♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Friday, January 27, 2012

Bangun pagi untuk melangok sampai petang kat situ

arini tak boleh nak bangun lelambat lagi sebab pepagi ibu dah kejut ajak pi Pejabat Pendaftaran. nak suruh buat ic baru. alahai! lemau betul la. dalam pale otak dah agak mesti ramai makhluk yang spesis manusia kat situ. memang betul pun! berduyun2 mahkluk. rimas aku! so, aku pi amek nombor dulu la. nak sampai kat tempat nombor pun jem. rasenye sempat kalau aku bekpes time tunggu nak pi amek nombor. hurr.

lepas decided tengok ramai sangat. aku suruh ibu pi petang after solat jumaat. memang semangat betul sebab sampai2 je. pintu pun belum bukak tapi mahkluk dah ramai. ni baru kat lua. rimas!

  warga yang bersemangat tuh. panas. panas.

 pindah masuk dalam. kat lua panas. pun ramai jugak. >.<

dengan jikah serabut perut. ic tinggal kat uma. ishh.

dengan puan ROCK. haha. cekgu rokiah kesayangan saye ni. aum. aum. aku dah tak risau nak tahu muke aku bile 40 an acane. memang aku dengan ibu satu cetak. maintain comey. tapi aku pasti EXTRA comey la. harr.

 no kitorang berderet. pastu sampai kat kaunter pun berderet 3 kaunter kami anak beranak. kahkah.paling tak blah bile aku pektis senyum dengan adek aku. haha. dengan ibu2 aku sekali aku ajak terjebak. :)

time menunggu tu aku luangkan mase mule start bace novel yang baru aku beli aritu. pastu aku ngantuk sebab bace duduk tegak. pfttt. tetibe ibu nak bace pulak. yang gambo ni ibu bajet je bace sebab die asyek selak je. ape daa. die ingat die bace komik ke?? pastu nak tengok ending je. ishh. tak adil la.

 
 
 muke bahagia kitorang lepas betapa dalam tu sampai 3 jam. :)

sebelum balek. pow ibu eskem. terime kaseh ibu. lebiusss. :)

notakakiku : entah bile baru aku boleh amek ic tu sebab pasni nak pi melaka start latihan industri. *garu kepala*

Kekartoooon kekreatif

pernah tengok katun camni kat memane tak? (paling banyak dalam pesbuk). kalau ade untunglah. kalau takde. tak untunglah. haha. aku pun kenal katun ni dari sorang membe aku ni. budak kreatif. so, banyak la idea die nak buat mende camni kan. memule die sesuke nak buat. tapi lelame aku suke. tu pasal aku suh die buat bebanyak.

  
boleh jadi cite bersiri camni. panjang lebau. 

 
 
 
 
  haa. saje aku nak upload bebanyak. sume katun ni ade citenye. 
kalau korang tak bape nak faham. abaikan je. huuu.
 
haa! yang ni. aku buat sendiri. idea ni datang time minggu exam. 
nampak?? sume pasal exam. kahkah. >.<
lukisan katun ni macam budus2 je. takde la gempak mane kan. sesuai la untuk beginner macam aku ni ha. korang pun boleh je cube. tak payah nak PROfessional sangat la pun.tapi kene online la. takleh download menaalah ni.

notakakiku : identiti pelukis asal terpaksa dirahsiakan. harhar. nak try. meh klik KEKATUNTUN ni. :)

Wednesday, January 25, 2012

Ini yang paling lame!

fiuh! hari ini hari rabu. ahaa. saje je nak bagitahu. haha. hari ni aku dengan adek pompuan aku ditinggalkan berdua je kat uma. sebab yang laen balek kampung dan dengan urusan memasing. so, aku plan nak kua pi shopping. tinggal berdua ni sonang sikit. kejap! sonang banyak nak gerak sebab takde nak bawak bebudak kicik.

oleh sebab aritu aku baru dapat baucer 1 Malaysia ni. jadi! shopping kat kedai buku jela. tanpa mengeluarkan wang sendiri. haha. *bahagia*

 
 
okeyh! normal kalau name pun gadis ayuyuyuhuii! mestila ade tetangkap gambau sendiri kan. haha. mase ni kitorang tengah kebulur abes sebab pagi lupe nak bekpes. pastu sebelum masuk kedai buku tu. kitorang makan mamaroti je. hauhau.


 
ha! nampak tu. ketekunan seorang kakak mencari buku untuk adek2 die. hadoi beb! memang susah taw nak cari buku rujukan bebudak nih. kejap nak amek buku tu. pastu tak jadi. nak amek buku ni pulak. dah macam pilih baju pulak. rambang mate seyh. rase nak nanges duk pilih buku. nak pilih buku ni kene bace content nye jugak. sampai terduduk2 aku sebab nak bace content je. penat la hai!

naseb baek aku bawak adek aku sorang ni. memang plan asal nak pi berdua pun. die la tempat aku tanye pendapat pastu gado sane sini sebab tak sependapat. buku die paling banyak sebab die paling rajin nak belajo. sebab tu kene bawak die ni. reason paling utama! senang nak buli die tolong bawak bakul angkut sume buku tu. hehe. 

