♥♥Selamat Datang Ke Ruang Cerita Saya. Selamat Membaca♥♥

Monday, July 23, 2012

Ramadhan taun ini

 SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.
 
alhamdulillah maseh diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah puasa taun ni. taun ni pose agak berlaenan sikit sebab aku dikira anak perantau. tak dapat pose, berbuka dan sahur dengan family hanya kerana ingin mencari berbaldi-baldi nasi untuk dimakan di negeri orang.

tapi syukur awal ramadhan merasa berbuka bersama mereka. cukup la memadai terubat terkilan di hati ni bile dapat jugak merasa pose, berbuka dan sahur dengan family untuk 2 hari ni.

 
kanak-kanak dah standby nak berbuka. diorang paling excited bile makanan dah start terhidang. ni juadah berbuka awal ramadhan. :)

 
si demok nih tak pose. tapi die paling bersungguh time nak berbuka tu. sume mende die nak telan. yela mungkin sebab waktu siang bile die makan takde orang teman. tu yang selera pun tarak tu. bile orang tanye. 'amat tak pose ea'. nanti die jawab 'amat kose api'. eyh! sesungguhnye takde kene mengena. lantak la mok. +__+

haa. siap tolong cedukkan untuk orang laen. kuya tu dah macam makan pinggan pun ade.  lapo tu seharian pose. tahniah kuyam! :)









ni juadah berbuka aku untuk pose pertama. bwahahahaha. x___x










yang ni untuk juadah berbuka ramadhan kedua. dapat jugak aku buat kueh buah melaka ni. haha. walaupun kalernye tak menarik tetapi rasenye bagai ditarik-tarik. eyh! haha.

 
yang kecik kene solat jemaah dengan ayah dulu. kesian diorang sebab ayah suruh minum je pastu terus pi solat. kejap-kejap diorang pandang meja makanan. ape la ayah ni. at least bagi la diorang jamah kueh buah melaka handmade aku tu. oleh sebab kesian dengan diorang. kitorang tunggu jugak nak berbuka sesama. diorang kene solat dulu sebab selalunye lepas makan diorang keluar uma bersuka ria senang hatinye. 

gambo waktu sahur tadi. dapat subuh dengan kuya. excited dapat telekung hadiah aku untuk die dari bandung. cite bandung kite update kendian. aku tak dapat gambo dari kamera bebudak. :)

paling aku terharu bile kuya awal-awal dah mention kat ibu. bile aku balek pose nanti. die nak berbuka duduk sebelah aku, sahur duduk sebelah aku, tido dengan aku. ok! siyes touching! *kesat ingus*. aku penuhi impian die dengan bonus sekali. solat bersama. :D

notakakiku : bersiap untuk pulang ke melaka menjadi anak perantau sambil dengar lagu dendang perantau. :'(. hoi! perut kreukkkreuuk la pulak.

No comments:

Post a Comment