"Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku"
Dari Abi Sa'id al-Khuldri, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Tempat di antara kubur dan mimbarku ini adalah Raudhah ( kebun ) di antara beberapa kebun surga". (Musnad Ahmad bin Hanbal)
Di pagi yang hening ini tiba-tiba rase nak kongsi sedikit pengalaman yang masih segar di ingatan ketika menziarah Madinah Al-Mukarramah..
Peluang untuk melawat Raudhah tidak dilepaskan.. tambahan kawasan tersebut telah dikawal ketat oleh pihak polis bagi mengelakkan berlaku huru-hara di kalangan tetamu baginda Rasulullah SAW..
Kata orang tak kenal maka tak cinta.. bagi menandingi kecintaan beginda Rasulullah SAW terhadap umatnya maka haruslah bagi kita untuk mengenali baginda Rasulullah SAW..
Alhamdulillah.. saye telah dipilih oleh Allah SWT untuk meningkatkan kecintaan saya terhadap baginda Rasulullah SAW dengan cara menziarahi makam baginda dan raudhah..
Sejujurnya bila berada di raudhah rase cinta ini semakin meluap-luap saye mengalirkan air mata.. syukur atas nikmat yang Allah kurniakan ini..
Apa salahnya kita memasang niat bahawa tempat pertama yang ingin dilawati di luar Malaysia adalah Madinah Al-Mukarramah dan Mekah (umrah ataupun haji)..
Rasa cinta ini haruslah disemai setiap hari dan moga-moga kita berpeluang memperoleh syafaat pada hari kehitungan kelak.. Insya Allah..
"Orang yang selalu istiqamah melaksanakan ibadah di depan mimbarku, maka kelak di hari kiamat, ia akan minum air dari telagaku". (al-Idhah fi Manasik al-Hajj wal 'Umrah, 456)
Raudhah juga dikatakan tempat yang doa seseorang mudah dimakbulkan Tuhan.. tidak hairan kenapa ruang sempit berkarpet hijau dan harumannya begitu menyegarkan menjadi tumpuan para jemaah selain Makam Nabi..
Perkongsian : keluasan rumah beginda Rasulullah SAW bersama Saidatina Aisyah r.a. hanya 1.5 meter kaki persegi.. majlis ilmu juga merupakan taman syurga yang dikurniakan Allah SWT kepada hambanya..
p/s : ini aku amek dari sahabat aku.. ;p.. die bagi share so aku share la dengan korang.. selamat membaca..
HAVE A NICE DAY ^_^
No comments:
Post a Comment