI2 UNTUK MENIKAHI GADIS SEKAMPUNG"

fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontranye.

bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru.


wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan mendalam sebab2 mengapa JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian.


inilah isi wawancara tersebut :

wartawan : bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?

pegawai kanan : bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita saja sudah berat, apalagi satu kampung.. !

jangan marah2. nanti kene jual :)

Punca susah

antara perkara2 yang berhubung kait dengan kesusahan seseorang :

1) tidak sembahyang atau solat.
2) tidak membaca Bismillah ketika makan.
3) makan atas pinggan yang terbalik.
4) memakai kasut atau sandal dimulakan dengan kaki kiri.
5) menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6) berwudu' di tempat membuang air besar atau air kecil.
7) suka bersandar pada pintu rumah.
8) suka duduk diatas tangga.
9) membiasakan mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10) membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11) tidak membersihkan rumah.
12) membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13) suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14) suka tidur di atas muka.
15) membakar kulit bawang.
16) menjahit baju yang sedang dipakai.
17) mengelap muka dengan baju.
18) berdiri sambil bercekak pinggang.
19) tidur tidak memakai baju.
20) makan sebelum mandi hadas.
21) pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
22) tergesa2 keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
23) lambat pulang dari masjid.
24) doakan perkara tidak baik terhadap ibu bapa & anak2.
25) kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan.
26) suka memadam pelita dengan nafas.
27) membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28) membasuh kaki dengan tangan kanan.
29) membuang air kecil pada air yang mengalir.
30) memakai seluar sambil berdiri.
31) memakai sarban sambil duduk.
32) mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33) makan dengan menggunakan dua jari.
34) berjalan di antara kambing.
35) berjalan di antara 2 perempuan.
36) suka mempermainkan janggut.
37) suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38) meletakkan tapak tangan pada hidung.
39) suka menggigit kuku.
40) mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41) mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42) menguap ketika solat.
43) meludah di tempat membuang air besar atau air kecil.


p/s : jadi nampak kan. berapa banyak kebetulan yang kerap korang lakukan tanpa korang sedari. terima kaseh kawanku untuk info ini. :)

Friday, August 26, 2011

Langkah2 elakkan pencuri masuk ke rumah kita ketika kita balik kampung berhari raya.

tulis dekat papan pastu gantung dekat depan uma ayat ni :


1) "RUMAH UNTUK DISEWA / DIJUAL"... atau


2) "RUMAH UNTUK DILELONG"... atau


3) "RUMAH INI TELAH DISITA"... atau


4) "RUMAH INI BERHANTU"..


selamat pulang ke kampung. :)

Thursday, August 25, 2011

Sape punye keje la ni.

hari tu aku ade pi bank nak kuarkan duet untuk bayo duet sewa uma. dah sampai uma aku pun kira la balek duet tu. kot tersalah nilai ke kan. 


tetibe aku nampak tulisan ni. eyh! ape ke hal pulak ni. aku tak tau la ni nak refer pada surah yassin or name orang tu yasin. yela kot die nak bagitahu. ni duet die. die bank in dalam bank. alahai! naseb baek tulis pakai pensil. senang nak padam. macam2 hal.

Wednesday, August 24, 2011

Rabu Kedu #14

untuk 18 tahun dan ke atas. :)

Maksud Wordless Wednesday: Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan.

Tuesday, August 23, 2011

Jom geletek otak.

okeyh! game ni memang takde kene mengene dengan geletek otak korang. cukup lah untuk hiburkan hati korang. hehe. 