aku dah tak tahu bape kali aku lalu kat rak buku yang same. sebab dah tak tahu nak beli ape. buku untuk adek2 dah setel. tinggal aku punye part pulak. masyaAllah. memang parah. sume pelosok rak buku aku masuk. tapi sampai sudah tak jumpe jugak. pastu nampak pulak kat kaunter tu beratur panjang. haa. aku pun teruskan la mencari sane sini. malas aku nak beratur pepanjang tu.

kesian kat adek aku sorang ni. duk follow aku dengan bawak bakul berat tu kehulu kehilir. haha. sori beb! :). yang tak menahannye bile adek aku suruh beli novel. tapi aku jenis susah nak layan novel. so, aku tak tahu memane novel yang best nak bace. sampaikan aku terpakse call membe aku suruh bagi opinion. haa! memacam la tajuk novel diorang bagi. serabut aku nak cari. alahai!

last2 aku beli novel paling tebal pernah aku pegang. 7 hari mencintaiku. mak aih! aku tak tahu berapa abad lagi baru boleh abes bace. bile dah beli ni. sayang pulak nak bukak sampul tu. ahaha. buku biru tu buku adek aku. The Adventure And Memoirs of Sherlock Holmes. buku paling mahal weyh! 

dah beli bebanyak tu. kitorang sempat lagi duduk kat satu sudut. pastu duk kire bape nilai sume barang tu. hehe. mane tahu terlebih ke kan. kalau kurang nak tambah lagi. dah abes kire. merayau lagi cari buku dengan bebarang yang boleh dibeli untuk adek2 pulak. susah kot nak cari bebarang untuk bebudak. benci!


(gambar hiasan :P)
lepas dah dapat total tu. kitorang pun yakin la nak pi kaunter bayo. dah tak larat + tak mampu + lapooooo time tu. tetibe mase kat kaunter tu. nilainye kurang dari yang kitorang kire. cashier suruh pi amek lagi barang untuk cukupkan. kalau tak die burn balance tu. oi! doploh tige hengget tuh. tak kan aku nak bagi burn cenggitu je. sekali lagi. kejap! bukan sekali. entah berapa kali lagi. kitorang melilau nak cari barang untuk bagi genap dueratus hengget tu. letih! -.-"

mase amek barang tu. memang kepale hotak ni ligat berkira2. haha. lepas dah yakin tu. terus pi kaunter bayo. kali ni totalnye cantek. kurang soploh sen je dari total baucer tu. fiuuuuh! selamat.
dah setel tu. kitorang pi makan. lapoo la beb. nampak muke bahagia nak makan tak?? tapi aku nampak letih. -.-. kaki lenguh. perut kreuk2. otak saket. hadoi. time makan tu. baru kitorang perasan yang kitorang dah abeskan mase 5 jam dalam kedai buku popular tu. tak pernah aku duk lelame camtu sekali kat dalam 1 kedai weyh. hurrr. dah konyang terus la kitorang balek.
tadadadadada!! ni la hasil kitorang betapa 5 jam dalam kedai buku tu. nampak sikit kan. janji puas sebab aku dah penat nak pikir beli ape lagi!! nak nanges dah.
 
 
cukup la barang ni je. yang laen nanti korang ( refer pada adek2 aku ) mintak ibu dengan ayah belikan. akak belanje korang ni je. yeay! 

 resit ini panjang. hehe. :)

untuk adek2 akak yang akan menduduki UPSR, PMR, SPM taun ni. akak, ibu, ayah, dan sume ahli keluarga, sedara mara, rerakan mendoakan korang tenang menghadapi peperiksaan ini. belajo rerajin. bagi result paling gempak nanti. ingat! sume ni demi mase depan korang jugak. akak yakin! adek2 akak mampu melakukan. doa tanpa usaha tak gune jugak ye korang. meh sini cium sikit. *nanges*
PERSERVE 
nothing worthwhile comes easy
STRIVE HARDER

notakakiku : hari ni aku seronok sebab dapat bace banyak komik free. haha. untuk korang yang rase tak tahu nak gune baucer tu. tak payah gedik2 nak jual. derma je kat aku. dapat pahala. :)

Friday, January 20, 2012

Vanila vs Coklat :)

cite terbaru kat slot lestary tv3. memule nampak macam mengarut. tah pape. tapi bile dah start tengok. gian pulak nak tengok. tengok. tengok lagi! cite ni pasal kene kawen pakse di zaman moden.


si gorgeous Izara Aishah. watak dalam cite ni gune name die sendiri. :). dalam cite ni die jadi anak pompuan yang memang pampered giler. satu keje uma yang simple pun tak boleh buat. pastu panas baran. kejap2 nak mara. -.-"

mamat comel! Aiman Hakim. die ni peserta Mentor 5 gupenye. aku punye la tak tahu kan.
die ni pulak yang macam pompuan dalam cite ni. yela. teliti abes. memang kemas la kan. pastu jenis cool je. tetibe syok tengok die dalam cite ni. lagi2 time die buat muke nakal. ah! *pengsan*

