♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Sunday, July 29, 2012

Kisah holiday sebelum ramadhan



 

alhamdulillah maseh diberi nafas untuk meneruskan puasa hari ini. :) 

ok berbalek pada tajuk asal. refer pada tentatif di bawah. eceh. :)

Tarikh : 17 - 20 Julai 2012
Lokasi : Melaka - LCCT - Bandung, Indonesia
Tujuan : Sesuka Hati

mungkin agak terlewat untuk aku update cite ni kan. tapi selagi maseh belum abes bulan 7 selagi tu aku maseh boleh update. ini merupakan holiday trip dengan buddies yang tak jadi last year tapi terlaksana pada tahun ini. alhamdulillah. :) lokasi holiday memang tak berubah pun.

plan asal nak ajak sume sekali mereka yang terlibat dengan kursus usahawan tu tapi tak sume dapat pergi sebab masalah peribadi. cukup lah kami 11 orang dengan 4 lelaki 7 ladies. ewah. :)

DAY 1  : Melaka - LCCT

pagi ni kitorang kene datang opis untuk berkumpul. sebab nanti nak pi naek 1 van je. pastu urusan print out tentatif la. boarding pas sume tu. kumpul passport dan itu ini.

sebelum pi opis kite lepak sarapan pagi dulu. perot memaseng dah kreuk kreuk time ni. 


pastu tunggu bebudak pulak kat opis. :)
















lepas sume urusan itu ini kat opis dah selesai. kitorang pun gerak dalam pukul 1 pi LCCT. yang laen duk pulun tido. minah ni buleh tak tido pulak. seronok sangat lettew. :)

here we are! muke baru bangun tido. memang sememeh la kan. +__+


dah sampai LCCT. 










manusia yang agak ramai. memasing usung beg beso yang kosong. :)

faiz bawak madu-madu die berjalan. haha xD

muke gembira memaseng. :)










tadaaaaaaaaaa! perut kapal ni la yang bawa kitorang pi terbang. time kaseh abg pilot. ;)

eyh! motif? nak bagitau ni kasut jalan yang baru. sekian. :P















 
sebelum flight berlepas. muke sego bugar lagi kan. maseh mampu tersengih. flight dah steady terbang. aku orang pertama tumbang. krooh krooh. :)

babai Malaysia. :)

















muke baru bangun tido. dah nak sampai time ni.


ni dikira muke letih ke?











ok! dah tak letih dah. haha. kami dah sampai Bandung, Indonesia. alhamdulillah. :)

kami disambut oleh BIG BOSS weyh. yang baju hijau diri sebelah tiang tu. 

haaa. korang percaya jela cakap si faiz potpet tu. 









kesian warga emas nih. datang indon saket. nak balek Malaysia pun saket. 








ayuh! bergerak cari makanan. lapo bebeno dah ni. 

lokasi pertama tibanya kat bandung ni adalah kedai makan. STONE CAFE memang superb. view sangat nice. pelayan sangat polite. ditambah pulak dengan live band ni. sore mamat tu pulak memang superb. mendayu-dayu. paling seronok bile die nyanyikan lagu happy birthday untuk incik boss dengan tone yang mendayu-dayu abes. die tak tau ke Ahmad Rizal tu lelaki. haha. rugi tak rakam time tu. abes merah muke incik boss. haha. LUKENE BEB. :D

aku lupe name makanan ni. boleh tahan sedap jugak ah. :) 











ice lemon tea ni sedaaaaaap!!!

alaa. amende name pun lupe. yang aku tau ni pisang yang dibakar pastu ade cheese kat atas tu. sedap hoi! 










kami makan dulu! nomnomnom. after makan terus check-in kat Scarlett Hotel. memang agak penat jugak la. masuk bilik terus mandi. lepas mandi ape lagi kan. tengok tv dulu. haha. banyak beno siaran kat tv hotel tu. saket mate tak tau nak tengok cite ape. channel astro pun dapat. bile dah syok tekan remote tv lelame tertido. haha. bilik berhawa dingin kan. :)

DAY 2 : Tangkuban Perahu - Strawberry Farm - Kampung Daun - Rumah Mode 

dekat bandung waktu diorang lambat 1 jam dari waktu Malaysia. so, sesape yang kekok tengok jam sendiri boleh ekjas lambat 1 jam. aku malas nak ekjas. aku tolak sendiri je waktunye. hehe. yang menjadi konfius ari pertama subuh kat sini. kul 5 pagi dah subuh. kul 6 pagi kat sini dah terang macam pukul 7 pagi. ari pertama dah tergajahkan subuh tu. huuu. 


fungsi tangga yang sangat unik. kitorang kene gune ni every morning. kalau perlu la kan. tangga ni akan membawa kitorang ke.......