[pilih bulan kelahiran anda]

Januari - aku cinta
Februari - aku gigit
Mac - aku belasah
April - aku peluk
Mei - aku terhantuk
Jun - aku terkentut depan
Julai - aku menari dengan
Ogos - aku pergi dating dengan
September - aku lambai dekat
Oktober - aku muntah depan
November - aku jerit dekat
Disember - aku terlanggar


[pilih nombor hari lahir anda]


1. Mak aku
2. Komputer aku
3. Liverpool
4. Garfield
5. Musuh dalam selimut aku
6. Gangster
7. Handphone aku
8. Gerrard
9. Pemandu bas
10. Semut
11. Kawan baik aku
12. Polis
13. Taik kucing
14. Patung barbie
15. Lee Chong Wei
16. Mak mertua aku
17. Mak tiri aku
18. Girlfriend / Boyfriend aku
19. Makcik kantin
20. Sharifah Amani
21. Upin ipin
22. Siti Nurhaliza
23. Spongebob
24. Cristiano Ronaldo
25. Bapuk / Maknyah
26. Kawan aku 
27. Akademi Fantasia
28. Jiran aku
29. Orang gila
30. Taylor Swift
31. Awek cun / pakwe ensem


[pilih kaler kegemaran anda]


Putih - sebab aku perasan cantik / hensem
Hitam - sebab aku gila
Pink - sebab aku suka single
Merah - sebab mak aku suruh
Biru - sebab aku tak tahan
Hijau - sebab aku baik hati
Ungu - sebab aku cemburu
Kelabu - sebab bomoh suruh
Kuning - sebab suka hati aku lah
Oren - sebab aku baru putus cinta
Coklat - sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - sebab aku pikir aku hebat


sekarang korang sambungkan sendiri. tau kan game ni camne. jangan nak auta pulak! selamat bergumbira :)

kredit : adek aku  +.+

Sorry boss. mood saye dah down abes ni.

waaah! tinggal bape hari je lagi dah nak raye kan. rase cam kejap pulak. bile dah nak raye. bermakna dah nak bermula lah musim belajar aku. dah nak naek sem la pulak. ish!

dan ini jugak menandakan khidmat aku kat tempat keje ni pun dah nak tamat. kurang dari seminggu je dari hari ni. alahai. 

dan oleh sebab keje pun dah kurang time2 camni. maka aku pun jadi pemalas lah hendaknye. haha. dah macam2 mende aku buat bile datang keje ni. layan muvee lah. download itu ini lah. bos datang je buat2 rajin. berlakon! plastik betol. haish. 


ini pulak aktiviti terbaru aku. maen game. game ni dah lame dah dalam lappy. pulak game feveret aku lepas game plants vs zombie tu. aku tak reti sangat maen game advance2 sangat macam angry birds tu. takat game sengal2 ni pun ok lah kan. boleh maen bile2 mase je game ni. 
 
 
bagus! time pose maen game masak2. haha. giler tergugat jugak iman aku walaupun cume kartun je ni. bape banyak air liur aku telan. hadoi.

game ni banyak peringkat masakan. banyak list nak buat macam2 jenis makanan. pastu ade exam pulak. yang paling best bile tengok sume dapat A+. huh! kalau exam camni. dah dekan dah ni. haha. 

p/s :: jadi boss! saye dengan ini mintak maaf sangat2 bile saye jadi sangat pemalas sekarang ni. mood keje saye dah down abes dah ni. memang niat keje dah kurang sikit. saye nak duet raye je ni. haha. SELAMAT HARI RAYA boss. :) 

Monday, August 22, 2011

Kenape aku suka makan pisang.

ade orang tanye aku. kenape aku suke makan pisang. orang cakap pisang ni untuk lawas perut. ade cakap untuk kurus. so, ape2 jela kan. 

5 sebab aku suke makan pisang:

1) sebab pisang ni sedap.

2) pisang sangat sedap. haha :P

3) pisang ni bagus untuk badan.

4) alamat aku pun berasaskan pisang. Jalan Pisang Raja Udang. ye! raja pada udang2 sekalian. hakhak.

5) ayah aku suke tanam pisang. so, kitorang dengan pisang dah sebati gitu. :)

ha! sekian terime kaseh. jangan tanye lagi. penat aku nak jawab.~

eyh! upppsssss. +.+"

Syaitan

jangan dengar cakap syaitan:

1) saat anda membawa Al-Quran, syaitan biase2 je. tengok saje.

2) saat anda membukanya, syaitan mulai curiga.

3) saat anda membacanya, ia mula resah gelisah.

4) saat anda memahaminya, ia kekejangan.

5) saat anda mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian, ia stroke.


dan yang ini anda pikirlah sendiri.

