♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Wednesday, January 25, 2012

Ini yang paling lame!

fiuh! hari ini hari rabu. ahaa. saje je nak bagitahu. haha. hari ni aku dengan adek pompuan aku ditinggalkan berdua je kat uma. sebab yang laen balek kampung dan dengan urusan memasing. so, aku plan nak kua pi shopping. tinggal berdua ni sonang sikit. kejap! sonang banyak nak gerak sebab takde nak bawak bebudak kicik.

oleh sebab aritu aku baru dapat baucer 1 Malaysia ni. jadi! shopping kat kedai buku jela. tanpa mengeluarkan wang sendiri. haha. *bahagia*

 
 
okeyh! normal kalau name pun gadis ayuyuyuhuii! mestila ade tetangkap gambau sendiri kan. haha. mase ni kitorang tengah kebulur abes sebab pagi lupe nak bekpes. pastu sebelum masuk kedai buku tu. kitorang makan mamaroti je. hauhau.


 
ha! nampak tu. ketekunan seorang kakak mencari buku untuk adek2 die. hadoi beb! memang susah taw nak cari buku rujukan bebudak nih. kejap nak amek buku tu. pastu tak jadi. nak amek buku ni pulak. dah macam pilih baju pulak. rambang mate seyh. rase nak nanges duk pilih buku. nak pilih buku ni kene bace content nye jugak. sampai terduduk2 aku sebab nak bace content je. penat la hai!

naseb baek aku bawak adek aku sorang ni. memang plan asal nak pi berdua pun. die la tempat aku tanye pendapat pastu gado sane sini sebab tak sependapat. buku die paling banyak sebab die paling rajin nak belajo. sebab tu kene bawak die ni. reason paling utama! senang nak buli die tolong bawak bakul angkut sume buku tu. hehe. 

aku dah tak tahu bape kali aku lalu kat rak buku yang same. sebab dah tak tahu nak beli ape. buku untuk adek2 dah setel. tinggal aku punye part pulak. masyaAllah. memang parah. sume pelosok rak buku aku masuk. tapi sampai sudah tak jumpe jugak. pastu nampak pulak kat kaunter tu beratur panjang. haa. aku pun teruskan la mencari sane sini. malas aku nak beratur pepanjang tu.

kesian kat adek aku sorang ni. duk follow aku dengan bawak bakul berat tu kehulu kehilir. haha. sori beb! :). yang tak menahannye bile adek aku suruh beli novel. tapi aku jenis susah nak layan novel. so, aku tak tahu memane novel yang best nak bace. sampaikan aku terpakse call membe aku suruh bagi opinion. haa! memacam la tajuk novel diorang bagi. serabut aku nak cari. alahai!

last2 aku beli novel paling tebal pernah aku pegang. 7 hari mencintaiku. mak aih! aku tak tahu berapa abad lagi baru boleh abes bace. bile dah beli ni. sayang pulak nak bukak sampul tu. ahaha. buku biru tu buku adek aku. The Adventure And Memoirs of Sherlock Holmes. buku paling mahal weyh! 

dah beli bebanyak tu. kitorang sempat lagi duduk kat satu sudut. pastu duk kire bape nilai sume barang tu. hehe. mane tahu terlebih ke kan. kalau kurang nak tambah lagi. dah abes kire. merayau lagi cari buku dengan bebarang yang boleh dibeli untuk adek2 pulak. susah kot nak cari bebarang untuk bebudak. benci!


(gambar hiasan :P)
lepas dah dapat total tu. kitorang pun yakin la nak pi kaunter bayo. dah tak larat + tak mampu + lapooooo time tu. tetibe mase kat kaunter tu. nilainye kurang dari yang kitorang kire. cashier suruh pi amek lagi barang untuk cukupkan. kalau tak die burn balance tu. oi! doploh tige hengget tuh. tak kan aku nak bagi burn cenggitu je. sekali lagi. kejap! bukan sekali. entah berapa kali lagi. kitorang melilau nak cari barang untuk bagi genap dueratus hengget tu. letih! -.-"

mase amek barang tu. memang kepale hotak ni ligat berkira2. haha. lepas dah yakin tu. terus pi kaunter bayo. kali ni totalnye cantek. kurang soploh sen je dari total baucer tu. fiuuuuh! selamat.
dah setel tu. kitorang pi makan. lapoo la beb. nampak muke bahagia nak makan tak?? tapi aku nampak letih. -.-. kaki lenguh. perut kreuk2. otak saket. hadoi. time makan tu. baru kitorang perasan yang kitorang dah abeskan mase 5 jam dalam kedai buku popular tu. tak pernah aku duk lelame camtu sekali kat dalam 1 kedai weyh. hurrr. dah konyang terus la kitorang balek.
tadadadadada!! ni la hasil kitorang betapa 5 jam dalam kedai buku tu. nampak sikit kan. janji puas sebab aku dah penat nak pikir beli ape lagi!! nak nanges dah.
 
 
cukup la barang ni je. yang laen nanti korang ( refer pada adek2 aku ) mintak ibu dengan ayah belikan. akak belanje korang ni je. yeay! 

 resit ini panjang. hehe. :)

untuk adek2 akak yang akan menduduki UPSR, PMR, SPM taun ni. akak, ibu, ayah, dan sume ahli keluarga, sedara mara, rerakan mendoakan korang tenang menghadapi peperiksaan ini. belajo rerajin. bagi result paling gempak nanti. ingat! sume ni demi mase depan korang jugak. akak yakin! adek2 akak mampu melakukan. doa tanpa usaha tak gune jugak ye korang. meh sini cium sikit. *nanges*
PERSERVE 
nothing worthwhile comes easy
STRIVE HARDER

notakakiku : hari ni aku seronok sebab dapat bace banyak komik free. haha. untuk korang yang rase tak tahu nak gune baucer tu. tak payah gedik2 nak jual. derma je kat aku. dapat pahala. :)

2 comments:

  1. mesti ko pakse adik ko amik gmbo ko kan..hehehe

    ReplyDelete