SINI!!! bilik gosok. haha. nak gosok baju ke tudung ke hape ke naek sini. extreme betol. dah la bukak tempat ni pukul 8 pagi. lambat betol. tapi nak naek kene berteman. kat atas ni boleh tahan seram jugak. untuk tujuan keselamatan kan. 
 
 muke ceria di pagi hari :)

bile dah siap. kite bekpes dulu. isi perot sebab sat g nak pi jenjalan naek bukit bukau. erkk!

semut ayam! aku tak tau ayam masak ape. tapi boleh tahan sedap cume manes la. kalau aku lembab sikit pasni. dah faham kenape ea. +__+
mase ni tengah tunggu van kami jemput. diorang bergambo. aku layan karton dalam bilik. hehe.









van dah sampai. yeaaay. :)

orang kaya baru! muahahahaha! duet ribu-ribu kau. serabut aku dengan angka kosong bebanyak nih. x__x







bergerak! muke seronok memaseng. :)

sebelum sampai atas. kite benti makan tahu dulu. eyh.

tunggu tahu lambat. kitorang makan strawberry dengan blackberry dulu. apesal muke aku macam tu pun aku tak faham. nak kata masam. manes je due jenis buah nih. 

sesi pindah meja pulak sebab meja ni banyak makanan. haha.
teh botol. air teh kat sini memang based nye dari air green tea. sedap. :)

tahu dah sampai! sedap la weyh. panas-panas lagi.

tahu die laen sikit sebab banyak ruang dalam tu. kalau kat Malaysia tahunye sume mampat. tu pasal cepat muak kalau makan bebanyak. tu bagi aku la. 

makan bebanyak. sat g nak bersukan kat tangkuban perahu. nak kuarkan peluh. haha

  
Tangkuban Perahu. ade cite di sebalik name ni. agak dongeng jugak ah. huhu. kat sini antara lokasi paling banyak kitorang amek gambo. haha.


 
 

 
 
 
ape agaknye si sri tu duk tipu diorang. huuu. 

 
 
 
geng BTeC beraksi. tah pape. :)

 
 
 
 
 
 
 
eyh! dejavu di tangkuban perahu. haha. :)

 
  
kanak-kanak riang ria bersuka ria :)
 
 
 
incik boss kene bodek. 

 
dah puas berpeluh kitorang nak gerak pi cari makan pulak. perot dah bunyi kreuk kreuk dah ni. next destination makan di Strawberry Farm.
tapi sebelum tu kitorang singgah makan kat sini dulu. makan ringan-ringan supaya perot tak masuk angin. jagung keju sangat sedaaaaap! pastu jagung beso. memang jenuh jugak nak abeskan. huuu.


muke sotong. kahkahkah. x____x















 dah sampai ladang strawberry. sepanjang perjalanan aku duk bantai tido. sedo-sedo dah sampai. haha. kat sini kalau nak petik buah strawberry. kene bayo pastu nanti dapat bakul kicik 1, gunting kicik pun 1, dengan air jus strawberry yang unik tu 1. 

bajet je nih. susah nak cari buah yang elok sebab banyak dah kene petik.








tukang petik buah strawberry :)

kami dan bakul kicik dan gunting kicik. 









bakul dah penuh. jom pi timbang. nak kene bayo lagi. pastu nak gerak pi makan pulak.

 
makan di Kampung Daun. sementara tunggu meja kitorang disediakan. kitorang bergambo dulu. time kaseh incik boss sebab amekkan gambo kitorang. hehe.

bile incik boss beraksi. die kate dah dapat lesen. lesen ape tu aku pun tak tau lah.