: saat anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. syaitan kata " jangan SEBARKAN kerana ia tak penting langsung".

sebarkan dan jangan dengar cakap syaitan. renung2 kan dan selamat beramal. :) 

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #13

 Maksud Wordless Wednesday: Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan.

Friday, August 12, 2011

Kisah bazar dan 15 minit.

macam biase lah. sebagai kakak sulung ( walaupun anak no 2. sebab yang first tu abang ). aku ditugaskan sekali lagi membawa adek2 aku pi beli baju raya. fiuhh! bukan senang nak buat keje yang nampak senang ni.

kebetulan pulak hari ni aku tak sehat sangat. demam + badan sengal + sakit kepala. tapi oleh sebab dah janji nak pi bawak diorang hari ni. aku gagahkan jugak. aku pi dengan 4 orang adek aku. 

kitorang pi bazar terus untuk cari baju raya. kalau pi siang orang tak ramai. tak payah nak gesel2 dengan orang. takdelah jadi kes teraba sana teraba sini. @_@"

kalau dah gayanye pun bawak budak kicik umo 3 tahun yang superduperyuper aktifnye. korang boleh bayangkan lah betapa penatnye hari kami ni. nak tengok sane sini pun tak sempat. budak kecik mane suke duduk satu tempat lelame kan. 

last2 budak kicik ni ilang kat bazar. ingat kan die ilang area2 kedai kitorang duk belek baju tu. tup2 dah sampai ujung jalan. terus aku stress. ilang mood nak shopping sebab adek aku careless! tak prihatin. aku suruh jage. die boleh selambe biokan je. naseb baek siang. senang lagi nak nampak kalau ilang.

sebab mood nak beli baju dah down. aku pun pi la ajak diorang pi beli kasut. lagi sekali! budak kicik ni ilang. haduh! bertape stressnye aku time ni. dalam mase 15 minit lepas kes 1. aku dapat rasekan muke aku siyes pucat time ni. dalam pale otak pikir budak ni kene culik ni. giler!!

oleh sebab deria dalaman aku kuat untuk cari kat area aku parking kete. dengan izinNya. jumpe jugak budak kicik ni. die tengah duk atas bonet kete dengan ditemani sorang mamat ni. time ni tak pikir malu ke hape. bersyukur sangat dapat jumpe balek. mamat tu cakap die duk kat tepi jalan. naseb baek die tahu kete die yang mane. time ni dah fedap abes. terus aku nak balek. malas nak stress2 lagi.

dan yang bagusye. hanya baju die sorang je last2 aku beli. dari kul 4 sampai kul 6. itu je yang kitorang dapat beli. aku serik nak bawak budak kecik ni lagi.

dulu akak die ni ilang jugak kat bazar. tapi waktu malam. time tu aku dengan ibu aku tengah sebuk belek baju. tup2 ade orang buat announcement pasal budak ilang pakai baju sekian sekian dan sekian. terus aku pi kat booth announcement tu. dah la booth astro. ramai orang. malu la siot! dan sekarang adek die pulak ikut jejak langkah kakak die. warghhhh~

nasihat aku untuk korang2 yang ade adek superduperyuper aktif macam ni. better keep ur eyes on them. jangan lepas pandang. nanti menyesal seumur hidup. naseb baek aku menyesal setengah jam je sebab jumpe balek. :) 

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday # 12

kasih sayang :P

 Maksud Wordless Wednesday: Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan.

Thursday, August 4, 2011

Aku buat keje giler ketika memandu di highway.

hari ni aku kene pi jpj kat jay bee. macam biase lah rutin keje aku setiap hari khamis ni. pagi2 dah kene pi jay bee. urusan ape? mestilah urusan keje kan. haha.

dah setel keje dalam kul 12 something. aku pun blah la nak balek opis kan. dari jpj tu dah ujan yang amat lebat. siyes punye lebat. siap ade kilat. dah la aku bawak kete sengsorang. memang cuak siot.

inilah keje gilernye. sedang ujan begitu lebat mencurah2. sambil aku syok tekan minyak menjadikan meter tu pun mencanak2 naek. dan hanya menggunakan sebelah tangan je untuk pegang stereng kerana sebelah lagi aku duk sebok nak tangkap gambo. ye. sedang tangkap gambo. ah! ini memang keje giler aku. 