 
 
diorang ni kene kawen pakse la dengan parents diorang. zaman moden pun ade lagi macam ni. hurmm. (jangan cakap. kene batang idung kang!). diorang memang kiut2 la dalam cite ni. camne perasaan benci tu akan bertukar menjadi sayang. meooow!

notakakiku : mule berangan. *di awang-awangan*

Al-Fatihah untuk Izwan Pilus

mungkin ade yang tak kenal penyanyi ni. aku kenal arwah pun dengan lagu kembali senyum. pastu terus aku tak dengo pape news bout him. tup2 arini banyak pulak post pasal arwah dah meninggal. terbeliak bijik mate ni ha. ternganga mulut. naseb baek sempat tutup. memang sangat terkejut la.

arwah telah meninggal dunia pada jam 1815 tadi akibat demam panas. ada juga sumber menyatakan jantung arwah terkena jangkitan kuman. (tegur jika tersilap info). arwah merupakan abang kepada penyayi aril af7 tu. alaa. mesti ramai kenal la mamat ni kan. arwah meninggal dunia pada penghujung hari (Jumaat).

notakakiku : Al-Fatihah untuk arwah. salam takziah untuk seluruh keluarga arwah. innalillahiwainnailaihi raajiuun. 

Soalan bangang yang ditanya oleh orang bangang dan dijawab dengan jawapan yang mendatangkan bengang

 ********************
Situasi : Bile orang nampak anda baring tutup mata.
Soalan : Hai! tengah tido ke?
Jawapan : Eyh! tak la. aku tengah training nak mati nanti.


Situasi : Korang membawa tv yang rosak untuk dihantar ke kedai baiki.
Soalan : Nak repair tv tu ke?
Jawapan : Mane pulak! aku saje nak bawak tv aku ni jengjalan.


Situasi : Saat korang baru bangun tido.
Soalan : Weyh. dah bangun ke?
Jawapan : Aku tengah tido sambil berjalan ni.


Situasi : Membe korang call fone uma dan....
Soalan : Haluuu. ada mana??
Jawapan : Kat sini haa! dalam tasik.


Situasi : Saat korang keluar dari bilik air dan dalam keadaan basah.
Soalan : Hey! baru mandi ke?
Jawapan : Eyh! mane ade. aku jatuh dalam lobang jamban tadi!


Situasi : Korang dalam toilet dan pintu berkunci. Membe korang ketuk dan tanye...
Soalan : Ada orang tak?
Jawapan : *suara kiut* Mane ade orang! taik yang bercakap ni!
********************

notakakiku : ade lagi ke situasi beserta soalan dan jawapan yang bangang + bengang?? 

Boleh tahan la cite ni

beberapa minggu lalu. abes je cite Tentang Dhia kat tv tuh. aku dengan osmet aku sume tunggu cite Gemersik Kalbu pulak. maklum la. ade channel tv3 dengan tv1 je kat uma tu. so, kul 6 je kitorang biase dah on tv (yg kebanyakannya aku lah orang pertama on tv tu). sebab ade cite BoBoiBoy la. 'hey, kepala kotak!' :)

aku sebenarnya tak berapa nak layan sangat novel nih. tapi kalau aku dah start bace. memang jadi gian kejap. cite Gemersik Kalbu ni aku tak berape ingat la. aku ade bace ke tak. jadi, setiap senin sampai kamis kul 7 malam je. aku dengan osmet aku mesti bertapa kat depan tv nak tengok cite ni. paling penting solat maghrib tak tinggal!!

rasenye peminat novel sume dah tau jalan citenye kan. so, aku malas la nak update any sinopsis cite ni. hehe. setakat ni aku rase cite ni boleh layan la. kalau tak dapat tengok kat tv. aku tengok kat tonton je. 

nampak macam complicated giler cite nih. sorang pompuan sampai 3 lelaki nak. betul la ayat nih. 'petik jari sopoloh datang'. ahaaa. yang ni takde sampai sopoloh nak mai. kang bile nak sudahnye cite ni. cukup la sampai 2 orang mabuk nak kat raihana a.k.a. ariana eva nih. 

dalam cite ni. si raihana ni keras hati. benci sangat kat super supian tuh. (yang sebenarnya Sufian. ;p). yelaa. orang dodulu kan cakap. 'dari benci jadi sayang'. dah2. kang aku terbagi pulak sinopsis. 

 aku SUKESUKESUKE giler dengan poster ni. auw! auw!

notakakiku : sekarang ni. lagu OBSESIKU ni dah jadi lagu peberet aku. osmet aku dedicated lagu ni untuk. ah! sayang korang la. *tangan di bahu, mate juling*

Bah!! Nak Angpow!


HAPPY CHINESE NEW YEAR 

video ni aku dapat dari seorang kenalan kat facebook. die director dengan husband die. simple je video ni but nice. semoga terhibur. ^^

notakakiku : maaf. tak sempat nak update blog. idea kontang plus big M melanda. harrr. :)