aku cukup allergic dengan mende ni. bukan tak boleh pegang langsung. kang sampai sudah aku tak boleh nak test masak menu sendiri pulak.
aku tiap kali pegang je bawang ni. okey lagi. tapi bile dah start kopek sikit kulitnye. mule lah air mate aku berguguran. tu baru kupas sikit. belum aku potong lagi. dah macam tengok drama korea pulak. nanges2. gembeng lah siot.
selalunye bile esok nak raye lah aku paling risau. sebabnye bile sampai part nak buat rendang + kuah lodeh. akan adelah part nak kene kupas2 bawang yang begitu banyaknye.
dan oleh sebab family aku ade 11 orang semuanye. maka kuantiti nak kupas bawang pastu nak potong2 pulak. memang lah banyaknye.
baik bawang beso ke bawang kecik. dua2 bawang merah ni memang tak ngam dengan aku. naseb baek dengan bawang putih aku takde masalah. orang tua2 cakap mate kite jadi pedih sebab bau bawang ni. so, tiap kali nak kupas bawang takkan nak tahan nafas kot.
pernah sekali aku letak sebesen air kat sebelah aku mase kupas bawang ni. ibu aku cakap kalau mate pedih rendam muke dalam air. amek! sampai lencun aku. tu baru kupas bawang dah basah lencun. alahai. -.-"
dan sempena Ramadhan ni. masih tak lambat lagi aku nak ucap selamat menyambut ramadhan untuk saudara muslimku. moga bulan ni ibadah kita diterimaNya. perbanyakkan ibadah dan kekalkan kalau boleh. :)
No comments:
Post a Comment