dah la bawak laju. pastu jalan licin. boleh pulak aku maen tangkap2 gambo kan. ini sume sebab aku dah bosan bawak kete sorang2. plus time ujan kan. mestilah aku mengantuk giler. maka, buat lah keje yang tak bape siuman ni.

ujan memang sangat lebat time ni. sampai aku terpaksa kurangkan speed jadi 80km je. giler baek bawak 80km kat highway. tension gak aku time ni sebab air tempias kete depan kuat sangat. dah nak kene gune wiper volume paling kuat. kalau tak memang buta lah mate aku. -.-"
 
 boleh maintain lagi time ni.

makin lame ujan makin lebat. ohhhh. time ni aku dah mule rindu bantal busuk aku. alangkah indahnye kalau kitorang dapat bermanje2 time ujan lebat dan sejuk ni. paling mengarut bile perut aku asyek bunyi kreuk2 je. ah! fedap aku. kuat pulak tu. kene pulak perut banyak angin. dah aku asyek sendawa je. macam kenyang baru lepas makan. ni sume econ punye pasal.
 
meter dah naek. masih ikut peraturan speed highway kan. :)

  potong lori sambil tagkap gambo dengan speed 110km. haha. giler!

tetibe dah sampai machap tu jalan jem pulak. ingat ade roadblock. giler mende ujan2 lebat buat roadblock. haishh. rupenye ade eksiden. lori ni pi langgar pokok2 kat tepi jalan tu. kesian pokok tu. 
ha! bas ni memang aku tak puas hati. bayangkan aku bawak 110km kat lorong kiri. bas ni boleh motong aku dengan lajunye kat lorong kanan. bape puluhratus die bawak ni ha?! patut lah ramai mampus kalau naek bas. drebar bas takde sivik langsung! 

lalalalala. bahagianya bile nampak exit 244 tu. yeay!! sudah sampai. maintain ujan sampai opis. memang sejuk. plus perut kreuk2. mate pulak melampau2 ngantoknye. =.="

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday # 11

Maksud Wordless Wednesday: Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2 penjelasan.

Tuesday, August 2, 2011

Aku ade masalah dengan mende ni

tiap kali nak masak je kene kupas bawang. potong2. cincang2. pastu tumis pulak. mende ni lah yang aku paling lemau nak buat. bukan malas tapi sebab ketidakcintakan bawang tu.

aku cukup allergic dengan mende ni. bukan tak boleh pegang langsung. kang sampai sudah aku tak boleh nak test masak menu sendiri pulak. 

aku tiap kali pegang je bawang ni. okey lagi. tapi bile dah start kopek sikit kulitnye. mule lah air mate aku berguguran. tu baru kupas sikit. belum aku potong lagi. dah macam tengok drama korea pulak. nanges2. gembeng lah siot.

selalunye bile esok nak raye lah aku paling risau. sebabnye bile sampai part nak buat rendang + kuah lodeh. akan adelah part nak kene kupas2 bawang yang begitu banyaknye. 

dan oleh sebab family aku ade 11 orang semuanye. maka kuantiti nak kupas bawang pastu nak potong2 pulak. memang lah banyaknye.
baik bawang beso ke bawang kecik. dua2 bawang merah ni memang tak ngam dengan aku. naseb baek dengan bawang putih aku takde masalah. orang tua2 cakap mate kite jadi pedih sebab bau bawang ni. so, tiap kali nak kupas bawang takkan nak tahan nafas kot.

pernah sekali aku letak sebesen air kat sebelah aku mase kupas bawang ni. ibu aku cakap kalau mate pedih rendam muke dalam air. amek! sampai lencun aku. tu baru kupas bawang dah basah lencun. alahai. -.-"

dan sempena Ramadhan ni. masih tak lambat lagi aku nak ucap selamat menyambut ramadhan untuk saudara muslimku. moga bulan ni ibadah kita diterimaNya. perbanyakkan ibadah dan kekalkan kalau boleh. :)