the osmet. teman tido juga. :)

the bodyguard. hakhakhak tuiih. maaf. hehe :)

haha. muke kartoooon. boooolat. :)

 
 
jemput makan ye. hehe. :)









air avocado yang delicious. :)
















 
muke gembira sebab dah kenyang sangat. alhamdulillah. :)

after makan tu kitorang gerak pi Rumah Mode pulak. tempat shopping yang agak unik viewnye. tapi maaf. tak sempat nak amek gambo. penat sangat. mood pun dah lari. orang laen sebok window shopping. aku dengan 2 ketul osmet aku melepak kat kawasan rehat yang disediakan. memang superb!

sebelum balek hotel tu kitorang singgah makan bakso jap. :)











DAY 3 : Pasar Baru

hari ketiga ni plan nak pi banyak tempat shopping sebab dalam tentatif memang arini adalah ari shopping seharian! tapi oleh sebab kitorang dah amek mase yang agak lame kat pasar baru. banyak perubahan tentatif la. pasar baru ni ala-ala pasar Siti Khadijah kat Kelantan tu. memang meriah kot. rambang mata bagi yang memang kaki tangan suke shopping. tak banyak gambo time ni sebab tangan penuh dengan barang shopping. huhu.

 
aku beli la beberapa helai telekung, baju, t-shirt untuk keluarga sendiri. aku sebenarnya dah tak tau nak beli ape kat sini. sume benda same cume kene pandai maen harga la dengan owner kedai tu. 
kaen kat sini memang cantek dan murah. :)
 
 setelah seharian masa dihabeskan kat pasar baru. kitorang terlepas waktu makan malam. so, tapau jela pastu lepak makan reramai kat lobi hotel. ruang hotel ni memang dah macam uma kitorang sebab tepi tu sume bilik kitorang. lobi ni macam ruang tamu la. lepas makan aku masuk bilik bantai tido. yang laen sebok nak tengok cite antu. 

DAY 4 : Simpang Raya & Shopping ( Pasar Baru, Factory Outlet, Donatello, Toko 3, Kartika Sari )

 ari terakhir. bekpes dulu sebelum meneruskan misi shopping dengan pantas.

 
 
bergambo kenangan kat hotel sebelum check-out.
 
 terima kaseh jugak pada van Pariwisata = Pelancong ni yang dah bawak kitorang jenjalan. :)


terima kaseh untuk penginapan yang selesa ini. ade jodoh dan rezki kita ketemu lagi. ewah. :) dah puas bergambo kitorang diberi beberapa jam untuk pi shopping kat 4 tempat yang berlaenan tu. memang jenuh jugak sebab memaseng kene pasang target nak beli apa. heeee. :D 

 
Donatello. gedung kasut yang cantek. tapi tak beli pun sebab takot beg tak muat.
 
sebelum pi airport. kene isi tangki perot dulu. ni kat Simpang Raya. :) aku memang suke ikut rombongan ni sebab asyek dapat makan je. hehe.


 singgah Katika Sari untuk beli kek. :)

 
 
muke gembira nak balek Malaysia. tata Bandung, Indonesia. :)

kitorang sampai kat LCCT dalam pukul 10 malam camtu la. oleh sebab ade beberapa ahli rombongan yang tak sehat sebab keracunan makanan. kitorang kene rushing balek melaka untuk dapatkan suntikan. 

alhamdulillah aku dengan faiz bernaseb baek sebab tak kene keracunan makanan tapi bernaseb malang bile kene juga enjet. sampai je melaka terus pi klinik. dengan muke mamai bangun tido teros dapat suntikan. kene pulak kat punggung. erm. alahai. x___________x

the next day pose. so, malam tu kitorang sahur mekdi jela. sampai uma pun dah pukul 4 pagi. lepas sahur teros pulun tido. esoknye memaseng balek kampung halaman memaseng. nak bagi buah tangan la kan. 

ini merupakan trip superb dengan kengkawan. memang unik sangat. mekaseh incik boss. moga tak pernah serik nak bawak kitorang lagi. haha. :)

notakakiku : aku nak tidoooo! ni baru balek keje kat bazar. mata dah rabak. +___+"

8 comments: